Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, ALLAH SWT menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai anak yatim piatu dan buta huruf untuk menunjukkan kepada manusia bahawa baginda di angkat sebagai RASUL daripada jerih perih kehidupan. Alam ini dicipta ALLAH untuk kekasih-NYA, Muhammad SAW tetapi tiada jalan mudah untuk baginda bagi membuktikan bahawa hidup yang sementara ini bakal penuh dengan ujian. Klimaks kesusahan pada tahun 622 M ketika Rasulullah SAW berusia 52 tahun berlaku Am al Huzun atau tahun dukacita apabila bapa saudaranya Abu Talib dan isterinya Khadijah binti Khuwailid meninggal dunia serta Nabi dan anak angkatnya Zaid ibn Harithah diusir dan dibaling batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah.
Bagi mengubat kedukaan Nabi Muhammad SAW telah jemput oleh ALLAH ke Sidratul Muntaha dan bertemu dengan Allah di Arasy dalam peristiwa besar Israk Mikraj. Perjalanan selama 3/4 malam sahaja iaitu dari jam 6 malam hingga 6 pagi Nabi kembali semula ke Makkah sebelum terbit fajar. Baginda menunggang Buraq bersama Jibril dari Masjidil Haram ke Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis di Palestin. Di Tembok Barat masjid, buraq telah ditambat di suatu tempat. Nabi mengerjakan solat dua rakaat di beberapa tempat persinggahan seperti di Madinah, Madyan, Bukit Thursina dan Bethelehem. Di Masjid Aqsa, Nabi sembahyang berjemaah dengan makmumnya ialah Nabi Adam, Nabi Musa dan Nabi Isa.
[box type=”shadow”]“Maha suci Allah yang menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram (Makkah) ke Masjidil Aqsa (Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Israk, ayat 1) [/box]
Alhamdulillah ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang telah memilih aku, keluarga dan beberapa sahabat menjejaki kota-kota suci kembara Israk Mikraj Rasulullah SAW. Pertama kali menjejaki kaki di bumi haram Mekah Mukarramah pada tahun 2007 tiada apa yang boleh dikatakan selain air mata mengalir deras terutama apabila masuk ke dalam Masjidil Haram dapat menatap sendiri Kaabah. Bukan mudah kehidupan Nabi terutama setelah diangkat sebagai Rasul selama 13 tahun di Mekah. Pertama kali menjejaki bumi Mekah tempat bermulanya Israk Mikraj Rasulullah masih tidak semoden sekarang yang penuh dengan bagunan pencakar langit hotel lima bintang yang menelan kehebatan Kaabah.
Angin lembut mendambar hati sehingga rasa sayu yang amat sangat ketika sujud di Masjid Nabawi di Madinah Al Munawwarah. Setiap kali menjejaki Masjid Nabawi terasa seperti Rasulullah SAW sedang mendampingi di sisi. Nabi SAW singgah solat dua rakaat di bumi haram Madinah dalam perjalanan Israk. Perasaan memang berbeza bila berada di Madinah terasa tenang mungkin kerana warga Madinah yang baik dan lembut.
Memang belum ada rezeki lagi menjejaki Madyan dan Bukit Thursina tetapi menjejaki di Bethlehem tempat kelahiran Nabi Isa a.s bagaikan mimpi setelah melalui kesukaran untuk menyeberangi sempadan Israel. Nabi SAW singgah solat dua rakaat di Baitullaham begitu juga Khalifah Umar Al Khattab setelah tentera Islam berjaya menguasai Baitulmuqaddis sehingga terbina Masjid Umar Al Khattab di depan Gereja Nativity.
Kalau bukan kerana Kembara Palestine memang tidak tahu keberadaan Masjid Buraq di Tembok Barat Masjidil Al Aqsa tempat Nabi SAW menambat Buraq tunggangan Rasulullah SAW dari Mekah ke Baitulmuqaddis. Western Wall adalah tembok yang memisahkan antara dua agama di bahagian dalam kawasan Masjid Al Aqsa adalah Masjid Buraq tempat untuk umat Islam manakal di luarnya pulak adalah tempat ibadah Yahudi yang sentiasa penuh setiap masa terutama hari sabtu.
Paling tersentuh hati dalam kedinginan ketika bumi Palestine diuji dengan salji paling tebal dalam tempoh 100 tahun setelah melalui lorong-lorong sempit di dalam Kota Baitulmuqaddis apabila melihat Kubah Emas, Dome of The Rock. Siapa sangka aku dapat menjejaki batu tempat Nabi Muhammad SAW solat sunat bersama Para Rasul dan Nabi dan Mikraj ke Sidratul-Muntaha. Paling istimewa apabila aku juga dapat memegang kesan tapak kaki Rasulullah SAW yang masih terpelihara.
Semuga Aku, keluarga dan umat manusia seluruh alam terus mendapat hidayah dari ALLAH dan sentiasa belajar dari peristiwa besar kembara Rasulullah SAW Israk dari Mekah ke Baitulmuqaddis dan terus Mikraj bertemu ALLAH di Sidratul-Muntaha. Semuga kita tidak menjadikan kisah Israk Mikraj seperti cerita dogeng Sang Kancil yang hanya dibaca tetapi tidak lansung bertindak mengambil iktibar. Semuga entri “Israk Mikraj siapa yang takut dengan peringatan” dapat menyentuh hati kita yang sentiasa lemah ini.
80 Comments
Subhanallah, dapat melawat tempat-tempat bersejarah berkaitan dengan para Nabi, terutamanya Nabi Muhammad SAW. Harap-harap akan datang dipermudahkan urusan oleh-Nya untuk ke sana.
Amin…
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Erti Kemerdekaan Bagi Seorang Usahawan dan Blogger
Wah, banyak gambar-gambar yang menarik di sini. Cuma nak tanya. Adakah di Dome of the Rock tu, batu tu benar-benar terapung? Nak juga tahu sebab banyak desas-desus kata ianya terapung, sebab ada hadis sebut Nabi Muhammad tahan batu tu daripada ikut baginda ke langit, sebab tu ianya terapung di udara.
Mohon kongsikan ye. Nak sangat tahu ni
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Erti Kemerdekaan Bagi Seorang Usahawan dan Blogger
wah, bestnya dapat melawat kota-kota suci kembara Israk Mikraj Rasulullah SAW. Wawa belum pernah lagi menjejakan kaki ke bumi arab ni. In Sha Allah, kalau ada rezeki nak pergi sana dengan keluarga. Boleh mengenali dengan lebih lagi sejarah Nabi-nabi kita terutama Rasulullah SAW.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..CABARAN 30 HARI [HARI11] : KENANGAN LUCU ZAMAN KANAK-KANAK
Seronoknya dapat pegang kesan tapak kaki Rasulullah s.a.w
Insya-Allah kami sekeluarga pasti menyusul
Curahan rasa Khadeejah Hasmad @ ..Vivix Shaklee Untuk Kesihatan Yang Premium
iNsyaallah suatu hari nanti saya akan sampai juga ke Turki ini.. Banyak kisah menarik mengenai Turki yang saya dengar..
Curahan rasa amirnawawi @ ..MLM? Maaf Saya Tidak Berminat
alhamdulillah, pengalaman yang sangat berharga sekali buat tuan blog.
insyaallah ada rezeki akan pergi ke tempat-tempat bersejarah ini.
informasi yang sangat berbobot.. sangat membantu gan,terimakasih banyak atas informasinya,terus semangat,ditunggu postingan selanjutnya .
Curahan rasa Obat Kencing Manis @ ..Pengobatan Kencing Manis
terima kasih atas informasinya
pengembaraan yang mampu mendekatkan hati kepada Ilahi
Curahan rasa faizal @ ..5 Pantang Larang Dalam Penyusuan Susu Ibu
hidayah perlu dicari walaupun ia anugerah Allah
Curahan rasa faizal @ ..5 Pantang Larang Dalam Penyusuan Susu Ibu
Terima kasih perkongsia ini DH. Bayak yang tak pernah lihat dapat dilihat disini. Suka baca entry macam ini.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Buat Duit Dengan 8Share
Subhanallah.. satu pengembaraan yang menarik dan penuh dengan pengisian…
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Marketing melalui istilah gadis cantik yang mudah difahami
Alhamdulillah, memang banyak yang padat dipelajari dengan lebih dekat da mendalam, mudahan ada lagi peluang macam ni kat tempat lain pula.
Curahan rasa Denaihati @ ..10 terbaik Denaihati Mei 2014
Betul tu. Penuh pengian yang berguna.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Kerja Sambilan 2014
Comments are closed.