Assalamualaikum dan salam 1Dunia, salah satu pemandangan yang paling aku suka bila memandu di Lebuhraya Persekutuan adalah melihat iklan billboard dengan berbagai jenama dan keunikan. Aku berangan suatu hari nanti Denaihati Network akan mempunyai iklan billboard yang merupa salah satu cara penjenamaan minda bawah sedar yang sangat berkuasa. Tapi itu hanya mimpi yang tidak mustahil menjadi kenyataan.
Baru-baru ini semasa memandu di Lebuhraya Persekutuan selesai perjumpaan dengan salah seorang penaja majlis Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014, ternampak satu billboard yang agak misteri. Billboard tersebut berjaya mencuri perhatian aku sebab ianya hanya mempunyai gambar seorang budak kecil yang sedang berbaring di atas rumput hijau sedang memegang sebuah telefon. Sekali pandang nampak macam nak ambil gambar selfie pun ada, tapi mungkin juga dia nak ambil gambar langit yang membiru. Billboard ini membuatkan aku rindu pulak pada emak abah di kampung teringat kisah sedih kisah benar “Teguran ibu dijadikan musuh” dan kisah “Marah ayah ibu satakat mana“.

Billboard yang terletak tidak jauh daripada Angkasapuri ini tidak mempunyai sebarang jenama, no telefon, url atau apa-apa sumber rujukan tidak seperti billboard-billboard yang lain. Membuatkan aku lebih tertanya-tanya apa yang mereka cuba capai dengan meletakkan billboard yang besar begitu tanpa apa-apa informasi.
Kalau nak dikaitkan dengan sambutan Tahun Baru Cina, hanya terdapat perkataan Hello. Mother misses you. Budak perempuan itu rindu dengan emaknya ke? atau emak dia yang sebenarnya rindu dengan budak yang sedang pegang telefon tersebut? Buntu juga dibuatnya semakin aku memikirkan mengenai billboard ni. Kalau tuan punya billboard ini meletakan billboard sekadar untuk mengingatkan kita kepada emak abah kita di kampung pasti besar pahala yang dia dapat.
Kalau rakan-rakan pembaca boleh bagi pendapat apa yang cuba disampaikan, jom kongsikan di ruangan komen. Pasti terdapat mesej yang cuba disampaikan, tapi team Denaihati sudah cuba untuk berbincang antara kami, tetapi masih menemui jalan buntu.

Dalam banyak-banyak billboard yang berada di jalanan, ini pertama kali mesej yang cuba disampaikan menjadi tanda tanya. Imej yang digunakan adalah menarik, ayat juga ringkas, tetapi ianya seakan ingin menceritakan sesuatu yang diluar dari apa yang terpampang pada billboard tersebut.
Harap rakan-rakan pembaca dan blogger yang boleh berkongsi idea dan buah fikiran, mengenai billboard ini. Apa yang cuba disampaikan dengan ayat Hello. Mother misses you tersebut, dan mesej yang lebih besar dengan penyediaan billboard ini. Kepada photoblogger aku nak bagi peluang hebat ini kepada yang dapat snap gambar billboard yang paling cantik dan tag di Facebook Denaihati dengan hashtag #MotherMissesYou akan mendapat hadiah misteri. Tiga hadiah misteri untuk tiga gambar paling cantik dan paling banyak dapat klik like.
191 Comments
Mothernature misses you pada pendapat saya.sebab tu billboard tu ada di bandar sahaja kan?
Curahan rasa shamiera osment @ ..The Foodgasm : The Heaven for Foodie…
mungkin juga sebab background dia berlatar belakangkan nature. mungkin boleh jadi
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
iklan billboard yang simple tapi berjaya buat banyak hati yang tersentuh melihatnya
Curahan rasa misz aa @ ..Birthday Giveaway by Shad
betul tu. billboard ni jugak sangat misteri sebab takde sape tahu apa maksud disebaliknya
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
dah terungkai ke misteri billboard? Billboard ni masih ada ataupun sudah diturunkan
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta
masih belum dengar apa apa pendedahan pasal billboard yang misteri ni
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
bukan calang calang company boleh letak iklan besar mcm ni. tak mustahil kalau DH buat one day
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Tentang Filem FROZEN
aku doakan Denaihati dapat letak iklan sebesar itu atau iklan di tv..memang tabik spring kat mereka
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Full Specs of Samsung Galaxy Ace Style LTE
betul tu mungkin suatu hari nanti denaihati boleh tampal iklan seumpama ini. InsyaAllah
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
betul tu sebab biasanya kalau guna billboard harga sewaannya teramat lah mahal
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
Mungkin iklan TM kod. nak cakap pasal kerinduan antara keduanya. Maknanya rindu tu menghubungkan mereka menggunakan telefon. Nak cakap TM terbaik kod. pendapat saya
Curahan rasa MIEZA SUHAINI @ ..Idea Baru Kemasukan Ke Ipta/Ipts
boleh diterima juga sebab lain orang lain pendapatnya. Mungkin boleh jadi ianya datang dari tm
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
Besar belanja untuk saiz papan iklan macam tu…memang penuh maksud tersirat yang tersembunyi…bagusnya orang yang mengeluarkan belanja semata-mata untuk mesej ni…
Curahan rasa Vander Good @ ..Hari Inovasi : Produk daripada buah Tarap
biasanya billboard ni untuk syarikat yang maju sebab harganya sangat mahal
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
Comments are closed.