Mengapa perlu membina blog untuk jenama dan perniagaan anda?

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,

sejak kebelakangan ini, ramai yang mula buka mata untuk membina blog untuk perniagaan dan jenama mereka. Namun masih ramai yang keliru mengenai laman sesawang (website), blog dan lain-lain jenis laman yang berada di dunia digital masa kini. Asasnya semuanya adalah laman sesawang.

Di bawah laman sesawang, terbahagi pula kepada pelbagai jenis laman, antaranya seperti :

  • laman syarikat @ korporat
  • laman peribadi
  • laman blog
  • laman forum
  • laman social seperti facebook
  • laman jualan atau ecommerce
  • dan pelbagai lagi jenis laman.

Semua laman ini mempunyai fungsi yang tersendiri, ada juga yang menggabungkan pelbagai fungsi untuk menjadikan laman yang mempunyai fungsi pelbagai. Disebabkan perkara ini, adalah penting untuk kita mengenalpasti mengapa kita membina sesuatu laman tersebut.

Penulisan dengan teknik SEO

Keperluan membina laman sesawang dan blog pada masa kini

Laman sesawang adalah perkara penting yang perlu kita bina sekiranya perniagaan yang kita bangunkan akan bertahan untuk lebih daripada setahun. Andai kita menguruskan perniagaan jangka masa singkat, keperluan laman sesawang ini mungkin tidak sepenting andai kita ingin membina perniagaan jangka masa panjang.

Laman sesawang berfungsi sebagai pemudah cara dan penyampai maklumat kepada sesiapa yang ingin mengenali perniagaan kita. Pendedahan mengenai kepentingan mendapatkan produk atau perkhidmatan kita boleh disusun dengan rantaian artikel atau medium pelbagai seperti audio, video dan gambar.

Semua ini boleh dilakukan dengan mudah dan teratur. Perancangan artikel dapat di buat sekiranya kita telah mengenalpasti siapa pelanggan kita dan apa masalah yang ingin mereka selesaikan.

membina perhubungan dengan pembaca

Permasalahan dalam bentuk penceritaan kehidupan seharian

Apabila kita menyediakan artikel, fokus pada masalah-masalah yang dihadapi oleh pelanggan kita. Mereka mungkin belum mengenali lagi produk keluaran kita. Namun mereka ingin menyelesaikan masalah yang dihadapi dan masalah itu boleh diselesaikan menggunakan produk kita.

Penceritaan masalah ini akan memberikan kita ruang dan peluang untuk membina perhubungan awal. Bakal pelanggan kita mencari secara rawak dalam Google. Mereka ingin mengatasi masalah yang dihadapi, dan sekiranya penceritaan kita itu dekat dengan apa yang mereka alami, di sini bermulanya sesi perhubungan antara dua pihak, kita dan pembaca.

Situasi yang pelbagai akan memudahkan kita untuk bercerita. Apabila menulis artikel, fokus kepada apa yang pembaca alami, bukan fokus semata-mata pada ciri-ciri produk atau perkhidmatan kita. Bercerita seakan kita memang mengambil berat mengenai masalah yang mereka sedang hadapi.

Perbanyakkan artikel sebegini, kita akan dapat mendominasi pasaran enjin carian seperti Google dengan lebih mudah. Kenalpasti apa masalah yang berkaitan dan mula menyediakan penyelesaian-penyelesaian mudah untuk mereka. Ada yang melibatkan produk kita secara langsung, dan tak kurang tips-tips yang mereka boleh beli bahan sendiri untuk dijadikan ramuan.

mengapa perlu membina laman sesawang dan blog

Blog sebagai pengantara yang mudah diurus

Blog sebenarnya hanyalah salah satu daripada jenis laman yang boleh kita bina. Blog ini sifatnya mudah, ianya melibatkan rantaian artikel yang adakalanya berkaitan dan ada ketika yang lain berdiri sendiri. Susun atur artikel dalam konsep blog memudahkan pembaca untuk membuat rujukan dalam topik yang mereka minati.

Artikel boleh kita klasifikasi kepada kategori-kategori tertentu, ini memudahkan para pembaca untuk membaca dan mempelajari topik tersebut dengan secara teratur. Apabila artikel ini disusun dengan baik, kesannya adalah untuk jangka masa panjang.

Enjin carian seperti Google cukup gemar meneliti artikel yang ditulis dengan baik dan diatur dengan kedudukan yang tersusun. Semua ini adalah sesuatu yang akan memberikan impak yang positif untuk jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Apabila penulisan kita dekat dengan pembaca, ianya akan membuatkan pembaca melekat di laman kita untuk satu tempoh yang lama.

Ianya juga akan memberikan impak dari sudut membina kredibiliti dan penjenamaan untuk jangka masa panjang. Proses membina blog ini memerlukan masa dan usaha yang banyak, namun kesannya memang luar biasa untuk sesiapa yang mengusahakannya.

Andai hari ini, anda masih belum mempunyai laman sesawang dan blog, bolehlah mulakan dengan mendaftarkan nama domain berkaitan dengan perniagaan atau jenama anda.

 


Spread the love

50 Comments

  1. Blog merupakan salah satu medium untuk memperkukuhkan branding dan perniagaan. Jika kita lihat syarikat-syarikat terkemuka luar negara mereka membina jenama disetiap medium samaada Instagram, FB, Twitter, Forum dan juga blog
    Curahan rasa Dedaun Comel @ ..Apa Itu Peraturan 5 Saat ?My Profile

  2. Dapat info pemilik jenama duckscarf Vivi Yusof pun bermula dengan blog, konsisten menulis selama 11 tahun. Konsistensi itu yang membuahkan hasil

  3. Blog semakin mendapat perhatian dari syarikat2 besar untuk mempromosikan produk. Lahirnya penulis blog lebih bersifat santai dalam setiap penceritaannya. Ini lebih mendekatkan cerita kita dengan pembaca/pembeli. Strategi pemasaran menggunakan blog masa kini adalah yg terbaik.

  4. bagi saya website berbentuk statik, tapi blog berbentuk aktif, udpate hari2 dgn cerita2 yg menarik berkaitan dgn masalah yg bersangkutan dgn bisnes atau produk kita. Boleh cerita manafaat, sbb org nak “beli” manafaat bukan nak beli froduk. dlm website biasanya org cerita pasal produk… itu kata pakar IM la.. sy kongsikan je

    Contoh macam tok penghulu ni ha, dh banyak selesaikan masalah anak muda yang tak ada duit deposit tapi nak beli rumah.
    Curahan rasa mus @ ..7 Tips Cara Sempoi Anak Muda Beli Rumah Pertama Yang No 5 Bagi Loan Senang LulusMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!