Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
antara perkara yang biasa didengari adalah tiada idea untuk menulis. Ini bukanlah masalah yang baru, sejak berbelas tahun dahulu, isu yang sama seringkali diutarakan. Namun begitu, ianya bukanlah sesuatu yang tidak boleh diselesaikan. Idea ini sebenarnya perkara yang sangat mudah untuk kita jana, cuma masalah utama adalah kita yang seringkali berlaku kejam kepada diri sendiri.
Idea ini sebenarnya perkara yang kita boleh perolehi dalam kehidupan harian. Apa yang lebih penting adalah bagaimana kita melihat sesuatu perkara itu sebagai idea untuk dijadikan bahan penulisan. Setiap hari banyak benda yang berlaku dalam lingkungan kita, tersepak batu, terlanggar dinding dan pelbagai lagi.
Semua ini sebenarnya boleh diolah menjadi bahan dalam penulisan kita, terutama sekiranya kita ingin menulis mengenai masalah yang berlaku setiap hari.
Idea itu perkara yang kita sendiri boleh kembangkan
Apabila kita ingin menulis sesuatu perkara, perkara pertama yang kita perlu buang dalam minda adalah.
Ada ke orang yang nak baca tulisan ni?
Macam tak best jer benda yang aku nak tulis ni.
Andai kita mempunyai fikiran begini, kita akan sentiasa merasakan semua idea yang tercetus dalam minda kita itu adalah sesuatu yang tidak menarik. Walhal apabila orang lain yang menulis perkara yang sama, kita merasakan begitu indahnya penulisan beliau untuk topik tersebut.
Disebabkan perkara ini, penting untuk kita buang jauh-jauh pemikiran menghukum dan berlaku kejam kepada diri kita sendiri ini. Setiap peristiwa dalam kehidupan kita adalah istimewa, kita perlu menjadikan ianya sebagai pencetus untuk menyediakan penulisan yang akan memberi faedah kepada semua pembaca.
Olahan idea adalah berdasarkan sudut pandang penulis
Sesuatu penulisan itu tidak tergantung kepada bahan sedia ada. Kreativiti dan imaginasi penulis biasanya menjadikan sesuatu idea itu daripada biasa-biasa menjadi sangat menarik. Kita ambil contoh tersepak batu, ianya perkara yang biasa-biasa dan tidak mendatangkan apa-apa yang membina akal dan minda.
Namun begitu, seandainya kita menjadikan kejadian tersepak batu itu dengan apa yang kita usahakan, ianya akan menjadi sesuatu yang akan memberi manfaat kepada pembaca. Sebagai perumpamaan tersepak batu ini boleh dijadikan sebagai salah satu halangan yang perlu dihadapi dalam hidup. Apabila tersepak batu, kita tidak duduk di tepi bucu jalan untuk merapati kejadian itu.
Bahkan kita akan meneruskan langkah dan andai ada sedikit kecederaan, kita akan berhenti untuk menilai kecederaan tersebut, andai ada darah kita akan cuci dan selepas itu, kehidupan diteruskan seperti biasa. Andai kita kaitkan dengan kehidupan, sesuatu halangan itu hanyalah persinggahan sementara untuk menyedarkan kita, ada perkara lain yang perlu kita tumpu.
Perkara sebegini sebenarnya begitu banyak dalam kehidupan seharian kita, soalnya, adalah kita ingin menjadikannya olahan yang menarik?
Ubah bagaimana kita melihat setiap kejadian, kaitkan dan buat olahan agar ianya menjadi sesuatu yang bermakna. Idea sebenarnya bertebaran setiap hari disekeliling kita, usah biarkan ianya berlalu pergi tanpa kita usahakan untuk menukarkannya dalam bentuk penulisan.
73 Comments
memang bukan senang nak hasilkan penulisan yang mampu memasuki hati pembaca..
takpelah buat yang mana termampu je
Curahan rasa zool @ ..Pasukan Bola Sepak Wanita Tumpas Perlawanan Pertama Sukan SEA 2017
style penulisan akan berkembang dan bertambah baik jika kerap praktis menulis. GV yakin idea dan style penulisan akan bertambah baik jika kerap tulis dan sentiasa cuba cari sumber2x info yang sahih utk dijadikan bahan info yang bagus. Lama2x pengalaman akan diperolehi dan harapan semoga tahap penulisan pun akan bertambah baik. InsyaAllah. Aamin.
Curahan rasa Galaksi Viral @ ..BRITNEY SPEARS THAILAND vs VIETNAM vs PINOY vs KEMBOJA vs LOAS vs MYANMAR. SAPA MENANG?
idea menulis selalu datang waktu petang dan malam. kebiasaanya waktu tengah bekerja.
idea untuk menulis banyak namun membuatnya baik atau menarik untuk dibaca bila telah jadi itu yang tersulit buat saya
Curahan rasa web guru tech @ ..Kamus Bahasa Korea Gaul
Idea menulis datang kebanyakkannya waktu tak fikir tentang tajuk blog. Paling kerap ketika memandu kenderaan (motosikal / kereta).
Idea yang datang ketika waktu ini sangat bermanfaat sebab boleh selesaikan masalah pembaca.
Waktu tiba di destinasi, cepat-cepat tulis idea tu dalam telefon. Bimbang takut lupa.
Curahan rasa Mohd @ ..Mega Career Fair di KLCC September 2017
Maznee tulis apa yang ada dalam benak fikiran
Lepas tu terus publish
Tak kuasa nak edit edit
Hehe
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..Vivix Shaklee Untuk Kencing Manis! 9 Manfaat Bagi Diabetes
betul tu kadang dah type panjang-panjang…then baca balik…bila rasa tak sesedap pendengaran..maka entry tu tersadai dalam draft je..uhuhu..kadang rasa..” ehhh..apasal lah aku ni yer” huhuhuhuh…..
Curahan rasa MaMa Chantique @ ..Pengalaman Puan Aya Naikkan HB Sebab Takut Kena Suntik Iron
Saya suka perkongsian ini! Memang kalau kita sentiasa ambil ibrah setiap yang berlaku, mengalir banyak idea dan bahan penulisan. Tinggal tulis dalam bentuk esei atau status saja. Terima kasih tuan!
kena banyak membaca, artikel ke, novel ke, blog ke..takisaah… pertambahan nahu bahasa akan berlaku dan idea juga mampu bertambah dengan bacaan
Curahan rasa nikrohayu @ ..TOP UP STOCK : BATIK COTTON VISCOSE BERKUALITI DAN HARGA PATUT SERTA CANTIK UTK BAJU SEPASANG!!!!!!
kadangkala idea tu ada, cuma nak olahkannya menjadi ayat yang indah agak mencabar untuk direalisasikan. apapun masih berusaha memantapkan penulisa yang ada.
Bukan senang sebenarnya nk dpt idea. time nak jawab exam pon susah nk goreng ayat sbnrya 😀
Dulu kalau rasa tak boleh pergi jauh nak karang ayat. Tulis rangka karangan je. Hahaha
Modal idea memang banyak. Untuk membuat bahan penceritaan dan melakukan penceritaan yang baik, itu yang mencabar, tetapi tidak mustahil.
Curahan rasa JMR @ ..Sambut Hari Lahir Isteri di Atmosphere 360 Revolving Restaurant KL Tower
betul.sangat mencabar abg JMR!
btw jemput join contest SEO ROSE FACE SERUM.Cuba nasib
Mana tahu rezeki melekat.Hadiah wang tunai best! 😀
Curahan rasa Amni @ ..Contest SEO Blogger ZEETA
Bila idea tiada, saya akan membaca artikel orang lain. Dari situ idea akan datang dengan sendirinya.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Tips Untung Pelaburan Hartanah
sama mcm saya.hehe.BW blog org lain dulu baru dpt idea nak tulis apa hahaha.
Btw jemput join contest SEO ROSE FACE SERUM di website ZEETA tuan.
Hadiah wang tunai.hehehe
Curahan rasa Amni @ ..Contest SEO Blogger ZEETA
selalu je tak ada idea nak menulis, tips dari seorang penulis seberang, perkara wajib utk dapat idea ialah dengan banyak membaca
Curahan rasa mus @ ..Inilah Cara Buat Duit Dengan Menjadi Penulis Bebas Yang Paling Mudah
Setuju.. dengan budaya membaca, pelbagai idea boleh didapati. Ilmu pun boleh bertambah dengan sikap membaca setiap hari.
Curahan rasa JMR @ ..Buat Ibadah Korban secara online dengan eQurban
Menulis untuk memberikan manfaat kepada pembaca
Terpulang kalau orang rasa bermanfaat untuk mereka atau tak
Yang penting kita dah kongsi
Curahan rasa Mama Hakim @ ..Harga Vivix Shaklee 2017 & Sebotol tahan berapa lama?
Comments are closed.