Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, bila dua keluarga kaki travel berjumpa memang tiada apa yang nak diceritakan melainkan berkongsi kisah suka duka mengembara di negara orang. Mengembara di negara orang memang suatu pengalaman yang tidak dapat dinukilkan dalam sebuah entri blog selain merasai sendiri cabarannya. Ramai yang ketagih dengan keseronokan mengembara untuk melihat sendiri dunia yang penuh dengan kepelbagaian bangsa dan keindahan alam ciptaan ALLAH.
Mengembara di negara orang bukan semudah dan seindah yang disangka kerana banyak cabaran yang perlu dilalui. Aku dan sahabat-sahabat pernah berlapar berjam-jam ketika kali pertama menjejaki kaki di Paris kerana mencari kedai makan halal. Begitu juga ketika pertama kali aku berada di Hong Kong, tiga hari hanya makan buah dan maggie yang dibawa sebagai bekalan. Aku juga pernah di tahan lebih sejam di lapangan terbang Macau, diperiksa luar dalam dan akhirnya kata pegawai polis hanya pemeriksaan biasa.
Kami sekeluarga pernah hampir dihalang masuk ke Pekanbaru apabila ditahan di Bandara Syarif Kassim ll Pekanbaru kerana katanya passport kurang daripada enam bulan sedangkan jelas sekali passport masih aktif untuk lapan bulan lagi. Ramai juga sahabat yang terkandas di imigresin atas berbagai sebab yang kekadang tidak munasabah. Sebagai pengembara muslim yang suka bermusafi di negara orang tips paling baik adalah membawa file khas dengan semua tempahan bilik hotel, sewa kereta dan tiket pesawat untuk ditunjukkan kepada pegawai imigresen di negara yang ada lawati sekiranya perlu.
Pengalaman paling tidak dapat dilupakan apabila ditahan berjam-jam ketika masuk dan keluar di imigresen Israel ketika kami menjejaki kali pertama bumi Baitulmuqqadis untuk menziarahi Masjid Al Aqsa dan Dome of the Rock. Pengalaman mengembara di Tebing Barat Palestine sehingga ke Tel Aviv dan Tiberia menjejaki bumi akhir zaman memang satu pengalaman paling mencabar yang tidak terlawan dengan mana-mana kembara sebelum dan selepas ini. Bayangkan anda melawat lokasi yang bakal berlaku peristiwa akhir zaman yang telah tercatat di dalam Al Quran dan Hadis-hadis Nabi SAW pasti bergetar jiwa melihatnya.
Bila sahabat aku bertanya kemana pulak rancangan kembara yang akan datang. Pasti aku teringat PM aku dengan seorang travel blogger seorang ini. Akhir tahun 2014 ketika aku menjemput beliau untuk hadir seminar anjuran Denaihati Network dengan selamba dia berkata dia sedang berada di Chile setelah mengembara di Argentina dan Brazil. Kalau dulu New Zealand dan kini Amerika selatan memang lokasi kembara impian aku suatu hari nanti.
Untuk melalui semua cabaran ketika mengembara bukan perlu tunggu anda jadi kaya raya kerana pengembara seperti The Big Small Boy dan ramai lagi pengembara di dunia adalah orang biasa-biasa sahaja. Setiap kemahuan pasti ada jalannya kepada mereka yang mencari cabaran dalam hidup. Kepada kaki kembara muslim jangan lupa sempurnakah kewajiban ziarah rumah ALLAH di Mekah dan ziarah Rasulullah SAW di Madinah sebelum meneroka dunia. Banyak lagi kisah kembara Denaihati di Denai.my untuk bacaan semua.
62 Comments
macam pernah aje nampak ni kat blog denai yang satu lagi tu.
hoho..
buat apapun, memang akan ada cabarannya.
Curahan rasa titan @ ..Komisen ke 41 dari Ashadee.com
Belum pernah lagi berpeluang mengembara ke negara orang.. Teringin juga nak pergi satu hari nanti… Tapi buat masa ini keadaan masih belum mengizinkan untuk kami berbuat begitu..
Curahan rasa Anuar @ ..Pengalaman membeli Peralatan Projek Pelajar di Laman web Lelong.my
Bestnya. One of my dream. Pusing mengelilingi dunia. at least 1 tahun 1 negara. wahhh tak sabarnya..
Curahan rasa effa @ ..Kurus Selepas Bersalin Sampai Turun 20kg! Wow!!
dapat melawat masjid ketiga terbaik sudah cukup bagus iaitu masjid Al Aqsa
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Gempar Terima Wang Palsu RM100
Cabaran yang dihadapi juga akan menjadi panduan yang sangat berguna bila kita ke tempat lain nanti
Curahan rasa myliferia @ ..Apa 1 Kehebatan Isteri Yang Suami Terpaksa Surrender???
Betul, pergi mana-mana memang kita akan cari makanan halal dulu, buatnya jenis perlu pekena nasi, mau rebah kalau tak makan nasi 2-3 hari…hehe
Perkongsian yang sangat berguna sebagai rujukan kita semua pada masa akan datang
Curahan rasa deli @ ..Sah! Kereta Ferrari Zizan Terlibat Dalam Kemalangan
insyaAllah lepas ni berusaha utk ke Mekah dan Madinah pula….lepas tu baru boleh travel ke negara-negara lain juga…..
Curahan rasa asraff ruslan @ ..Cap Khas Pos Malaysia Sempena LIMA 2015
Semoga diberi kemudahan untuk menjejaki kaki di bumi bertuah dan penuh rahmat, Mekah dan Madinah
Curahan rasa myliferia @ ..Cara Nak Jadi Orang Yang Sangat BERBAKAT
bab nak mencari makanan halal tu memang mencabar betul bro…kalau aku memagn xleh tahan lapar nie…hahaha
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora
kalau pergi ke negara yang sangat sedikit orang muslim mmg sangat mencabar mencari makanan halal…mmg kena bawa makanan halal drp Malaysia juga….
Curahan rasa asraff ruslan @ ..Cap Khas Pos Malaysia Sempena LIMA 2015
makananan adalah cabaran utama ketika melancong..sebab itu sebelum pergi dapatkan info sebanyak yang boleh dahulu..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Panduan Supaya Orang Suka Kita
berhati hati bila kembara di tempat orang, jaga adab, kesihatan dan keselamatan diri.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Panduan Peperiksaan Pegawai Psikologi S41
Jauh perjalanan luas pemandangan. Insyallah suatu hari nanti ini cita-cita saya bersama keluarga untuk mengembara pasti tercapai.
semoga cita-cita puan tercapai..dan kalau boleh melanconglah di dunia para ambia dulu sebelum pergi lebih jauh lagi..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Panduan Supaya Orang Suka Kita
Aameen, semoga impian bakal menjadi kenyataan nanti, percaya dan yakin yang Allah akan kabulkan
Curahan rasa myliferia @ ..Bagaimana Sedekah, Infaq & Zakat Boleh Menyucikan Jiwa, Menggandakan Harta?
baru dua kali ke luar negara. entah bila dpt cuti lagi. busy manjang..
Curahan rasa nikkhazami @ ..Kelebihan Simkad Rakyat 1 Malaysia (SR1M)
Wah teringin juga mengembara merata dunia,pastinya jauh perjalanan luas pandangan
Curahan rasa onlajer @ ..Memborong Alatan Elektrik Dari China
Seronoknya dapat mengembara dan menikmati keindahan di bumi yang lain dari Malaysia. Impian Mek ila ingin menikmati musim bunga sakura di Jepun dan memetik buah apple di Aussie belum terlaksana lagi.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Resepi Ikan Bakar Berkuah Simple
wah! best impian Mek Ila..saya berimpian untuk honeymoon di Paris ..la..oppss gurau sahaja
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Panduan Supaya Orang Suka Kita
Mengembara atau melancing ke negara orang adalah impian saya juga. Dan Insyaallah ia akan menjadi kenyataan. Yang penting jangan pernah lupa untuk mempunyai impian sebelum ia menjadi kenyataan.
Curahan rasa emalinmohd @ ..Kenapa Bayi Saya Masih Tidak Puas Menyusu?
Comments are closed.