Menulis Blog boleh jadi Jutawan

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera, apakhabar sahabat-sahabat ku yang hebat.

Seperti entri sebelum ini “Terlupa blog Denaihati sudah lapan tahun” memang tahun ini Abang terlupa nak meraikan ulang tahun blog Denaihati. Kalau ikut rekod entri pertama “Politik Yang Bingung” ditulis pada 13/8/2008. Ketika itu Abang menulis guna platform Blogspot kerana keadaan politik masa tu gamat, rupanya sampai sekarang bertambah gamat politik Malaysia.

Sepetang Bersama Blogger 2015

Pengajaran yang Abang dapat selepas lapan tahun menulis blog Denaihati, kita boleh capai apa sahaja misi asalkan teruskan berusaha, sifu Abang kata buat, buat dan buat sampai sukses. Mesti sabar menunggu kejayaan, kena sentiasa tambah diri dengan ilmu dan strategi baru dan mesti cepat berubah dengan perubahan trend sekeliling.

[box type=”shadow”]Sponsor Ads

Rahsia jana income rumah sewa!

Rahsia Jana Income dgn Menulis!

Cara elak diserbu LHDN![/box]

Kejayaan blog Denaihati sangat banyak dan tak perlu dan disenaraikan nanti orang kata masuk lift tekan butang naik sendiri. Semua ini kerana dedikasi team Denaihati dulu dan paling utama team yang sekarang. Dari sebuah blog sehingga ada aplikasi iOS & Android, dan paling terkesima apabila ada komuniti online lebih daripada 1 juta sehingga diberi kepercayaan oleh industri online.

Blogger IBB 2014 d

Jauh lagi perjalanan Abang untuk memandaikan bangsa dengan blog. Blog ini adalah senjata bisnis digital paling power yang ramai terlepas pandang tapi baguslah jadi saingan kurang. Blogger yang ada ini pun majoriti hanya suka-suka, bukan sepenuh hati dan bukan sepenuh masa. Ramai blogger ikut-ikut sebab tengok ada ramai yang berjaya jadi blogger popular tanpa kefahaman yang sebenar. Berapa ramai blogger yang sanggup belajar ilmu yang betul untuk menulis blog yang berkualiti? Abang pernah menulis beberapa tahun dulu Blogger yang serious boleh jadi jutawan tetapi berapa ramai sangat yang percaya.

Doakan blog Denaihati dan rangkainya dapat memberi manafaat pada anak bangsa Malaysia dan Nusantara. Boleh membantu ramai blogger dan usahawan Digital menjadi jutawan yang berjaya dunia dan akhirat.

msmw2014 pemenang anugerah

Kepada blogger dan usahawan Digital yang bersungguh nak belajar  untuk berjaya sila email niat baik kekawan ke admin@denaihati.com

Terima kasih semua kerana menyokong kami.

Abang Denaihati
Rakan Usahawan Digital anda
Denaihati Network (dah like page kami)

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan  niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.


Spread the love

48 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!