Assalamualaikum dan salam merdeka, alhamdulillah sudah 59 tahun Malaysia Merdeka. 59 tahun Malaysia sudah terlalu banyak berubah. Kalau dahulu pemimpin perlu jual tanah untuk memperjuangkan kemerdekaan. Kini pemimpin perlu memberi subsidi untuk mengekalkan kemerdekaan.
Bisnis pun begitu peringkat awal bisnis kita perlu menjual harta benda untuk dapatkan modal permulaan setelah bisnis maju kita perlu keluarkan bajet untuk pemasaran dan penjenamaan. Toke bisnis yg tidak sanggup mengeluarkan bajet pemasaran seperti pemimpin yang sedang merancang untuk tewas pilihanraya akan datang.
Malaysia kini berusia 59 tahun sudah melangkah ke dunia digital jadi kepada rakyat yang cepat melangkah bersama pasti akan berjaya. Kami team Denaihati Network akan mengajar ilmu bisnis digital kepada mereka yg ingin berubah untuk memerdekakan ekonomi dan masa.
Abang Denaihati rasa kita akan lebih merdeka apabila sudah merdeka ekonomi dan merdeka masa. Kalau masih dibelenggu hutang pasti belum merdeka diri. Kalau masih bekerja siang dan malam untuk orang lain juga belum merdeka. Tidak musthail untuk kita merdeka ekonomi apabila kita bersungguh-sungguh dan sanggup berkorban u ntuk mencapai.
ALLAH sudah merdekakan kita 1437 tahun dahulu seperti maksud ayat 3 surah Al-Maidah.
“….. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu.
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
Sudahkan anda merdeka ekonomi?
Sudahkan anda merdeka masa?
Abang Denaihati
Denaihati.com
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
24 Comments
Selamat hari kemerdekaan buat negara malaysia ..semoga ekonomi jug merdeka …
Curahan rasa Oyong Ilham @ ..Jasa Karikatur Murah dan Berkualitas
Merdeka…Merdeka…Merdeka…
Saya masih lagi mencuba merdeka ekonomi… Insyaallah tahun ni
Curahan rasa Kereta Sewa @ ..Kereta Sewa Toyota Vellfire oleh Admin Kereta Sewa
dalam usaha nak merdeka ekonomi, semua segala urusan berjalana dengan lancar dengan izin-Nya.
Curahan rasa Blogger Lelaki @ ..Harga Proton Persona Baru 2016
Dengan usaha yang berterusan insyallah umat Islam boleh berjaya. Kena jaga amal dan tawajuh kita pada Allah SWT juga.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Anak Gajah Yang Mendapat Jutaan View
Nak capai misi dua-dua ni perlukan masa juga. Insyallah ada usaha boleh berjaya hendaknya.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Buat Duit Cuti Merdeka
Nak kena usaha lagi nak capai merdeka masa dan ekonomi. Bekerja dan berusaha hendaknya berjaya.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Buat Duit Cuti Merdeka
Ya.
Harap ekonomi negara-negara islam bertambah kukuh.
aminnn.
amiinnn.
aminnnn..
Curahan rasa titan @ ..Cabaran UPSR Tahun 2016
Amin. Betul tu. Semoga ekonomi umat Islam bertambah kukuh dan berdaya saing.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Anak Gajah Yang Mendapat Jutaan View
bebas hutang dan bebas masa : satu aspek “merdeka” yang tidak banyak difikirkan orang. jom usaha ke arah itu..
Curahan rasa Oja Samid @ ..Promosi Shaklee September 2016
Jom sama-sama usaha. Semoga Allah SWT mudahkan cita-cita ini dicapai dengan jayanya. Amin.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Anak Gajah Yang Mendapat Jutaan View
Salam kemerdekaan yang ke 59, tahun ni sudah masuk tahun keempat sambut merdeka dengan bekerja sendiri 🙂
Curahan rasa Ikhwan @ ..Komisyen Pertama Dari Uber
Tahniah tuan Ikhwan Fahmi… saya belum mampu sampai ke tahap ini..
Curahan rasa anuar @ ..Kisah Hidup Graduan Politeknik ditulis dalam buku “Bagaimana Bankrap Menjadikan Aku Kaya”
Lagipun masih saya dengan kerja sedia ada sekarang… tulis blog dan usahawan internet sebagai kerja part time jer..
Curahan rasa anuar @ ..Kisah Hidup Graduan Politeknik ditulis dalam buku “Bagaimana Bankrap Menjadikan Aku Kaya”
Alhamdulillah.. dapatlah juga lebihan sedikit rezeki melalui kerja part time ini.. untuk menampung keperluan mana yang patut…
Curahan rasa anuar @ ..Kisah Hidup Graduan Politeknik ditulis dalam buku “Bagaimana Bankrap Menjadikan Aku Kaya”
merdeka… merdeka.. merdeka….
selamat hari merdeka DENAIHATI… best sambutan kat dataran merdeka tadi. suka tengok persembahan.
anak-anak pun suka. bangun pagi mengadap tv hehe
Curahan rasa umiadam @ ..Amalkan Setiap Malam, Banyaknya Manfaat
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 59 buat para pembaca blog Denaihati.. semoga blog ini dapat terus menberi manfaat kepada semua pembaca..
Curahan rasa anuar @ ..Kisah Hidup Graduan Politeknik ditulis dalam buku “Bagaimana Bankrap Menjadikan Aku Kaya”
Semperna hari kemerdekaan ini, marilah bersama-sama kita berusaha memerdekakan diri daripada masalah ekonomi…
Curahan rasa anuar @ ..Kisah Hidup Graduan Politeknik ditulis dalam buku “Bagaimana Bankrap Menjadikan Aku Kaya”
Usaha team Denaihati Network menganjurkan seminar-seminar berkaitan keusahawanan harus dipuji..
Curahan rasa anuar @ ..Kisah Hidup Graduan Politeknik ditulis dalam buku “Bagaimana Bankrap Menjadikan Aku Kaya”
semoga ramai peserta yang dapat memanfaatkan peluang tersebut dengan sebaiknya.. In Shaa Allah..
Curahan rasa anuar @ ..Kisah Hidup Graduan Politeknik ditulis dalam buku “Bagaimana Bankrap Menjadikan Aku Kaya”
Merdeka masa juga belum lagi… walaubagaimanapun, pengurusan masa sekarang ni dah semakin baik berbanding sebelum ini sejak saya tinggal dalam quaters di tempat kerja..
Curahan rasa anuar @ ..Kisah Hidup Graduan Politeknik ditulis dalam buku “Bagaimana Bankrap Menjadikan Aku Kaya”
Alhamdulillah.. sekarang ni turun dari rumah dah boleh jalan kaki ke pejabat tak sampai 5 minit…
Curahan rasa anuar @ ..Kisah Hidup Graduan Politeknik ditulis dalam buku “Bagaimana Bankrap Menjadikan Aku Kaya”
Nak ambil dan hantar anak ke sekolah dalam 7 minit.. nak hantar dan ambil anak dari rumah pengasuh dalam 4 minit…
Curahan rasa anuar @ ..Kisah Hidup Graduan Politeknik ditulis dalam buku “Bagaimana Bankrap Menjadikan Aku Kaya”
Syukur Alhamdulillah… dengan pengurusan masa yang Allah kurniakan sekarang ini.. setiap hari berpeluang meluangkan byk masa bersama keluarga…
Curahan rasa anuar @ ..Kisah Hidup Graduan Politeknik ditulis dalam buku “Bagaimana Bankrap Menjadikan Aku Kaya”
Merdeka ekonomi masih belum lagi.. In Shaa Allah, sekarang ni sadang berusaha ke arah itu..
Curahan rasa anuar @ ..Kisah Hidup Graduan Politeknik ditulis dalam buku “Bagaimana Bankrap Menjadikan Aku Kaya”
Comments are closed.