Menangi Percutian ke Luar Negara bersama Amna Home

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

hari semakin hampir kepada majlis Sepetang Bersama Blogger 2016 (SBB2016). Debaran cukup terasa kerana kali ini peserta sering tertanya-tanya dengan penaja-penaja yang turut bersama serta aktiviti yang akan dijalankan. Barisan panel yang juga sudah diumumkan secara berperingkat membuatkan ramai yang tidak melepaskan peluang untuk mendaftar awal di http://sbb.my

Salah satu penaja dalam majlis SBB2016 ini adalah Amna Home.

AmnaHome.com menyediakan hampir 40 buah homestay yang terletak di London, Tokyo, Kuala Lumpur, Melbourne, Auckland, Amstredam dan Perth. Pelbagai perkara yang menarik mengenai Homestay daripada Amna Home ini untuk semua yang menginap di sana. Dan pihak Amna Home ingin mengadakan kontes “Percutian AmnaHome” untuk semua peserta SBB2016.

Amna Home cover

Hadiah pun sangat menarik dengan peluang untuk bercuti ke luar negara dan menginap di homestay Amna Home.

Hadiah Utama

Percutian 4 Hari 3 Malam ke Amsterdam atau Paris pada bulan September 2016 untuk (2)  dua orang.
Tiket penerbangan pergi dan balik dari Kuala Lumpur ditanggung Amna Home

Hadiah Kedua

Percutian 4 Hari 3 Malam ke Auckland, New Zealand pada bulan September 2016 untuk (2) dua orang.
Tiket penerbangan ditanggung peserta

Hadiah Ketiga

Percutian 4 Hari 3 Malam ke Perth Australia pada bulan September 2016 untuk (2) dua orang.
Tiket penerbangan ditanggung peserta

Syarat-Syarat Penyertaaan

  • Haruslah mengikuti laman rasmi media sosial Amna Home

Facebook: AmnaHomeOfficial
Twitter: @AmnaHomeOffcl
Instagram: @AmnaHome
You Tube (subscribe channel): Amna Home

  • Sila DAFTAR #SBB2016

**Hanya kepada mereka yang mendaftar Sepetang Bersama Blogger 2016 sahaja.

  • Durasi video tidak melebihi 15 saat dan hanya perlu dikongsikan melalui (post) Instagram sahaja.
  • Nyatakan hasrat anda tentang, “Percutian Impian Saya bersama AmnaHome” dalam Video kreatif berkonsepkan inspirasi, komedi atau jenaka; dan hendaklah DIKONGSIKAN di salah satu media sosial seperti berikut:

Instagram – Muat naik bahagian menarik dan tag IG Amna Home @amnahome #AmnaHomeOfficial di akaun persendirian.
Facebook – Kongsi “share” dan tag FB Amna Home @AmnaHomeOfficial #AmnaHomeOfficial di akaun persendirian.
Blog – Perkongsian sepenuhnya.
Youtube – Muat naik menerusi akaun persendirian

  • Peserta hendaklah menggunakan hashtag rasmi #AmnaHomeSBB2016 #SBB2016 #AmnaHome #AmnaHomeOfficial #AmnaHomeHomestay @AmnaHome untuk memudahkan pihak kami melihat dan mengadili penyertaan video kreatif ini.
  • Pemenang akan diumumkan semasa Sepetang Bersama Blogger 2016
  • Penganjur merizab hak untuk menukar format dan/atau mekanisma Pertandingan pada bila – bila masa semasa tempoh pertandingan di atas budi bicara mutlaknya.

amsterdam amna home

*Penyertaan dibenarkan lebih daripada sekali untuk satu peserta.
*Tarikh tutup pada : 15 April @23:59

Jangan lupa!! Hantar penyertaan anda untuk memenangi Hadiah “Percutian Impian Saya bersama AmnaHome” ini!

Layari blog.AmnaHome.com untuk maklumat lanjut.


Spread the love

178 Comments

  1. Ok juga tu. Tak apa. tahun depan jika ada
    lagi kita join ramai-ramai. meriahkan
    contest sempena SBB macam ni.

    Alhamdulillah sempat join cuma saya tak tahu nak
    hantar entri blog & youtube video aje kat
    mana..mohon chk jika ada tertinggal syarat2 tq

    http://michiomp3.wapka.mobi

  2. Sungguh menggugah teman.

    Saya juga jadi nak tertarik sangat

    Alhamdulillah saya sempat berkunjung nak sini, jadi bisa silatturahmi dengan admin ini web

  3. Alhamdulillah sempat join cuma saya tak tahu nak hantar entri blog & youtube video aje kat mana..mohon chk jika ada tertinggal syarat2 tq

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!