Mengembara juga ada cabarannya

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, bila dua keluarga kaki travel berjumpa memang tiada apa yang nak diceritakan melainkan berkongsi kisah suka duka mengembara di negara orang. Mengembara di negara orang memang suatu pengalaman yang tidak dapat dinukilkan dalam sebuah entri blog selain merasai sendiri cabarannya. Ramai yang ketagih dengan keseronokan mengembara untuk melihat sendiri dunia yang penuh dengan kepelbagaian bangsa dan keindahan alam ciptaan ALLAH.

Uludag pusat salji tempat menarik di Bursa
Bersejuk-sejuk di Uludag Bursa

Mengembara di negara orang bukan semudah dan seindah yang disangka kerana banyak cabaran yang perlu dilalui. Aku dan sahabat-sahabat pernah berlapar berjam-jam ketika kali pertama menjejaki kaki di Paris kerana mencari kedai makan halal. Begitu juga ketika pertama kali aku berada di Hong Kong, tiga hari hanya makan buah dan maggie yang dibawa sebagai bekalan. Aku juga pernah di tahan lebih sejam di lapangan terbang Macau, diperiksa luar dalam dan akhirnya kata pegawai polis hanya pemeriksaan biasa.

Kembara Palestine Denaihati.com

Kami sekeluarga pernah hampir dihalang masuk ke Pekanbaru apabila ditahan di Bandara Syarif Kassim ll Pekanbaru kerana katanya passport kurang daripada enam bulan sedangkan jelas sekali passport masih aktif untuk lapan bulan lagi. Ramai juga sahabat yang terkandas di imigresin atas berbagai sebab yang kekadang tidak munasabah. Sebagai pengembara muslim yang suka bermusafi di negara orang tips paling baik adalah membawa file khas dengan semua tempahan bilik hotel, sewa kereta dan tiket pesawat untuk ditunjukkan kepada pegawai imigresen di negara yang ada lawati sekiranya perlu.

Kowloon Hong Kong
Ketika di Kowloon Hong Kong

Pengalaman paling tidak dapat dilupakan apabila ditahan berjam-jam ketika masuk dan keluar di imigresen Israel ketika kami menjejaki kali pertama bumi Baitulmuqqadis untuk menziarahi Masjid Al Aqsa dan Dome of the Rock. Pengalaman mengembara di Tebing Barat Palestine sehingga ke Tel Aviv dan Tiberia menjejaki bumi akhir zaman memang satu pengalaman paling mencabar yang tidak terlawan dengan mana-mana kembara sebelum dan selepas ini. Bayangkan anda melawat lokasi yang bakal berlaku peristiwa akhir zaman yang telah tercatat di dalam Al Quran dan Hadis-hadis Nabi SAW pasti bergetar jiwa melihatnya.

Tasik Tiberia Israel
Replika bot Nabi Isa a.s di Tasik Tiberia

Bila sahabat aku bertanya kemana pulak rancangan kembara yang akan datang. Pasti aku teringat PM aku dengan seorang travel blogger seorang ini. Akhir tahun 2014 ketika aku menjemput beliau untuk hadir seminar anjuran Denaihati Network dengan selamba dia berkata dia sedang berada di Chile setelah mengembara di Argentina dan Brazil. Kalau dulu New Zealand dan kini Amerika selatan memang lokasi kembara impian aku suatu hari nanti.

Untuk melalui semua cabaran ketika mengembara bukan perlu tunggu anda jadi kaya raya kerana pengembara seperti The Big Small Boy dan ramai lagi pengembara di dunia adalah orang biasa-biasa sahaja. Setiap kemahuan pasti ada jalannya kepada mereka yang mencari cabaran dalam hidup. Kepada kaki kembara muslim jangan lupa sempurnakah kewajiban ziarah rumah ALLAH di Mekah dan ziarah Rasulullah SAW di Madinah sebelum meneroka dunia. Banyak lagi kisah kembara Denaihati di Denai.my untuk bacaan semua.


Spread the love

62 Comments

  1. Askm. Orang selalu salah faham , diorang ingat yang travel ni berduit sangat. Ramai juga yang menunggu anak besar baru nak berjalan. Sebenarnya berjalan masa anak-anak kecik pun seronok walaupun penat.

    Baru-baru ni semasa saya ke Hangzhou-Shanghai saya makan sekali sehari je sebab takut nak masuk toilet hahaa… tandasnya hmmm sabo je le… tengah draf lagi ni tak sabar nak share gambar kat blog
    Curahan rasa ruggedmom @ ..Pengalaman Terbaru Menaiki Teksi di Kuala LumpurMy Profile

  2. Mengembara ke seluruh dunia itu boleh, tetapi tempat yang pertama wajib umat Islam pergi dahulu ialah umrah/haji. Jangan lupa sempurnakan kewajiban kita ziarah rumah Allah di Makkatul Mukarramah dan ziarah Rasulullah SAW di Madinatul Munawarrah sebelum meneroka dunia.

  3. Assalammualaikum..

    Antara perkara yang paling teringin nak buat adalah mengembara ke negara orang.

    mengambil ibrah atas setiap apa yang Allah jadikan untuk kita kutip satu persatu menjadi sesuatu untuk kita berubah menjadi hambaNya yang lebih baik dan hampir kepadaNya. Insha Allah.

    Saya sering teruja apabila setiap kali membaca kisah-kisah backpacking orang lain ke negara luar.

    Beruntunglah mereka kerana Allah memberikan mereka peluang itu.

    Moga suatu masa nanti saya juga beroleh peluang yang sama. Ameen.

    Thanks for sharing.

    Highly appreciated.

    Wassalam.

    http://www.blograidah.com
    Curahan rasa blograidah.com @ ..MUHASABAH DIRI – KEMANISAN BERIBADAH KENAPA SUSAH NAK DIRASAI?My Profile

  4. Mengembara melihat negara orang adalah satu pengalaman utk menilai akan kehidupan kita di tanah air sendiri selain menimba pelbagai ilmu. Namun…walaupun hujan emas dinegeri orang, tetap lebih baik negeri sendiri
    Curahan rasa BM @ ..Malaysia Best Blog 2015My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!