Menjejaki Baitulmuqadis melalui Jordan

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, syukur hasrat hati menjejaki kaki ke bumi Palestine akhirnya menjadi kenyataan. Segalanya bermula setelah mendapat pelawaan dari seorang sahabat yang juga tokey Zahafiz Travel sdn bhd. Pada mula nak pergi dengan abang yang baru tamat peperiksaan SPM tapi dengan izin Allah dapat bawa semua ahli kelurga untuk merasai pahit jerih saudara seIslam di Palestine dan menziarahi tapak sejarah peninggalan para Nabi terdahulu.

Kami meninggalkan KLIA pagi 18/12 pada jam 8.30 am sejam lebih awal dari group blogger yang akan Kemboja. Penerbangan kami selama lebih kurang tujuh jam transit tiga jam di Muscat International Airport, Oman. Pertama kali kami jejak kaki di Oman walaupun hanya beberapa jam.

Muscat International Airport, Oman

Pesawat Oman Air meneruskan penerbangan selama lebih tiga jam dan mendarat di Lapangan Terbang Antrabangsa Queen Alia pada jam 6.30 pm waktu tempatan. Alhamdulillah urusan imigresen mudah dengan bantuan travel agent yang sudah menunggu. Cuaca di Amman Jordan memanglah sejuk dan sajli di sana sini. Kami beruntung kerana 3 hari sebelum ini berlaku ribut salji alexa yang paling teruk di Jordan sejak 1990. Ketebalan salji meliputi jalan raya sehingga 1.5 meter.

Salji tebal di Jordan #KembaraPalestine

Kami menginap di Hotel Ocean di tengah-tengah kota Amman. Alhamdulillah bilik pun bagus untuk kami berehat 13 jam sebelum bergerak ke Juruselam. Musim sejuk maghrib awal jam 5.35 pm dan suboh seperti biasa jam 6.45 am jadi kami ada malam yang panjang untuk berehat.

Tepat jam 7 am kami sudah berkumpul untuk sarapan sebelum bergerak ke Jambatan King Hussein di Allenby untuk memasuki sempadan Israel dan meneruskan perjalanan Baitulmuqadis. Perjalanan ke sempadan lancar. Doakan semuga perjalanan kami ke Baitulmuqadis Allah permudahkan. Pemeriksaan di Allenby memanglah sangat ketat mungkin yang paling ketat di dunia.

Denaihati Menjejaki Baitulmuqadis melalui Jordan

Denaihati Travel #KembaraPalestine

Kembara Palestine Denaihati.com

Gambar lain yang menarik sepanjang Menjejaki Baitulmuqadis melalui Jordan
[customgallery]


Spread the love

50 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!