Assalamualaikum dan salam 1Dunia,
siapa yang tak kenal dengan Mira Filzah, nama yang semakin popular di dalam industri hiburan. Mira yang telah dinobatkan di antara 100 Usahawan Muda Paling Berpengaruh 2016 kini semakin mengorak langkah dengan pelbagai misi dan visi. Pada hari Sabtu, 7 Januari 2017 yang lalu bertempat di Taman Botani Perdana Kuala Lumpur, telah berlangsung aktiviti bersama peminat-peminat beliau.
Miraclegacy Sports Day, yang dihadiri oleh penyokong dan pendokong Mira Filzah yang datang dari pelbagai lokasi jauh dan dekat. Mereka dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu Kumpulan Kuning, Kumpulan Biru, Kumpulan Hijau dan Kumpulan Merah.
Pagi di Miraclegacy Sports Day bermula dengan sesi pendaftaran, pembahagian kumpulan dan juga sarapan pagi. Nasi Lemak Anak Dara yang diterajui oleh Siti Hajjar juga memberi sokongan sebagai penaja sarapan pagi. Semua ahli kelab peminat Mira Filzah yang dikenali sebagai Miralcegacy itu melakukan aktiviti memanaskan badan senamrobik terlebih dahulu.
Namun demikian, Biobax yang juga sebahagian daripada penaja bersedia dengan Biobax Spray yang boleh menghilangkan lenguh-lenguh dan sakit belakang.
Kemunculan Mira Filzah sememangnya dinanti-nantikan dan semuanya penuh semangat menunggu sambi memberi sorakan. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara Hafiz dan Amar diberi tugas sebagai pengacara majlis bersama Mira Filzah.
Miraclegacy Sports Day hubungkan silaturrahim peminat
Ucapan dimulakan dengan bonda Mira Filzah iaitu Puan Faizatul Akmar Hisan yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan kepada aktiviti Mira Filzah dan kelab peminatnya.
Presiden Miraclegacy, Firdaus Yasin sebelum itu memberitahu aktiviti awal tahun ini telah dirancang sekian lama dan ianya memberikan satu peluang untuk sesama ahli kelab untuk mengeratkan hubungan. Ini terbukti apabila kelihatan semuanya bersemangat dalam kumpulan masing-masing sebelum aktiviti bermula lagi.
Seterusnya Mira memotong reben melepaskan belon ke udara sebagai simbolik perasmian laman sesawang www.miraclegacy.com yang dibuat khas untuk peminat-peminat Mira Filzah di seluruh dunia.
Aktiviti Berkonsepkan Permainan Budaya
Di Miraclegacy Sports Day ini, Guligeng diberi tanggungjawab sebagai event organizer yang menyediakan aktiviti-aktiviti permainan berkonsepkan tradisional dan budaya. Permainan Budaya ini merupakan permainan yang unik. Ianya mampu membentuk perpaduan serta sikap kerjasama berpasukan.
Bukan sekadar menyihatkan badan, malah juga mampu mencergaskan minda melalui strategi kemenangan yang disusun. Semuanya seperti mengimbau zaman kanak-kanak kerana aktivitinya adalah seperti tarik upih, lari dalam guni, tuju tin, kereta sorong, tarik tali dan pelbagai lagi.
Kesemuanya sporting dan bergembira dengan aktiviti yang dijalankan. Aktiviti berehat dengan Siti Hajjar menunjukkan cara membungkus nasi lemak. Kebetulan ada pelancong dari Australia, maka ia terus menjadi sesuatu yang unik dan spontan. Nasi lemak dan sambal terus dimakan oleh pelancong asing dan mengatakan ia sedap walaupun sedikit pedas katanya.
Acara tarik tali kebiasaannya menjadi yang terakhir bagi acara sukaneka. Namun kejutan juga untuk semua apabila tali terputus apabila berentap kali pertama. Mujur pihak penganjur ada sediakan tali simpanan. Beradu tenaga serta kerjasama dilihat dalam aktiviti ini dan seperti biasa kumpulan masing-masing dengan strategi masing-masing.
Setelah markah dikira, Kumpulan Hijau mendapat tempat keempat, Kumpulan Biru ditempat ketiga manakala kumpulan kuning dan merah mendapat markah seri. Kemudian ditentukan dengan penentuan di acara Tuju Tin.
Tahniah diucapkan kepada kelab peminat Mira Filzah yang berjaya mengadakan aktiviti seumpama ini. Semoga Mira Filzah dan Miraclegacy lebih maju di masa hadapan dan mencapai objektif yang dibuat. Pihak Denaihati Network juga merakam setinggi-tinggi terima kasih kerana berpeluang untuk menjadi sebahagian daripada majlis Miraclegacy Sports Day 2017 ini.
Inshaa Allah akan bertemu di lain masa dengan aktiviti-aktiviti yang lebih menarik sama ada di alam maya dan media sosial.
Video penuh Miraclegacy Sports Day (jangan lupa subscribe ya!)
33 Comments
Untung juga la kalau peminat..
Nak bisnes pun senang juga tu..
Ada nama tersendiri
Curahan rasa mrhanafi @ ..Persiapan Mental Sebelum Berhenti Kerja
Siapa la gamaknya nanti dapat kahwin dengan Mira Filzah ni ye .. uhh cantik betul walaupun tgh bersukan .. hahaha
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Panduan Affiliate Sempoi Tapi Power Untuk Newbie
artis memang cantik..
kecantikan mira filzah pasti menjadi tarikan kepada semua..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Mendapatkan Kuasa Minda Luarbiasa
Tahniah buat Mira Filzah si cantik manis dan ibu beliau… kerana buat event seperti untuk menghargai peminat…
Curahan rasa anuar @ ..Alhamdulillah… Tercapai SATU SASARAN 2017
Pendekatan seperti ini harus dicontohi oleh artis-artis dan public figure yang lain.. supaya berpeluang untuk mendekati peminat..
Curahan rasa anuar @ ..Alhamdulillah… Tercapai SATU SASARAN 2017
Mereka harus ingat… tanpa peminat siapalah mereka.. peminat menjadi asbab mereka dapat terus bertahan dalam industri ini..
Curahan rasa anuar @ ..Alhamdulillah… Tercapai SATU SASARAN 2017
Hmm dan patutnya jemput saya juga untuk memeriahkan majlis .. pasti lagi best .. ekekeke…
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..14 Photoshop Action Script Photoshop Percuma Untuk Buat Ecover Buku Majalah
Bro HH ada agenda lain tu..
sebab tu mereka terlepas pandang nak jemput kot.hehehe
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Mendapatkan Kuasa Minda Luarbiasa
Kecil sangat tali yang digunakan untuk acara tarik tali tu.. patutlah putus…
Curahan rasa anuar @ ..Alhamdulillah… Tercapai SATU SASARAN 2017
Pernah juga masuk acara tarik tali dengan menggunakan tali yang besar… tapi putus juga sebab tali dah reput..
Curahan rasa anuar @ ..Alhamdulillah… Tercapai SATU SASARAN 2017
putus tali boleh disambung tuan…
kalau putus kasih…
merana diri jadinya..
terapi kalau tengok Mir Filzah jadi ok kot..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Mendapatkan Kuasa Minda Luarbiasa
pehh..
gila ramai orang datang dan join sports day nih.
kagum seh.
Curahan rasa titan @ ..Cashback Kedua dari Shopback.my
Uhh cantik kot si Mira Filzah ni .. tu ramai yang nak turut serta. Bagus betul event dibuat Mira Filzah ni … tak adalah terkepuk dngn kerja di rumah je.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..10 Modul Belajar Adsense Untuk Blogger Buat Duit USD
aktiviiti luar memang menyihatkan tuan..
tambah-tambah lagi kalau tengoh mira Filzah
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Mendapatkan Kuasa Minda Luarbiasa
Rupanya Mira Filzah antara 100 usahawan muda paling berpengaruh 2016. Peminat tentu seronok dapat bersama artis kesayangan mereka dalam aktiviti Mira Legacy Sports Day.
Uhh .. fakta yang sangat menarik untuk mereka yang mungkin cari peluang untuk kerjasama. Fan si Mira Filzah ni memang ramai .. untung siapa boleh kawtim dgn Mira Filzah.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Panduan Affiliate Sempoi Tapi Power Untuk Newbie
Comments are closed.