Assalamualaikum dan salam sejahtera, dua hari lepas ketika Abang Denaihati singgah di toilet RnR Senawang dalam perjalanan pulang dari Simpang Renggam, terlihat seorang pak cik jangkaan umurnya melebihi 55 tahun. Bekerja sebagai pencuci toilet, memang tidak hina malahan rezeki yang lebih halal daripada kebanyakan insan lain.
Cuma terfikir adakah Abang Denaihai juga terpaksa bekerja kuat ketika berusia begitu. Semuanya kita sendiri yang menentukan kerana apa yang berlaku kepada kita di masa hadapan bukan kebetulan. ALLAH tidak pernah zalim kepada hambanya yang merancang dengan baik masa hadapan.
Kalau sekarang kita merancang dengan baik insyaa Allah pada usia tua kita boleh fokus pada aktiviti ibadah yang sesuai dengan usia bukan lagi membanting tulang untuk meneruskan kehidupan. Kepada rakan-rakan yang muda biar susah semasa muda asalkan senang di masa tua nanti. Memang benar pepatah orang tua, “susah-susah dahulu, senang-senang kemudian”.
Pantun daripada blogger dan pakar Hartanah Malaysia saudara AbangEnsem.com di bawah ini boleh dijadikan panduan.
RUMAH ITU SIMPANAN
Semalam aku bertemu dengan rakan lama.
Tegap orangnya walaupun berusia.
Mengadu akan keluh kesahnya.
Tiada simpanan walaupun sesen cuma.
Aku yakin beliau tidak keseorangan.
Ramai lagi berkongsi angan-angan.
Berangankan hajat memiliki simpanan.
Hakikatnya perbelanjaan melebihi pendapatan.
Usia mudaku turut tidak terkecuali.
Nasibku baik bertemu Azizi Ali.
Belilah rumah nasihat diberi.
Sebagai ganti simpanan sendiri.
Asalnya berpinar cuba memahami.
Akan nasihat yang telah diberi.
Akhirnya faham setelah diselidiki.
Rumah dibeli berkali-kali.
Awalnya dibeli dengan duit sendiri.
Pantas dan tuntas penyewa dicari.
Kerana merekalah sebagai pengganti.
Menukarkannya ke aset dari liabiliti.
Apabila hutang berlalu pergi.
Barulah tenang rasa di hati.
Simpanan yang besar semakin dinikmati.
Ditambah dengan nilai hartanah yang tinggi.
Orang muda jangan sekadar memandang sepi.
Nasihat sebegini jarang anda dengari.
Mulakan tindakan sedari saat ini.
Agar tidak menyesal di kemudian hari.
– AE –
Bertindaklah sekarang sebelum menyesal kemudian hari. Jangan lupa baca juga artikel yg tersenarai di bawah banyak faedahnya dan share kalau bagus.
41 Comments
Masa muda la kita nak usaha bersungguh sungguh, bila dah tua insyaallah tuai hasil sambil berehat rehat.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan PTD M41
Bila badan dah tak larat dan tahap kesihatan pun semakin merosot. Nak buat kerja berat pun dah tak mampu..
Curahan rasa jida @ ..Testimoni ESP dan Vitamin C Untuk Kulit Alergik
Semoga anak muda zaman skrng bisa menjadi tulang punggung negara … Yang bisa memajukan bangsa…..
Curahan rasa Oyong Ilham @ ..Daftar Blog Dofollow Indonesia
Maju terus generasi muda …jgn mudah menyerah … Terus lah berusaha untuk memajukan bangsamu ….
Curahan rasa Oyong Ilham @ ..Jasa Karikatur Murah dan Berkualitas
Betul ..betul ….betul …pada masa mudalah masa yang mentukan sukses tdknya kita dimasa akan datang
Curahan rasa Oyong Ilham @ ..Perjalanan Terberat Itu Adalah ke Mesjid, Benarkah ??? –
saya selalu juga melihat, mereka yang bekerja kerajaan. mereka merasakan pencen yang mereka ada, mampu menyenangkan mereka pada hari tua. namun, bila sampai masanya, mereka tetap perlu bekerja walaupun di dalam keadaan tidak berdaya. entah di mana silapnya.
Curahan rasa haffizuliskandar @ ..40 High Paying Keywords terbaik untuk Adsense
oleh yang demikian, perlu ada perancangan dari muda. jangan terlalu yakin dengan “bekalan” waktu tua. perlu ada ilmu yang cukup. hanya dengan ilmu, semua perkara dapat diuruskan dengan mudah. insyaAllah.
Curahan rasa haffizuliskandar @ ..5 perkara yang perlu kita elakkan ketika bercuti di hotel.
Setuju, kita kena bersiap sedia dari sekarang untuk masa tua. Pelaburan hartanah adalah pelaburan yang cukup baik untuk masa tua.
Kena racang hari bersara kita. Agar kehidupan kita dan selesa bila tiba waktu tu. Tak perlu kerja berat lagi.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Rezeki Belajar Buat Duit Dengan Jobdirumah
Semoga kita semua tabah dalam usaha mencari rezeki. dalam usaha cari rezeki ni Allah akan uji macam-maca juga. Kena kuat semangat.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Rezeki Belajar Buat Duit Dengan Jobdirumah
Bila baca kisah ni kasihan juga kat pakcik-pakcik yang dan tua tapi masih kena kerja berat. Semoga Allah permudahkan usaha mereka cari rezeki yang halal.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Rezeki Belajar Buat Duit Dengan Jobdirumah
Kena racang hari tua kita. Harap bila dah tua tak perlu kerja berat lagi nak cari rezeki.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Ibadah Korban Di Tempat Yang Lebih Memerlukan
Hari tua kena racang juga. Jika tidak dah berusia pun kena buat kerja lagi. tapi kadang bila dah terpaksa memang kena buat juga. Semoga lebih ramai yang merancang selepas ini.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Ibadah Korban Di Tempat Yang Lebih Memerlukan
Dari sejak muda hrs lbih giat lagi…agar dimasa tua kelak tinggal menikmati hasilnya …
Curahan rasa Oyong Ilham @ ..Perjalanan Terberat Itu Adalah ke Mesjid, Benarkah ??? –
Perancangan pada masa persaraan penting kita boleh hidup tenang dan aman.
Curahan rasa akubiomed @ ..Malaysia International Jewellery Fair 2016
Huh.. hebat berpantun rupanya AE nih erk… tak sangka sungguh.. memang sedap pantunnya tuh.,
Curahan rasa Supernifz @ ..Perkara Yang Perlu Diketahui Oleh Bakal Ibu Apabila Kontraksi Bermula
Comments are closed.