Minum Yeo’s dan menang hadiah bernilai RM500,000

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, kehangatan Sepetang Bersama Blogger 2014 masih terasa sehingga hari ini, inilah acara yang sangat dinantikan oleh blogger dan pengamal media sosial untuk mereka berkumpul bagi mengeratkan silatulrahim. Majlis yang mengumpulkan blogger-blogger Asia Tenggara dari Malaysia, Brunei, Indonesia dan mungkin negara-negara yang lain juga. Terima kasih kepada pihak Yeo’s Malaysia kerana sudi menjadi penaja utama bagi majlis ini.

Pelbagai hadiah menarik telah pun dimenangi oleh peserta-peserta SBB 2014 tempoh hari, antaranya gajet canggih seperti iPhone 5s dan 5c, iPad Mini, Motorola Moto G, pakej percutian dan pelbagai lagi hadiah dimenangi . Beberapa cabaran juga telah dilakukan sebelum bermulanya lagi majlis Sepetang Bersama Blogger  dengan Yeo’s 2014 bagi memeriahkan suasana. Sebelum ini 2 peraduan dari Yeo’s telah pun berlangsung iaitu LOL with FUNderful Video Contest dan Peraduan Yeo’s Malaysia Sepetang Bersama Blogger.

Peraduan dari Yeo's, Yeo’s 80 Days Drink to Cash Contest, Contest 80 Hari Yeo's. Hadiah peraduan Yeo’s 80 Days Drink to Cash Contest,
Yeo’s 80 Days Drink to Cash Contest – RM 500,000 untuk dimenangi

Untuk makluman semua, Yeo’s Malaysia akan mengadakan satu peraduan yang menarik dan hebat  iaitu ‘ Yeo’s 80 Days Drink to Cash Contest ‘. Peraduan yang dianjurkan oleh Yeo Hiap Seng Trading Sdn. Bhd. menawarkan hadiah bernilai RM500,000 dan menangi RM 3,000 setiap hari selama 80 hari.

Tempoh peraduan bermula dari 13 Mac 2014 sehingga 31 Mei 2014 sehingga tepat jam 6:30 petang. Pihak Penganjur berhak untuk meminda tempoh peraduan pada bila-bila masa sahaja tanpa memberi notis terlebih dahulu kepada mana-mana pihak sekalipun mengikut budi bicara penganjur. Penyertaan yang diterima di luar tempoh peraduan secara automatik hilang kelayakan.

Peraduan dari Yeo's, Yeo’s 80 Days Drink to Cash Contest, Contest 80 Hari Yeo's. Hadiah peraduan Yeo’s 80 Days Drink to Cash Contest,
Hadiah yang sangat menarik untuk dimenangi

Untuk menyertai peraduan ini , sila rujuk langkah-langkah penyertaan di bawah : –

Langkah 1:

Beli mana-mana minuman Yeo’s, Justea atau SoyRich dibawah dengan Kod Peraduan pada pek minuman atau boleh menggunakan nombor resit rasmi yang bercetak  bagi produk minuman Yeo’s, Justea atau Soyrich yang tidak mempunyai  Kod Peraduan.

  • Tetra Pak 250ml ,
  • Tetra Pak1L ,
  • botol PET 350ml,
  • botol PET 500ml atau
  • botol PET 1.5L

Langkah 2:

Sertai  Akaun Rasmi WeChat  Yeo’s Malaysia dengan mengimbas Kod QR pada pek atau menambah ID WeChat : YeosMalaysia

Langkah 3:

Hantarkan Kod Peraduan dan lampirkan gambar kepada Akaun Rasmi WeChat  Yeo’s Malaysia sebagai bukti pembelian. Terdapat 2 cara untuk menghantar  Kod Peraduan: –

1. Menggunakan nombor resit rasmi sebagai Kod Peraduan bagi sebarang produk minuman Yeo’s Justea atau Soyrich yang tidak mempunyai cetakan Kod Peraduan  atau;

2. Kod Peraduan yang dicetak pada produk minuman Yeo’s Justea atau Soyrich

Gambar yang dihantar hendaklah memenuhi kriteria berikut: –

a) Bagi minuman Yeo’s tanpa Kod Peraduan

– gambar mestilah jelas menunjukkan kuantiti minuman Yeo’s yang dibeli dan juga nombor resit rasmi. Resit yang berlipat tidak diterima.

b) Bagi minuman Yeo’s  yang mempunyai Kod Peraduan

– gambar  mestilah jelas menunjukkan kod produk Yeo’s yang telah digunakan  iaitu: –

  • Tetra Pak 250ml : Penyedut minuman dimasukkan dalam produk ataupun pek dilipat.
  • Tetra Pak 1L : Tarik dan penutup mesti dibuka atau dilipat.
  • Botol PET : Penutup botol  mesti dibuka dan diletakkan sebelah botol tersebut.

Langkah 4:

Jika penyertaan anda berjaya, peserta akan dimaklumkan oleh pihak  WeChat Yeo’s Malaysia dengan hyperlink untuk melihat iklan komersial Yeo’s melalui Youtube.

Langkah 5:

Jawab soalan yang mudah berkaitan dengan Yeo’s. Penganjur boleh mengubah  soalan dalam tempoh peraduan pada bila-bila masa.

Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan dengan Kod Peraduan yang berlainan. Setiap Kod Peraduan hanya untuk satu penyertaan sahaja  bermakna 1 minuman Yeo’s untuk 1 penyertaan peraduan. Bagi mendapatkan maklumat peraduan yang lebih jelas anda boleh saksikan video peraduan di Yeo’s 80 Days Drink To Cash Contest

Sangat mudah bukan peraduan yang dianjurkan oleh pihak Yeo’s Malaysia ini, anda hanya perlu membeli minuman Yeo’s Justea atau Soyrich, ambil gambar dan hantar ke Akaun Rasmi WeChat Yeo’s Malaysia. Apa lagi yang ditunggu, rebut peluang ini sekarang dengan hadiah bernilai RM 500,000 untuk dimenangi dan hadiah harian RM 3,000 untuk dimenangi selama 80 hari.


Spread the love

73 Comments

  1. hari2 minum yeos..nasib x terlepas pandang contest nie.hari2 cuba alhamdulillah dah 2x menang hadiah harian…….TQ yeos…

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!