Memoir Tun Dr Mahathir

Spread the love

Assalamualikum dan salam 1Dunia, Tun Dr Mahathir Mohamad siapa yang tidak kenal di Malaysia hinggalah keseantaro dunia. Malay Dilemma antara buku yang paling kontroversi ditulis oleh Dr Mahathir atau nama timangannya Che Det. Selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri Malaysia dan berjaya mentransformasi Malaysia dari negara pertanian kepada negara membangun.

Dr Mahathir baru sahaja melancarkan buku terbaru bertajuk A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr. Mahathir Mohamad. Buku Memoir Dr Mahathir setebal 800 muka surat mengisahkan kisah hidup beliau selama 85 tahun dan pengalaman memerintah Malaysia selama 22 tahun. Kita orang muda bagus sangat baca buku ini mengambil pengajaran untuk panduan meneruskan perjuangan dalam hidup yang semakin mencabar.

Memoir Tun Dr Mahathir

Dr Mahathir susuk tubuh yang memang sangat aku hormati. Pengalaman peribadi menguruskan makanan beliau selama seminggu di Hospital UKM suatu masa dahulu memang tidak dapat dilupakan. Sepanjang seminggu itu Che Det hanya sekali sahaja makan nasi itu pun Nasi Ayam. Masih teringat lagi bagaimana beliau mengajar aku untuk memasak Mee Goreng Mamak yang betul. Ada beberapa kali hanya aku seorang melayan Tun yang ditempatkan di wad VVIP. Beliau menasihatkan aku untuk berusaha bersungguh menjadi manusia yang berguna dan berjaya

Pertemuan seminggu itu tidak berakhir begitu sahaja beberapa tahun kemudian syarikat katering aku telah diberi peluang untuk menyediakan makanan untuk jamuan Hari Raya Aidilfitri di Seri Perdana (rumah kediaman Perdana Menteri Malaysia) sebanyak 4 tahun berturut-turut dan jamuan-jamuan kecil di Seri Perdana serta Pejabat Perdana Menteri. Sumbangan terakhir aku untuk Tun Dr Mahathir adalah menyediakan Jamuaan Perpisahan di Pejabat Perdana Menteri di hari terakhir beliau menjadi PM.

Tun Dr Mahathir jasa mu tetap ku kenang.


Spread the love

62 Comments

  1. As salam..
    Bangganya senegeri dengannya…
    Belum pernah lagi ke kliniknya di Pekan Alor Setar walaupun dah byk kali lalu depan tu…
    Dgr saudara kata ubat kat klinikny pun ok jgk.
    Curahan rasa iza @ ..Contest Anjung StreamyxMy Profile

  2. Denai Hati,

    Saya juga berpendapat saudara Suhaimi Abdul Rahman aka Amy Search pon sepetutnya dah start buat dia punya memoir. Memoir seorang ikon Rock Malaysia

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!