Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
minggu baru bermula lagi, kali ini kisah usahawan muda ini perlu kita jadikan teladan. Mira Filzah atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah binti Badioezaman pelakon utama drama Cinta Si Wedding Planner, merupakan gadis muda yang telah memulakan kerjaya dalam bidang peragaan sejak umur beliau 17 tahun lagi.
Gadis kelahiran Negeri Perak ini merupakan bekas pelajar cemerlang dan penari kebudayaan SMK Aminuddin Baki Kuala Lumpur, dan telah melanjutkan pelajaran dalam bidang perniagaan antarabangsa di UiTM, Shah Alam.
Memulakan perniagaan menggunakan platform digital
Mira Filzah memulakan aktiviti berlakon beliau dalam drama tempatan, sebelum bercuti sebentar selama 2 tahun untuk memberikan tumpuan sepenuhnya pada pelajaran beliau.
Selepas itu, Mira telah memulakan perniagaan dan menjadi usahawan digital menggunakan platform Instagram sebagai medium utama pemasaran produk beliau.
Mira Filzah mempunyai 2 perniagaan utama iaitu melibatkan produk kecantikan beliau sendiri dengan jenama MORA ESSENTIAL yang diusahakan bersama-sama rakan kongsi beliau.
Mira juga mempunyai shawl keluaran beliau sendiri di bawah jenama MF SHAWLS yang dipasarkan melalui platform online juga.
Menyeimbangkan aktiviti perniagaan dan lakonan
Mira Filzah sehingga kini begitu sibuk dengan pelbagai pengambaran, namun dalam masa yang sama, masih meneruskan perniagaan beliau dengan dibantu oleh team yang komited. Jika anda belum lagi like fanpage Mira Filzah, sila pergi ke Halaman FB Rasmi Mira Filzah dan like serta set see first.
Jangan lupa untuk langgan Channel YouTube Mira Filzah untuk video-video terkini yang dikongsikan daripada beliau kepada para peminat di seantero dunia.
100 Usahawan Muda Paling Berpengaruh
Terbaru, Mira Filzah telah disenaraikan dalam barisan 100 Usahawan Muda Paling Berpengaruh oleh Entrepeneur Insight. Pengiktirafan yang diterima ini memberikan satu lagi kayu ukur untuk pencapaian beliau setakat ini dalam bidang keusahawanan digital.
Semoga selepas ini, Mira Filzah akan terus berkembang maju dalam perniagaan yang dijalankan dan dapat terus menyumbang bakat beliau dalam bidang seni yang diceburi.
Tahniah Mira Filzah!
65 Comments
Untung lah jadi Mira Filzah. Dah la comel! Semoga terus sukses Mira Filzah! Masa muda lah kerja kuat demi financial freedom. 🙂
Curahan rasa Faezah @ ..Mengapa Shaklee Patut Menjadi Perniagaan Pilihan Anda?
Ada rupa, ada aset dan ada bisnes, muda muda lagi sudah ada kerjaya.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Tips Buat RM30 Ribu Dalam 5 Bulan
Pakej lengkap kan adik manis kite ni. Jadi ikutan anak2 muda.
Curahan rasa Nur Razali @ ..Alasan Terbaru Perlu Kawal Kolesterol Tinggi
Pakej yang bukan semua orang boleh dapat dalam satu satu masa.
Curahan rasa Ikhwan @ ..3 Tips Sediakan Wang Persaraan Di Usia Muda
Dunia digital mampu menjadikan siapa saja untuk bisa menjadi pengusaha sukses tanpa batasan usia. Cik Mira Filzah ini salah satu diantaranya, selain smart Beliau juga memiliki penampilan dan kemampuan sebagai seorang pengusaha muda. Tahniah…
Curahan rasa Dwi Wahyudi @ ..Undangan Terbuka Silaturahmi 500 Donatur Pesantren Al-Furqan Desa Bengkarek Kubu Raya
Mira Filzah dapat ramai peminat dari IG dan FB secara mudah dan cepat.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Beza Untung Pembiayaan Dan Riba
Uhh memang power .. pengaruh begini macam branding juga. Jika pandai bawak nama dengan branding mesti meletup punya. Skrang dah ramai orang nak jadi usahawan, pastu buat kerja hanya dari rumah sahaja.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..10 Modul Belajar Adsense Untuk Blogger Buat Duit USD
Kalau dah ada nama dan jenama, lebih mudah naikkan jumlah peminat dengan cepat.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Penguasa Kastam Gred WK41
tahniah mira filzah, dah lah cantik…Alhamdulillah rezeki dia..kagum dengan anak2 muda sekarang ini..
Curahan rasa nurul fatin adiana @ ..Pengedar Shaklee Putrajaya
Siapalah yang dapat tawan hati anak muda bernama Mira Filzah ni ye. Dah la cantik, pastu pandai berniaga .. usahawan berjaya … uhh patut ramai yang kerja dari rumah jadi usahawan ikut cara dia .. huhuhu
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Destinasi Cuti – Upside Down House Gallery Teluk Bahang
Alhamdulillah rezeki Mira. Dah la muda, cantik, pandai cari duit pulak tu.Adore sangat dengan dia ni 🙂
Semoga jadi contoh kepada anak anak muda yang lain, bukan mudah nak popular di usia yan muda.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam WK41
Boleh jadika Mira Filza sebagai banchmark ni.. beruntung bakal suami Mira Filza nanti.. serba serbinya nampak sempurna..
Cantik, sopan, lemah lembut, bijak, mempunyai perwatakan menarik, mudah mesra.. sesuai untuk dijadikan idola kepada anak muda zaman sekarang..
Curahan rasa anuar @ ..5 Cara Simple Jana Pendapatan pasif melalui blog
Ehh ehh .. kata kat saya ke tu? Huhu .. mesti nak ada pasangan yang mnat berniaga .. barulah bisnes meletup .. hehehehe
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Panduan Affiliate Sempoi Tapi Power Untuk Newbie
This is what we call as beauty with brain..respect Mira Filzah..muda lagi dah berkecimpung dalam dunia bisnes dan terpilih sebagai usahawan muda paling berpengaruh
Curahan rasa pinkbubblegum @ ..(5 GAMBAR) Baju songket Amar Baharin Amyra Rosli | Cantik gila lah
Tu lah kan… memang kagum cara pemikiran dan tindakan Mira Filzah..
Semasa di zaman usia beliau dulu tak terfikir pun saya nak berniaga atau menjadi usahawan..
Curahan rasa anuar @ ..5 Cara Simple Jana Pendapatan pasif melalui blog
Masa tu cuma fikir nak cari kerja… dalam masa yang sama buat kerja part time..
Curahan rasa anuar @ ..5 Cara Simple Jana Pendapatan pasif melalui blog
Usahawan macam Mira Filzah banyak kelebihan dia. Jika dapat guna kelebihan untuk branding lebih power .. mesti best
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Panduan Affiliate Sempoi Tapi Power Untuk Newbie
Comments are closed.