Menjana idea untuk penulisan yang berkesan

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,

antara perkara yang biasa didengari adalah tiada idea untuk menulis. Ini bukanlah masalah yang baru, sejak berbelas tahun dahulu, isu yang sama seringkali diutarakan. Namun begitu, ianya bukanlah sesuatu yang tidak boleh diselesaikan. Idea ini sebenarnya perkara yang sangat mudah untuk kita jana, cuma masalah utama adalah kita yang seringkali berlaku kejam kepada diri sendiri.

Penjanaan idea untuk penulisan

Idea ini sebenarnya perkara yang kita boleh perolehi dalam kehidupan harian. Apa yang lebih penting adalah bagaimana kita melihat sesuatu perkara itu sebagai idea untuk dijadikan bahan penulisan. Setiap hari banyak benda yang berlaku dalam lingkungan kita, tersepak batu, terlanggar dinding dan pelbagai lagi.

Semua ini sebenarnya boleh diolah menjadi bahan dalam penulisan kita, terutama sekiranya kita ingin menulis mengenai masalah yang berlaku setiap hari.

Idea itu perkara yang kita sendiri boleh kembangkan

Apabila kita ingin menulis sesuatu perkara, perkara pertama yang kita perlu buang dalam minda adalah.

Ada ke orang yang nak baca tulisan ni?

Macam tak best jer benda yang aku nak tulis ni.

Andai kita mempunyai fikiran begini, kita akan sentiasa merasakan semua idea yang tercetus dalam minda kita itu adalah sesuatu yang tidak menarik. Walhal apabila orang lain yang menulis perkara yang sama, kita merasakan begitu indahnya penulisan beliau untuk topik tersebut.

Penulisan saham jangka masa panjang

Disebabkan perkara ini, penting untuk kita buang jauh-jauh pemikiran menghukum dan berlaku kejam kepada diri kita sendiri ini. Setiap peristiwa dalam kehidupan kita adalah istimewa, kita perlu menjadikan ianya sebagai pencetus untuk menyediakan penulisan yang akan memberi faedah kepada semua pembaca.

Olahan idea adalah berdasarkan sudut pandang penulis

Sesuatu penulisan itu tidak tergantung kepada bahan sedia ada. Kreativiti dan imaginasi penulis biasanya menjadikan sesuatu idea itu daripada biasa-biasa menjadi sangat menarik. Kita ambil contoh tersepak batu, ianya perkara yang biasa-biasa dan tidak mendatangkan apa-apa yang membina akal dan minda.

Namun begitu, seandainya kita menjadikan kejadian tersepak batu itu dengan apa yang kita usahakan, ianya akan menjadi sesuatu yang akan memberi manfaat kepada pembaca. Sebagai perumpamaan tersepak batu ini boleh dijadikan sebagai salah satu halangan yang perlu dihadapi dalam hidup. Apabila tersepak batu, kita tidak duduk di tepi bucu jalan untuk merapati kejadian itu.

Bahkan kita akan meneruskan langkah dan andai ada sedikit kecederaan, kita akan berhenti untuk menilai kecederaan tersebut, andai ada darah kita akan cuci dan selepas itu, kehidupan diteruskan seperti biasa. Andai kita kaitkan dengan kehidupan, sesuatu halangan itu hanyalah persinggahan sementara untuk menyedarkan kita, ada perkara lain yang perlu kita tumpu.

idea yang lazat hadir setiap detik dalam kehidupan
idea yang lazat wujud setiap masa

Perkara sebegini sebenarnya begitu banyak dalam kehidupan seharian kita, soalnya, adalah kita ingin menjadikannya olahan yang menarik?

Ubah bagaimana kita melihat setiap kejadian, kaitkan dan buat olahan agar ianya menjadi sesuatu yang bermakna. Idea sebenarnya bertebaran setiap hari disekeliling kita, usah biarkan ianya berlalu pergi tanpa kita usahakan untuk menukarkannya dalam bentuk penulisan.


Spread the love

73 Comments

  1. “Ada ke orang yang nak baca tulisan ni”
    ” Macam tak best jer benda yang aky nak tulis nie”

    2 point yang selalu jengah difikiran setiap kali nak mula menulis.
    Tetapi cara penulisan setiap orang berbeza dan pendapat juga lain.
    Pasti ada yang suka dengan penulisan kita.
    Yang penting mesti menulis dari hati dan ikhlas.
    Curahan rasa Hidayah Azman @ ..3 TIPS KEKAL SIHAT DAN AKTIF KETIKA MENGANDUNGMy Profile

  2. sharing yang sangat berguna ni tuan.

    btw,jgn lupa join contest SEO di website ZEETA.
    hadiah lumayannn habis!

  3. “Ubah bagaimana kita melihat setiap kejadian” —- I like this! Thank you! Writing is a journey. Saye byk dpt idea utk menulis drpd pembacaan. Something yg kite bace boleh mencetuskan idea yg berkaitan dan bile kite mula menulis ianya akan bercambah lagi dan lagi. Yg pntg kene make an effort to start. 🙂

  4. Sebenarnya memang banyak. Kot tengah dok basuh pinggan tu (kalau banyak pinggannya tu) memang boleh tercetus idea..hebat-hebat.. tapi bila simpan sejam dua.. nak menulis jadi kabur…hahah.

    Ok.. hmm.. nampaknya memang kena singkirkan ‘kata-kata kecil’ yang negatif tu hehe
    Curahan rasa mira hamzah @ ..OMEGAGUARD UNTUK PESAKIT ASMAMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!