Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, baru-baru ini telah berlangsungnya satu majlis yang ditunggu-tunggu oleh peminum tegar Yeo’s Malaysia sempena meraikan pemenang-pemenang peraduan “Yeo’s 80 Days Drink To Cash” yang diadakan di Espresso Lab Low Yat Plaza, Kuala Lumpur. Majlis ini merupakan kesinambungan peraduan Yeo’s seperti yang pernah diwar-warkan mengenai peraduan minum Yeo’s dan menang RM 500,000 tempoh hari. Team Denaihati telah pun dijemput oleh pihak Yeo’s Malaysia untuk sama-sama memeriahkan majlis ini.
Yeo’s 80 Days Drink to Cash Contest – RM 500,000 untuk dimenangi
Yeo’s Malaysia telah berkerjasama dengan salah satu aplikasi komunikasi sosial mobil yang terkemuka iaitu WeChat, telah pun memberikan ganjaran ‘bonanza’ kepada 34 pemenang pertama Hadiah Harian dan 3 Hadiah Khas kepada pemenang bertuah “Yeo’s 80 Days Drink To Cash” tersebut. Bagi yang masih tertanya-tanya, peraduan ini telah pun berlangsung pada 13 Mac 2014 sehingga 31 Mei 2014 dimana pihak Yeo’s Malaysia menawarkan hadiah wang tunai yang keseluruhannya berjumlah setengah juta ringgit serta 72 iPad dan banyak lagi hadiah yang menanti anda seperti hadiah utama yang bernilai RM 100,000.
Turut hadir pada majlis penyampaian hadiah tersebut ialah Vincent Chui, Pengurus Besar Pemasaran Yeo’s berkata,
Sehingga hari ini, kami telah menerima respons yang sangat memberangsangkan dalam 34 hari pertama dan bilangan pengikut di akaun rasmi Yeo’s di saluran WeChat semakin bertambah.
Pemenang “Yeo’s 80 Days Drink To Cash” bergambar bersama
Sementara itu pula Mohd Zahid Israk bin Baharom, pemenang bertuah pertama yang telah mendapat hadiah wang tunai istimewa iaitu RM 10,000 berkata,
Ini merupakan sesuatu yang sukar saya percayai apabila diumumkan sebagai pemenang pertama hadiah istimewa pertandingan ini. Saya tidak dapat tidur nyenyak semalaman disebabkan terlalu gembira dengan berita ini.
Mohd Zahid Bin Baharom , pemenang hadiah bernilai RM 10,000 “Yeo’s 80 Days Drink To Cash”
Salah seorang pemenang yang memenangi wang tunai RM 3,000
Tahniah buat mereka yang menjadi pemenang bertuah peraduan terulung yang dianjurkan oleh pihak Yeo’s Malaysia ini. Bagi mereka di luar sana, peluang untuk memenangi hadiah masih lagi terbuka kerana peraduan ini akan tamat pada 31 Mei 2014, anda masih mempunyai 45 hari lagi untuk menghantar penyertaan bertuah anda. Jumlah hadiah setakat ini yang telah dimenangi ialah RM154,800 dan sebanyak 27 iPads dalam tempoh 32 hari peraduan dijalankan.
Orang ramai boleh membuat sebarang pembelian produk minuman Yeo’s, Justea, ataupun Soyrich dalam bentuk Tetra Pak 250ml & 1L, botol PET 350ml, 500ml dan 1.5L. Setiap penyertaan berdasarkan produk yang disebutkan itu adalah sah untuk menyertai peraduan ini berdasarkan panduan yang telah diberikan.
1. Pengguna boleh melampirkan kod yang terdapat pada produk atau resit rasmi yang tertera jelas untuk layak menyertai peraduan. Kemudian hantar kod peraduan atau resit rasmi beserta gambar sebagai bukti pembelian melalui akaun rasmi Yeo’s Malaysia di WeChat.
2. Jika penyertaan berjaya, peserta akan diberikan notis dan pautan iklan Yeo’s di YouTube untuk menjawab soalan mudah yang berkaitan dengan iklan pada YouTube tersebut. Simpan gambar bagi tujuan pengesahan.
3. Setiap kod adalah layak untuk satu penyertaan sahaja. Jumlah penyertaan pula akan bergantung pada jumlah pek yang tertera di atas resit rasmi.
Rakan- rakan lain masih lagi berpeluang untuk menjadi pemenang bertuah peraduan ini mana tahu dapat rezeki macam Kenit Cinonet dapat iPad, untuk maklumat lanjut mengenai peraduan ” Yeo’s 80 Days Drink To Cash ” ini boleh ikuti WeChat ID : YeosMalaysia ATAU lawati Contest RM500K Yeo’s Malaysia.
107 Comments
Pemenag pertama hadiah hadiah wang tunai seribu u ringit..terbaiklah. minim minum dapat hadiah.
Bestnya boleh menang contestacni. Berpuluh ribu pula tu bawa balik.
Curahan rasa nord @ ..Kulit anjal, Tegang dan Awet muda Idaman Wanita
Bertuah kan mereka yamg menang tu..
Kita kena join jugak ni nest time.
Kalau tak,tengok jelah orang lain bwk balik hadiah.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Review: Novel Bukan Cinta Secondhand
minuman yeo’s satu jenama yang sudah lama bertahan dan kenali serata malaysia
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 19/2014_RWG – Ice Age Adventure
Memang saya pun gemar minum soya keluaran yeos ni dulu. Sekarang dah banyak choice minuman yeos ni
Curahan rasa nord @ ..Kulit anjal, Tegang dan Awet muda Idaman Wanita
Betul tu.. minuman yeos ni sejak dari kecil lagi nik dan keluarga suka.. nak nak lagi time puasa.. memang minjman kegemaran.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Review: Novel Bukan Cinta Secondhand
harapkan pada sbb 2015 akan datang yeos akan lebih gempak dan meriah lagi sambutannya
Curahan rasa cahayacinta @ ..Kisah Tiga Tetamu Yang Hadir Majlis Keraian
Yaa.. harap juga akan ada lagi competition seumpana ni..saya teringin nak join sama.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Review: Novel Bukan Cinta Secondhand
jumlah sepulih ribu atau kebawah jumlah yang banyak.pasti ada pelbagai perancangandi buat pada mereka yang menang
Curahan rasa cahayacinta @ ..Terlanggar Pin Langgar Lari Tak Perlu Buat Laporan Polis
Kalau saya, 1000 pun dah di kira banyak tu.. boleh buat belanja rumah untuk 2 bulan…
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Review: Novel Bukan Cinta Secondhand
hanya beberapa peringkat sahaja sertai tapi sayanglah tak dapat buat ke bahagian akhir agaknya bukan rezeki saya
Curahan rasa cahayacinta @ ..Cara Membuat Jubah Princess Cut Polka Dotku Renungan Matanya Tajam
saya tak dapat sertai contest ini tapi memberikan sokogan padu sahaja masa itu
Curahan rasa cahayacinta @ ..Terlanggar Pin Langgar Lari Tak Perlu Buat Laporan Polis
minum sahaja terus dapat duit sungguh mudah jika rezeki berpihak pada perserta
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 19/2014_RWG – Ice Age Adventure
Sis tak join jugak ye? Humm.. saya pun dulu tak tahu menahu pasal contest ni..
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Review: Novel Bukan Cinta Secondhand
Hari tu mahu juga turut serta peraduan ni…tapi, dek kesibukan yang berjela-jela…tidak jadi ikut… 🙂
Curahan rasa Vander Good @ ..Hari Inovasi : Produk daripada buah Tarap
sayang sungguh tak apalah manalah tahu lepas ini pihak yeos akan baut pusingan lagi sekali siapa tahukan.
Curahan rasa cahayacinta @ ..Terlanggar Pin Langgar Lari Tak Perlu Buat Laporan Polis
Ya, harapnya begitulah…sebab hadiah yang ditawarkan memang menarik hati…hihi…
Curahan rasa Vander Good @ ..Suka dengan blog saya?
Tahun depan hopefully boleh join bila ada contest macam ni lagi
Curahan rasa nord @ ..Kulit anjal, Tegang dan Awet muda Idaman Wanita
Kalau join contest, memang memerlukan pengorbanan masa dan tenaga kan. Sebab tu hanya yang betul2 verusaha akan dapat habuannya.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Review: Novel Bukan Cinta Secondhand
Sungguh aktif syarikat Yeos pada tahun 2014 ini membuat promosi, tajaan dan peraduan. Semoga ianya berjaya mencapai matlamat dan tahniah kpd yang telah menang.
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Cita-Citaku Ingin Menggapai Pelangi
Strategi dalam marketing dan promotion. Banyangkan yoes yang dah memang orang kenal pun masih pulun buat promosi. Pengeluar produk lain pun kena buat macam ni. Untuk dikenali dengan lebih meluas.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Review Blog Mereka.
Betul tu. Semoga sesebuah jenama itu terus kekal menjadi pilihan penggemarnya. Itu yang pentingnya promosi.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Hadiah Dari Blogger Azhafizah Dan Shida Radzuan
Tapi kalau ikutkan syrikat jenama yoes ni memang dah famous dari zaman saya kecik lagi…
Susu kacang yeos memang menjadi kegemaran PG setiap pagi. RM10,000K?! Memang hebat. Kalau PG menang wang tunai begitu besar pun, pasti tak tidur nyenyak semalaman. Tahniah sekali lagi buat para pemenang! Nampak gayanya, lepas ni kena update dengan contest yang ada. Rezeki menang besar macam ni kan? Siapa yang tak nak 🙂
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Memang kena alert ni kalau nak menang hadiah yang meanrik dan masyukk macam ni PG. Nik pun lepas ni nak juga mencuba. Mana tahu terselit rezeki kat situ.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Review Blog Mereka.
Sayangkan kita tak join kontest menarik seperti ini PG. Mana tahu ada rezeki menang haritu. Hee. Lepas ni kena alert lah ye ;D
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Hadiah Dari Blogger Azhafizah Dan Shida Radzuan
Tulah sally.. lepas ni nak join contest lah banyak banyak.. mana tahu melekat hadiah.. hehehe
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Review: Novel Bukan Cinta Secondhand
Wawa penggemar yeos. Tiap kali bulan ramadhan memang akan minum susu kacang soya yeos. Lepas ni kalau ada contest dari pihak yeos boleh wawa join lagi buat kali kedua.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..CABARAN 30 HARI [HARI 12] : 5 WISHLIST ANDA
Lepas ni kena alert ye Wawa, kot2 ada kontest anjuran Yeo’s lagi ke. Mana tahu ada rezeki untuk menang ;D
Tulah sally.. lepas ni nak join contest lah banyak banyak.. mana tahu melekat hadiah.. hehehe
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Review: Novel Bukan Cinta Secondhand
Next time kalau ada contest yang macam ni memang kena alert. Dan join. Mana tahu ada rezeki..
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Tersenarai dalam contest cabaran iphone 5s blog Denaihati.com
Betul tu Fatihahfazlin. Rugi kalau tak join contest macam ni kan. Kot-kot rezeki kat kita. Memang minum susu kacang yeos la jawapnya setiap hari. Bertuah para pemenang kat atas ni. 🙂
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Minum soya hari-hari. Hahahaha. Tapi okey jugak tu memang nik suka sangat minum air soya ni. Boleh buat stok kalau menang produknya, sampai tamat tempoh.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Review Blog Mereka.
Nampaknya saya kena alert untuk contest sebegini, kalau rezeki mana tahu boleh menang kan.
Betul tu. Kita kena lebih alert akan kontest menarik seperti ni. Manalah tahu ada rezeki menang seperti mereka diatas ni ;D hee
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Hadiah Dari Blogger Azhafizah Dan Shida Radzuan
Nampak ramai jugak blogger-blogger yang join. ada yang sangkut hadiah pape ke?
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Keputusan FIFA World Cup 2014 Brazil Melawan Netherlands
Rasanya ada hari tu terbaca kat fb. Bertuahlah mereka dapat hadiah lumayan macam tu..
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Cabaran 30 Hari | Hari 24 : Rumah Impian Nik
terima kasih atas informasinya
Comments are closed.