Menulis bagaimana masalah diselesaikan sebagai salah satu strategi pemasaran

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,

ramai yang seringkali bertanya, bagaimana untuk memasarkan produk atau perkhidmatan mereka dengan berkesan menggunakan artikel. Ramai yang terlalu fokus kepada ciri-ciri dan fungsi produk, sehinggakan mereka lupa bagaimana aktiviti pencarian dilakukan oleh para pembaca.

bagaimana menguruskan artikel dalam blog perniagaan

 

Ada ramai yang fokus hanya untuk menulis perkara berkaitan produk. Andai kita menulis perkara yang berkaitan jenama dan produk kita, pembaca yang hadir, adalah mereka yang telah mengetahui mengenai jenama kita. Sama ada melalui pengiklanan di TV, Radio atau mungkin Billboard.

Bagaimana pula dengan pembaca yang masih belum mengenali produk kita? mereka tidak akan berjaya menemui artikel yang kita tulis, kerana kita hanya fokus pada penulisan bersifat penerangan produk.

Era ekonomi digital yang mencabar

Penyelesaian masalah sebagai bahan utama

Artikel-artikel yang menceritakan bagaimana masalah itu berlaku, mengapa ianya berlaku dan bagaimana ianya boleh diselesaikan adalah artikel yang akan memberikan impak yang lebih baik. Bayangkan kita sebagai pengguna, andai kita mempunyai masalah sakit lutut, kita akan mula mencari, bagaimana menyelesaikan masalah sakit lutut di enjin carian seperti Google.

Kita tidak terus mencari produk XYZ, walaupun produk itu merupakan penyelesaian untuk masalah tersebut. Perancangan ini amatlah penting kerana kita akan dapat meluaskan kumpulan sasaran bakal pelanggan di alam digital ini.

Tambah menarik, apabila kita boleh memberikan beberapa pilihan semulajadi dan juga apa yang kita tawarkan. Ini akan memberikan peluang untuk kita membina perhubungan awal dengan pembaca tanpa melibatkan wang ringgit.

Membina perhubungan utuh di alam maya

Perhubungan alam maya yang berkualiti

Artikel-artikel yang berbentuk tips dan info ini akan membuatkan perhubungan antara penulis dan pembaca terbina. Perhubungan antara syarikat kita dan bakal pelanggan terjalin dan akhirnya ianya akan membolehkan transaksi demi transaksi berlaku berulang-ulang kali.

Ramai hari ini masih tidak nampak kepentingan penulisan blog walaupun ianya telah wujud sekian lama. Bahkan ada yang merasakan blogging sudah tidak relevan. Ini tanggapan untuk mereka yang tidak berada dalam industri ini, industri penyebaran maklumat yang sangat bernilai dan tinggi kuasanya.

Pada awal tahun, statistik daripada Google menyatakan 92% daripada 20 juta pengguna internet di Malaysia membuat carian di enjin carian Google. Itu adalah jumlah yang sangat banyak dan ramai. Andai mereka adalah bakal pelanggan anda, ianya lubuk keemasan yang tidak harus dibiarkan begitu sahaja.

Hari ini, ramai yang ingin menggunakan blogger untuk buat pemasaran, namun tidak ramai yang mahu mengusahakan blog mereka juga dalam masa yang sama. Perhubungan ini akan membolehkan anda menjimatkan kos pemasaran untuk jangka masa panjang.

Pemasaran untuk keuntungan jangka masa panjang

Ruang untuk dominasi enjin carian yang masih terbuka luas

Pemasaran enjin carian di Malaysia hari ini masih terbuka luas kerana tidak ramai yang mengusahakannya. Andai kita lihat, kebanyakan laman yang tersenarai untuk kata kunci carian bahasa melayu didominasi oleh laman dari seberang. Bukan kerana ianya terlalu bagus, tetapi kerana tiada pilihan daripada laman di negara ini.

Ada begitu banyak industri yang membolehkan akan mendominasi halaman pertama enjin carian dengan mudah tanpa sebarang saingan. Bahkan ada industri yang membolehkan anda duduk di beberapa tempat di halaman pertama.

Ini bukanlah omongan kosong, tetapi kenyataan yang perlu diambil peduli. Namun penting untuk belajar teknik yang berkesan dan tidak melanggar peraturan yang disediakan oleh pihak Google. Jika tidak, laman kita hanya akan disifatkan sebagai halaman yang buruk dan tidak memberikan faedah kepada pihak Google.

Perkongsian bagaimana merancang artikel akan disusuli dalam artikel yang berlainan, nantikan perkongsian demi perkongsian teknikal di blog ini.


Spread the love

42 Comments

  1. saya juga blogger seperti Abang. tapi saya tak boleh fokus dalam bab penulisan. sekarang saya dalami ilmu-ilmu youtuber dan yang lebih ‘power’ ilmu developer.
    Blog saya cuba juga usahakan tapi untuk sekadar share info bersahaja.
    Tapi lebih menarik, negara jiran kita suka share ilmu-ilmu blogging dll. sebab tu mereka top di google Malaysia. Tips-tips penting, menarik pun mereka juga ‘tercalon’ di enjin carian.
    Abang boleh gunakan kaedah nombor dalam entry, sebab itu adalah salah satu cara menaikkan entry blog.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!