Merotani anak tanda sayang

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, hadith riwayat Imam Ahmad dan Tabarani yang maksudnya “Jangan kamu mengelak daripada merotani anak-anak sebagai amaran supaya mereka berakhlak baik” bermaksud jika anak-anak tidak dirotan, mereka akan melakukan sesuatu mengikut sesuka hati mereka tanpa berasa risau walau sedikit pun.

Sekali sekala anak-anak perlu dipukul sekadar yang dibenarkan dalam hukum syarak kerana jika tidak dipukul lansung, biasanya mereka kurang terdidik. Sekarang ini, kerana terlalu sayangkan anak, ibubapa tidak memberi sebarang amaran dan peringatan kepada anak-anak sejak daripada peringkat awal lagi. Setelah mereka menjadi sebati dengan kelakuan yang buruk, barulah kita mula mengadu hal mereka. Ini bukan tanda sayangkan anak.

Anak yang soleh adalah pencen alam akhirat

Tidak mencegah mereka daripada melakukan perbuatan yang buruk dan menganggap merotani anak-anak bertentangan dengan sifat kasih sayang, merupakan satu kesilapan yang besar terhadap anak-anak.

Terdapat banyak hadith bahawa Rasulullah SAW menyarankan ibubapa supaya menyuruh anak-anak yang berumur tujuh tahun mendirikan solat dan merotani anak-anak yang berumur 10 tahun jika masih tidak mahu solat. Rasulullah SAW juga bersabda bahawa memberi peringatan kepada anak-anak lebih baik daripada bersedekah 3 kg gandum. Rasulullah SAW juga bersabda semoga Allah merahmati seseorang yang menggantung rotan di dalam rumahnya untuk memberi peringatan kepada ahli keluarganya.

Dalam suatu hadith yang lain, Rasulullah SAW bersabda, tidak ada sesuatu pemberian hadiah yang lebih baik daripada seorang bapa kepada anaknya melainkan mengajar budi pekerti yang baik kepada mereka.

Semua tulisan di atas adalah petikan dari buku Fadhilat Amal, Kepentingan Solat muka surat 36 – 37. Semuga ada pengajaran yang boleh kita ambil dalam proses mendidik anak untuk menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat.

---

  1. Ramai yang takut merotan anak sekarang ni sebab tangok banyak kes dera kat TV.
    Rotan anak bukan mendera, itu mengajar anak namanya…. :)
    Entri terbaru Sabahan Bloggers Club – No more free download in MalaysiaMy Profile

  2. tengah risau juga sekarang ni macam mana nak merotan anak bila dah cukup umur untuk dirotan nanti…
    Entri terbaru Amirez – Bukan Daudsu Punca Kekalahan Kelantan di Final Piala FA 2011My Profile

  3. Teringat semasa kecil dulu kalau buat kesalahan dirotan oleh ibu bagi tujuan mendidik

  4. zaman skrg makin ramai ibubapa terabai dek dgn duniawi..moga dengan entri ini akan membuka minda ibubapa dlm mendidik anak-anak
    Entri terbaru wrizuan[dot]net – Usop Wilcha vs Abg JemMy Profile

  5. merotan biar dgn niat nak mengajar.cara yg elok,lepas rotan peluk anak tu dan bagitahu bahawa kita sayangkan dia.kita rotan sebab nak dia jadi orang yg berguna.bukan kita rotan utk menyakitkan dia.rotan pun sekadar utk memberi ingatan
    Entri terbaru izwan – Melayu Tipu MelayuMy Profile

    • Selepas merotan jangan terus pujuk bagi 4-5 jam dulu. Kalau nak terus pujuk boleh tapi mesti ibunya kalau ayah yg rotan atau sebaliknya. Bagi faham dia telah buat kesalahan dan rotan sebagai hukuman utk tak ulangi. Disiplin ni kena buat dari awal masa baby lagi tapi kalau saja anak dah remaja baru nak buat tu yg diaorang lari rumah.

  6. bila fikir banyak cabaran bila dah kahwin ada anak rasa macam malas pulak nak berumah tangga esok2.. hehe
    Entri terbaru MuJE – MunzirMyMy Profile

    • Hidup ni ada je cabaran bagi yg tak kawin ada pulak cabaran lain yg pasti bila tua duduk sendiri kat rumah irang tua dan yg paling malang tak ada pencen akhirat sebab tak ada anak yang soleh yg boleh dijadikan bekalan.

  7. zaman sekarang nieh kalau anak pulak yang pukul ibu bapa … didikan ibu bapa paling penting kalau nak di di bandingkan dengan guru .. anak2 yang baik datang dari didikan ibu bapa.. jika ibu bapa salah mdidik anak2 maka akan rosak lah anak tersebut .. harap2 akan datang bila ada anak mampu didik dengan sebaik mungkin

  8. rasanya… anak aku yang kecik ni.. kalau dia mengada pon kene babab.. memang tak tasik chance.. manja.. ada time manja.. tapi kalau bab nak dengar cakap dia jer.. tu tabley jadik.

    nak pukul pon ade cara… 3 jari pon dah kire sakit.. ni kan pulak satu pelempang. daripada kes nak mendidik anak.. nanti jadi kes dera pulak. so kene bersabar jugak la dalam mendidik anak kita ni kan?
    Entri terbaru Kreuger – 1’1My Profile

    • Pukul anak pun ada adapnya mesti bawah pinggang je bawah dgn niat mengajar bukan dgn nafsu amarah. Pukul 3x dah cukup bukan berkali2 tu dah macam samseng kat filem Kongsi pulak.

  9. tapi budak sekarang kena pukul cikgu habis makbapak serang cikgu..
    Entri terbaru faiz – Filem Review-KL GangsterMy Profile

  10. Sekarang ni dah terbalik. mak bapak kat rumah tak tegur atau beri hukuman kalau anak buat salah. Tapi bila orang lain yang memberi hukuman kerana untuk mengajar contohnya guru di sekolah, bukan anak yang dimarahi tetapi guru tersebut yang teruk kena maki hamun. Kalau dulu, bila guru rotan kat sekolah, memang tak balik rumah la jawabnya sebab takut bapak kat rumah tambah lagi rotan.
    Entri terbaru Sobri Mansor – Sepetang di Sg Klah Hot SpringMy Profile

  11. nasihat yg berguna. insyaAllah akan saya praktikkan utk cahaya mata saya yg br berusia 3 bulan ini kelak bila berumur 7 tahun ke atas :)
    Entri terbaru ekspresiruang – Flight of Birds House- Rumah Trifungsi Di Kepulauan Gunung Berapi AzoresMy Profile

  12. cara didik anak yang betul dengan rotan anak jika dia lakukan suatu kesalahan tu
    memang tak dinafikan sekarang memang mak pak sekarang lembut sangat dengan anak tu, sampai2 rasa dia besar..
    contoh paling sesuai cuba tengok filem Aku Tak Bodoh..masuk akal gak..

  13. merotani sebatas tidak terlalu dan untuk mendorong beribadah adalah sebuah keharusan.
    Entri terbaru Bang Iwan – Pak Harto- The Untold StoriesMy Profile

  14. Memang betul tu bro..ada sesetgh ibu bapa langsung tak marah anak..apa lagi nak rotan.,tu yg kadang2 anak byk lemak.Langsung x hormat org sebab tak pernah kena rotan.

  15. betul, merotani anak untuk mendidik adalah perkara yang disuruh (macam sembahyang). Bukan merotani anak untuk lepas tension atau atas sebab lain.
    Entri terbaru afzal laidin – Kenali Gaya Komunikasi – membina hubungan idealMy Profile