Assalamualaikum dan salam sejahtera,
kisah graduan muda jana pendapatan USD menjadi tumpuan ramai selepas kejayaan demi kejayaan dilahirkan dari program eRezeki. Tidak kira peringkat umur dan kaum, ramai yang telah menyertai program eRezeki ini setelah kempen berterusan dari MDEC bermula dari negeri Sarawak, Terengganu, Johor dan Pahang.
Anak muda lepasan UiTM Shah Alam, Mirza Farhana yang baru sahaja tamat pengajian dalam English Professional Communication tidak melepaskan peluang untuk menyertai program eRezeki ini. Walaupun masih secara separuh masa disebabkan masih menyambung pelajaran Master Applied Linguistics di Uniersiti Putra Malaysia, Mirza memberikan fokus yang terbaik untuk menjana pendapatan di eRezeki.
Peluang Buat Kerja dari Luar Negara
Mirza menyertai program eRezeki ini pada 18 Julai yang lalu, tenaga pengajar memberikan pelbagai tips dan tunjuk ajar dengan lebih bagi mendapatkan hasil dari platform-platform yang disediakan. Sebelum ini, ramai yang hanya membuat kertas kerja kepada pelanggan tetapi tiada tindakan susulan dan ramai juga hanya belajar dari ‘google’ yang menyebabkan proses yang agak lambat.
Pada permulaannya minat untuk membuat kerja-kerja terjemahan, tetapi berdasarkan kebolehan dan peluang yang ada, Mirza melakukan kerja sarikata dan alih bahasa untuk beberapa aplikasi dari Hong Kong dan Thailand. Malahan ada juga permintaan untuk terjemahan dalam bentuk dialek bahasa Kelantan contohnya, dan ini membuatkan peluang amat luas dalam program eRezeki.
Pendapatan USD untuk kerja eRezeki
Bagi Mirza yang baru sahaja beberapa bulan menyertai program eRezeki ini, sudah mampu menjana pendapatan dengan US Dollar. Bayangkan dalam dua minggu sahaja kerja tersebut dapat disiapkan dan dibayar sebanyak USD160. Dan kerja-kerja lain seperti alih bahasa dan sarikata di dalam 5 minggu ini menjana jumlah terkumpul USD250.
Secara sambilan bersama program eRezeki ini sudah dapat menjana hasil yang agak lumayan, berpandukan latihan dan dorongan dari jurulatih yang disediakan.
Elaun untuk Peserta eRezeki
Kepada generasi muda yang masih mencari pekerjaan atau pendapatan, inilah masa untuk menyertai program ini. Untuk tiga bulan program eRezeki ini, ada elaun RM1200 sebulan untuk peserta dan juga RM300 bagi elaun perjalanan. Penyertaan adalah percuma dan sudah tentu hanya perlu belajar menjana pendapatan bagi merasai sendiri fleksibliti kerja.
Semuanya yang terbaik disediakan kepada rakyat Malaysia yang ingin menjana pendapatan secara digital ini. Jangan lepaskan peluang dan daftar segera di pusat-pusat eRezeki yang berdekatan dan laman sesawang https://erezeki.my
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
- Jana pendapatan ribuan ringgit melalui program #YouCanDuit MDeC
- Usia 57 Tahun bukan penghalang untuk menambah pendapatan menggunakan teknologi online
- Pengalaman menyertai program latihan eUsahawan anjuran MDEC
- Program #YouCanDuit anjuran MDEC di Persada Johor Bahru : 12 – 14 Ogos.
- Graduan menjana pendapatan ribuan ringgit menggunakan platform eRezeki MDEC
28 Comments
memang lumayan kalau buat alih bahasa ni, bolehlah cuba bagi sesiapa yang memerlukan dan ada kepakaran
Curahan rasa Raihanah @ ..Hilangkan Craving Makanan Manis Dalam 7 Hari
Bagus betul peluang-peluang buat duit macam ni 😀 Sekurang-kurangnya dapat ringankan beban dan kurangkan komitmen kewangan yang perlu ditanggung
Curahan rasa sabree hussin @ ..Penggunaan ayat Call to Action dalam kempen pemasaran beserta contoh
wow..mudahnya menjemput rezeki dengan menjana pendapatan di erezeki .. secara sambilan pun dapat menajan pendapatan yang agak lumayan.
Curahan rasa pinkbubblegum @ ..(17 Foto) Perkahwinan Shaharul Ridzwan dan Deena Emir.
bisa untuk mengajar juga dan bisa memberikan ilmu yang bermanfaat bagi orang lain….informasi kesehatan terupdate obat herbal HIV AIDS
Sekarang ni semakin banyak peluang buat duit online ya, mahu atau x mahu sahaja
Curahan rasa Bisnes Online @ ..Cara Buat Website Blog Murah
Peluang terbaik buat semua rakyat Malaysia yang masih mencari sumber pendapatan tambahan…
Curahan rasa yangbaik @ ..Pemenang Komentor Ngetop Minggu 1 di Blog House Husband
Untungnya dia ada kemahiran bahasa . Bukan itu sahaja kemahuan perlu ada untuk berjaya.
Saya amat berminat untuk bersama dalam program ini. Banyak dapat berita mereka yang berjaya setelah kursus dengan program ini. terima kasih MDEC kerana berusaha mencapai sasaran 2020.
Curahan rasa Che Rizal @ ..Panduan Pinjaman Perumahan Kakitangan Kerajaan di LPPSA
yang penting semangat dan kaedah yang betul, then fokus insyallah ada jalannya.
Banyak peluang terbuka melalui eRezeki. Moga membantu lebih ramai menjana pendapatan sesuai dengan bakat, skill dan minat masing-masing.
Curahan rasa Oja Samid @ ..Dilema Ibu Bila Anak Susah Makan | Anak Picky Eater
terbaik ni..
teringin nak ada income USD juga yang ala-ala macam ni.
Curahan rasa zul @ ..Intan Ladyana Ucap Good Luck Kepada Pelajar UNITEN
Bagus program eRezeki ni. Tambahan pulak memang nilai ringgit tengah jatuh sekarang.
Pendapatan dalam US Dollar memang membantu memberikan pendapatan yang agak lumayan.
Curahan rasa Perawat Sihir @ ..7 Doa Perlindungan Yang Mesti Anda Amalkan
yup.
dah pernah buat kerja nih.
bayaran memang lumayan beb.
hoho..
Curahan rasa titan @ ..Jobdirumah Payment – Kali ke 722-796
Hmmm.. Menarik ni.. Ada elaun RM1200 sebulan dan ada elaun perjalanan lagi… Semoga semakin ramai mendapat manfaat melalui program erezeki..
Curahan rasa Anuar @ ..Seminar Tajwid Luar Biasa di Kuala Lumpur dan Johor Bahru
bagus tu tambah pula kalau dia kuasai lebih daripada satu bahasa.memang untung boleh buat banyak duit
Curahan rasa reezluv @ ..Astro Sudah Terminate
Comments are closed.