Memoir Tun Dr Mahathir

Spread the love

Assalamualikum dan salam 1Dunia, Tun Dr Mahathir Mohamad siapa yang tidak kenal di Malaysia hinggalah keseantaro dunia. Malay Dilemma antara buku yang paling kontroversi ditulis oleh Dr Mahathir atau nama timangannya Che Det. Selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri Malaysia dan berjaya mentransformasi Malaysia dari negara pertanian kepada negara membangun.

Dr Mahathir baru sahaja melancarkan buku terbaru bertajuk A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr. Mahathir Mohamad. Buku Memoir Dr Mahathir setebal 800 muka surat mengisahkan kisah hidup beliau selama 85 tahun dan pengalaman memerintah Malaysia selama 22 tahun. Kita orang muda bagus sangat baca buku ini mengambil pengajaran untuk panduan meneruskan perjuangan dalam hidup yang semakin mencabar.

Memoir Tun Dr Mahathir

Dr Mahathir susuk tubuh yang memang sangat aku hormati. Pengalaman peribadi menguruskan makanan beliau selama seminggu di Hospital UKM suatu masa dahulu memang tidak dapat dilupakan. Sepanjang seminggu itu Che Det hanya sekali sahaja makan nasi itu pun Nasi Ayam. Masih teringat lagi bagaimana beliau mengajar aku untuk memasak Mee Goreng Mamak yang betul. Ada beberapa kali hanya aku seorang melayan Tun yang ditempatkan di wad VVIP. Beliau menasihatkan aku untuk berusaha bersungguh menjadi manusia yang berguna dan berjaya

Pertemuan seminggu itu tidak berakhir begitu sahaja beberapa tahun kemudian syarikat katering aku telah diberi peluang untuk menyediakan makanan untuk jamuan Hari Raya Aidilfitri di Seri Perdana (rumah kediaman Perdana Menteri Malaysia) sebanyak 4 tahun berturut-turut dan jamuan-jamuan kecil di Seri Perdana serta Pejabat Perdana Menteri. Sumbangan terakhir aku untuk Tun Dr Mahathir adalah menyediakan Jamuaan Perpisahan di Pejabat Perdana Menteri di hari terakhir beliau menjadi PM.

Tun Dr Mahathir jasa mu tetap ku kenang.


Spread the love

62 Comments

  1. Kenapalah buku ini tidak dibuat dalam bentuk ebook, murah dan boleh dibawa ke mana-mana. Ada budget boleh beli buku ni.
    Tun M memang pemimpin Malaysia sejati. Selepas sahaja Tun M meletakkan jawatan, Malaysia tidak mempunyai pemimpin yang berkaliber. Mungkin satu kesilapan yang beliau sendiri sedari, tidak menyediakan pelapis untuk mereka yang harus menjadi ketua negara.
    Curahan rasa Sabahan Bloggers Club @ ..Blogspot blocked againMy Profile

  2. KALAULAH MALAYSIA ADA 100 ORANG MACAM BELIAU,MAJU MALAYSIA 2011…HEHEHE.. 😉

    1. saygnye..masih ad yg x nmpk ape yg dy da bg kt negare.xnmpk betape dy sgt berjase kpd negare..pe pon,sy sgt bersyukur krna dpt merasa nikmat berada d bwh pimpinannye!!

  3. Sejuk mata memandang tengok cover buku tu. Tun M memang pemimpin yang paling saya hormati. Setiap kata-katanya semuanya berisi. Saya paling suka ideanya yang sentiasa bernas. Sayangnya saya cuma berpeluang bertemunya cuma sekali sahaja. Tak berpeluang nak mengorek ilmunya. Saya cuma ingat pesannya “kalau saya boleh jadi doktor kenapa awak tak boleh?”
    Curahan rasa Norasikin @ ..Hari Ini Hari Betuah SayaMy Profile

  4. patut kawan sampai ikat perut katanya nak beli buku ni. hahaha . btw, mahathir baru dtg utp few weeks ago. ouhhhh beliau idola saya sejak dulu! =.=

  5. Assalam..

    Pemimpin yg saya hormati & akan mencuba utk mendapatkan senaskah buku tersebut..pasti banyak coretan yg menarik di dalamnya.
    pengalaman berurusan dgnnya pastinya satu pengalaman yg menarik..tahniah
    Curahan rasa ozzy @ ..PADI ANGINMy Profile

  6. Dr.Mahathir adalah seorang sosok pemimpin yang dikenal tegas namun bijaksana . Dari Awal sejak beliau menjabat sebagai perdana menteri Malaysia sudah menunjukkan profesionalitas dari dirinya. Dia tidak takut sama siapa saja, selama apa yang dia lakukan benar adanya.terutama teguran keras kepada tindakan-tindakan Amerika yang jahat dan keras kepala.
    Curahan rasa Bang Iwan @ ..Udin Sedunia Download Video- Lirik dan Lagu Udin SeduniaMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!