Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, teringat kata-kata mutawif yang bawa rombongan kami ke Baitulmuqaddis katanya hanya ada satu sahaja makam Rasul yang 100% pasti iaitu makam Baginda Rasulullah SAW di Masjid Nabawi Madinah. Selain daripada itu semua makam-makam Rasul dan Nabi yang lain adalah kisah yang disampaikan dari satu generasi kepada genarasi yang lain sehingga kekadang ada dua tiga makan Rasul yang sama di tempat berbeza.
Alhamdulillah dengan izin ALLAH aku telah dipilih untuk menziarahi banyak makam Rasul dan Nabi disepanjang kembara aku menjejaki bumi ciptaan ALLAH. Bermula kali pertama pada tahun 2007 apabila ALLAH pilih aku untuk menziarahi Baginda Nabi Muhammad SAW memang sangat tersentuh hati dan tersemat kerinduan apabila lama tidak bertemu. Apabila menziarahi Baginda Rasulullah SAW, para alim ulama akan menghantar laporan dalam doanya bercerita semua kerja dakwah yang telah mereka lakukan dan azam usaha yang bakal mereka buat sekembali ke tahan air nanti. Aku pun tiru sedikit sebanyak tertib alim ulama menziarahi Rasulullah SAW walaupun selalunya terkedu lidah nak berdoa kerana tiada apa yang nak dilaporkan kepada Baginda.
Pada Disember 2013 alhamdulillah aku dan keluarga dapat menjejaki kaki ke bumi rebutan tiga agama Baitulmuqaddis. Seminggu mengembara dari Amman Jordan ke Baitlmuqaddis ke Tebria dan kembali semula ke Aman banyak makam-makam Rasul dan nabi yang kami ziarahi. Antara makam Rasul dan Nabi yang kami ziarahi adalah :
1. Makam Nabi Musa a.s terletak di Jericho di dalam Masjid Nabi Musa.
2. Makam Nabi Daud a.s di dalam sebuah bagunan yang menjadi tempat beribadah orang Yahudi. Tak boleh ambil gambar makam Baginda dan setiap pelawat yang masuk mesti menutup kepala kalau tiada kupiah kenalah pakai kupiah ala Yahudi.
3. Makam Nabi Ibrahim a.s, Nabi Ishak a.s dan Nabi Yaakob a.s terletak di dalam Masjid Nabi Ibrahim di Hebron. Umat Islam hanya boleh melihat makam Nabi Ibrahim a.s, makam Siti Sarah isteri Nabi Ibrahim, makam Nabi Ishak a.s dan makam Rifqah isteri Nabi Ishak. Makam Nabi Yaakob dan isteri dihalang dengan tembok khas untuk bangsa Yahudi sahaja. Masjid Nabi Ibrahim dikawal ketat oleh tentera-tentera Israel.
4. Makam Nabi Yunus a.s terketak dalam Masjid Nabi Yunus di bandar kecil Halhul. Pasti ramai yang sudah tahu kisah Nabi Yunus a.s yang ditelan ikan puas.
5. Makam Nabi Shuaib a.s terletak dalam Masjid Nabi Shuaib di Lembah Jordan.
Alhamdulillah pada Mei 2014 aku dan rombongan dipilih ALLAH untuk menjejaki kaki di bumi Turki yang banyak meninggalkan jejak-jejak sejarah para Rasul dan Nabi. Turki di bawah kerajaan Uthmaniah pernah menjajah 2/3 dunia di bawah pemerintahan Sultan Muhammad al-Fatih. Di Turki kami singgah di bandar-bandar beribu kilo meter dari Istanbul untuk menjejaki makam-makam beberapa Rasul dan Nabi antaranya :
1. Makam Nabi Ayyub a.s, makam Siti Rahmah isteri Nabi Ayyub dan makam Nabi Ilyasa a.s di bandar Urfa sempadan dengan Syria.
2. Makam Nabi Seth a.s dan makam Nabi Daniel a.s di bandar Tarsus.
Bersyukur sangat kerana aku di pilih ALLAH untuk menziarahi makam-makan insan hebat pilihan ALLAH. Semuga ziarah ini menjadi asbab masuknya hidayah dalam jiwa dan turunnya hidayah keseluruh alam. Kita boleh saja mengembara keseluruh dunia tetapi mesti ada azam dalam diri untuk menziarahi makam-makam Rasul dan Nabi. Tidak ternilai dengan wang ringgit pengalaman dapat menjejaki bumi keramat.
[box type=”shadow”]Sponsor Ads
Rahsia Yakjuj Makjuj sudah terbongkar! Klik Sini
Rahsia magnet rezeki bukan lagi rahsia! Klik Sini
Sedekah pembuka pintu rezeki. Ramai yang masih tidak tahu rahsianya! Klik Sini[/box]
55 Comments
Alhamdulillah.. Tahniah dapat ke sana. Doakan kami dapat jejakkan kaki ke sana juga. Amin3..
Curahan rasa ReeN @ ..Tips Cepat Membakar Lemak di Badan
Subhanallah…bilalah dapat peluang menziarahi bumi Arab ni ye…sedih dan rasa jealous ada apabila melihat sahabat2 menjejakkan kaki di tempat2 ini..semoga Allah mempermudahkan keinginanku untuk ke sana seperti tuan..
Curahan rasa KERJA TERKINI @ ..KEKOSONGAN KERJA HOSPITAL KPJ
Kapan ya saya diberi rezeki lebih sehingga biasa ziarah ke makam Rasulullah … ? Semoga bisa tercapai … Aamiin … 🙂
Curahan rasa Info-Menarik.NET @ ..Trik Cepat Cara Membuat Gambar Kartun Di Photoshop
ziarah makan tak lain tujuannya adalah untuk menjadi ibrah pelajaran bagi kita bahwa suatu saat kita pun akan berada di dalam kubur dan selalu bersiap untuk menghadapinya sehingga tidak dilalaikan oleh dunia
“Dunia itu adalah dilaknat, dilaknat apa yang ada di dalamnya, kecuali zikrullah ‘azza wajalla, dan sesuatu yang dikasihi Allah, atau orang alim ataupun orang yang belajar”. Hadis riwayat Imam Tirmidzi (At-Tirmidzi: 2244)
Curahan rasa islam di dadaku @ ..Cara Hidup Bersama Di Surga
saya juga pasang niat untuk sana..insya Allah kalau ada rezeki memang menjadi destinasi pilihan selepas ini
Curahan rasa mrhanafi @ ..Rahsia Handphone Yang Bikin Duit
Alhamdulillah Tuan DH menjadi insan yang terpilih. Semoga Allah memberi ruang dan peluang kepada kami untuk mengikuti jejak langkah Tuan DH suatu hari nanti, Insyaa Allah.
Curahan rasa myliferia @ ..Perbezaan Antara Bakar Kalori & Bakar Lemak Yang Sering Disalahfaham
Pernah dulu semasa study di Mesir, pada masa lapang saya dan seorang rakan menjejak makam sahabat dan salafussoleh di Kaherah, ingat lagi hari Jumaat, kami tiba di sebuah Masjid dan di dalam tu ada sebuah makam, memandangkan solat Jumaat dalam beberapa jam lagi, kami pun singgah di masjid tersebut dan bertanyakan mengenai makam di situ. Ada beberapa mata memerhati dengan riak tidak menyenangkan, mulanya kami sendiri tidak tahu mengapa, tetapi semasa kami mendengar khatib membaca khutbah, dia berkhutbah mengenai larangan mendirikan tempat ibadat di maqam kerana ianya amalan orang Yahudi, didatangkan juga mengenai dalil-dalil menyokong kenyataan tersebut. Kami berdua dengar jerla, habis solat kami balik dan ceritakan pengalaman yg satu tu kepada senior, dia beritahu tu kawasan Salafi. Owh.. melawat maqam kalau silap niat boleh bawa syirik contohnya niat nak minta dan ambil berkat (percaya si mati boleh memberi berkat kepada si hidup – jangan samakan dengan syafaat Nabi). Sebetulnya ziarah maqam untuk menghormati, memperingati dan melihat kesan sejarah peninggalan si mati, aktiviti ziarah maqam sentiasa kami jalankan sepanjang tahun semasa di Mesir. Maqam yg paling cepat kami lawat adalah Maqam Imam Hassan Al-Banna (tak sampai 5 minit), sebab pemandu tramco (van) takut nanti ada mata-mata yg melihat.
Curahan rasa Afiffuddin @ ..Amazon Malaysia
Alhamdulillah, Bro dah sampai di sana , saya pun dah pasang niat untuk ke sana nanti apabila ada kelapangan
Curahan rasa Wan Zawawi @ ..Review Filem Hantu Bungkus Ikat Tepi
bertuah bro DH dapat pergi melawat ke makam insan2 yang mulai ini…harap satu hari nanti aku pun dpt ke sana..paling teringin pergi melawat makam Rasullullah
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Keputusan Kontest Teroka Perspektif
Mesti seronok dapat ziarah makan rasulullah.
jom lawat web saya juga disini pemanis stevia.
Curahan rasa pemanis stevia @ ..Pemanis Stevia
Selawat & Salam ke atas Nabi Muhammad SAW dan nabi2 lain. Terima kasih atas nukilan ini Tuan. Beri keinsafan dan kembalikan diri ini kepada mengingati apa yg patut lebih diingati di dunia ini
Curahan rasa Hilmi @ ..6 Kriteria Produk Kuruskan Badan Yang Berkesan
Terima kasih berkongsi. Teringin nak menjejak makam para Rasul dan Nabi.
Penting pasang niat dulu.
Curahan rasa Ani Haryani @ ..Siapa Anda Dari A-Z?
Seronok baca pengalaman Tuan Denaihati menziarahi makam Rasul dan Nabi… Semoga satu hari nanti saya juga berpeluang pergi ke sana..
Curahan rasa Anuar @ ..Nasi Lemak Pandan Restoran Pak Ya Nasi Pandan, Metro Pengkalan, Pusing Perak
Alhmdulillah.. Seronok rasanya bile dapat ziarah makam Nabi-nabi.. Teringat 6 thn lepas kembara ilmu di bumi Syria.. Byk juga makam nabi-nabi yang sempat diziarahi.. Sungguh bumi Mu sangat luas dengan pelbagi kisah dan cerita..^_^
Curahan rasa Nor Hafizah @ .."Menyesal tak cuba produk ni untuk atasi masalah JERAWAT saya dari dulu lagi…"
sekarang tengah berusaha agar dapat ke sana dengan jayanya..paling penting ada rezeki yang kaw-kaw punya
Curahan rasa mrhanafi @ ..Jom Upgrade Menjadi Ahli VIP
Comments are closed.