Mirza Jana Pendapatan US Dollar dengan Alih Bahasa

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

kisah graduan muda jana pendapatan USD menjadi tumpuan ramai selepas kejayaan demi kejayaan dilahirkan dari program eRezeki. Tidak kira peringkat umur dan kaum, ramai yang telah menyertai program eRezeki ini setelah kempen berterusan dari MDEC bermula dari negeri Sarawak, Terengganu, Johor dan Pahang.

Anak muda lepasan UiTM Shah Alam, Mirza Farhana yang baru sahaja tamat pengajian dalam English Professional Communication tidak melepaskan peluang untuk menyertai program eRezeki ini. Walaupun masih secara separuh masa disebabkan masih menyambung pelajaran Master Applied Linguistics di Uniersiti Putra Malaysia, Mirza memberikan fokus yang terbaik untuk menjana pendapatan di eRezeki.

Mirza eRezeki

Peluang Buat Kerja dari Luar Negara

Mirza menyertai program eRezeki ini pada 18 Julai yang lalu, tenaga pengajar memberikan pelbagai tips dan tunjuk ajar dengan lebih bagi mendapatkan hasil dari platform-platform yang disediakan. Sebelum ini, ramai yang hanya membuat kertas kerja kepada pelanggan tetapi tiada tindakan susulan dan ramai juga hanya belajar dari ‘google’ yang menyebabkan proses yang agak lambat.

Pada permulaannya minat untuk membuat kerja-kerja terjemahan, tetapi berdasarkan kebolehan dan peluang yang ada, Mirza melakukan kerja sarikata dan alih bahasa untuk beberapa aplikasi dari Hong Kong dan Thailand. Malahan ada juga permintaan untuk terjemahan dalam bentuk dialek bahasa Kelantan contohnya, dan ini membuatkan peluang amat luas dalam program eRezeki.

testimoni-erezeki

Pendapatan USD untuk kerja eRezeki

Bagi Mirza yang baru sahaja beberapa bulan menyertai program eRezeki ini, sudah mampu menjana pendapatan dengan US Dollar. Bayangkan dalam dua minggu sahaja kerja tersebut dapat disiapkan dan dibayar sebanyak USD160. Dan kerja-kerja lain seperti alih bahasa dan sarikata di dalam 5 minggu ini menjana jumlah terkumpul USD250.

Secara sambilan bersama program eRezeki ini sudah dapat menjana hasil yang agak lumayan, berpandukan latihan dan dorongan dari jurulatih yang disediakan.

Elaun untuk Peserta eRezeki

Kepada generasi muda yang masih mencari pekerjaan atau pendapatan, inilah masa untuk menyertai program ini. Untuk tiga bulan program eRezeki ini, ada elaun RM1200 sebulan untuk peserta dan juga RM300 bagi elaun perjalanan. Penyertaan adalah percuma dan sudah tentu hanya perlu belajar menjana pendapatan bagi merasai sendiri fleksibliti kerja.

Semuanya yang terbaik disediakan kepada rakyat Malaysia yang ingin menjana pendapatan secara digital ini. Jangan lepaskan peluang dan daftar segera di pusat-pusat eRezeki yang berdekatan dan laman sesawang https://erezeki.my

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.


Spread the love

28 Comments

  1. Ada sesiapa yang dah join? Boleh kongsi pengalaman anda sedikit selepas menyertai program-program erezeki ini?

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!