Membeli-belah di Rakuten satu Keseronokan

Spread the love

Assalamualaikum dan salah sejahtera,

ada kajian yang mengatakan bahawa orang di Malaysia ini suka membeli-belah dan perkara ini berlaku sejak sedekad lalu. Apabila sistem atas talian diperkenalkan, maka semakin ramailah yang sentiasa membeli-belah hanya di atas talian. Pelbagai pilihan untuk penggemar ‘shopping online’ ini kerana ia banyak pilihan dan menjimatkan banyak masa. Salah satu pilihan terbaik adalah Rakuten.

Dilancarkan di Malaysia pada November 2012, Rakuten Online Shopping membawa lebih 210,000 barang dari lebih 900 peniaga dengan gabungan pelbagai kategori produk, termasuk pakaian fesyen dan aksesori, produk kesihatan dan kecantikan, elektronik pengguna, mainan dan permainan dan perabot rumah.

Dengan membawa tagline “Shopping is Entertainment“, Rakuten membawa kepada kita bahawa membeli belah di atas talian adalah sesuatu yang menyeronokkan. Yang lebih menarik adalah kita akan disajikna dengan pelbagai pilihan produk yang berkualiti, program ganjaran Rakuten Super Point dan dengan mewujudkan diskaun besar-besaran seperti Rakuten Super Sale.

Rakuten Malaysia

Apa yang lebih menarik kepada penggemar beli-belah di atas talian ini adalah dengan adanya program ganjaran iaitu Rakuten Super Point. Ia sebagai salah satu cara Rakuten mengucapkan terima kasih kerana menggunakan servis mereka. Ini bermakna, ada pembelian kita di Rakuten akan mendapat points yang kemudiannya boleh ditukarkan kepada wang yang akan digunakan sebagai diskaun pembelian seterusnya. Menarik kan?

Dapatlah jimat untuk membeli-belah lagi.

Rakuten Super Points

Untuk lebih menarik lagi ramai penggemar beli-belah di atas talian, Rakuten telah melancarkan satu program 5x Rakuten Super Point, di mana ahli yang hanya daftar secara percuma boleh mendapatkan rebat 5% dalam bentuk Rakuten Super Point untuk semua pembelian pada setiap hari, tanpa sebarang had ke atas jumlah rebat. 1 Rakuten Super Point bersamaan dengan RM1.

Rakuten Super Point

Pergi ke laman sesawang www.rakuten.com.my dan pilihlah barangan yang ingin dibeli dengan tanda 5x Points dan boleh mulai cari pelbagai jenis barangan yang berkualiti dan bernilai untuk anda beli. Segera untuk daftar menjadi ahli secara percuma di laman sesawang www.rakuten.com.my dan rebutlah peluang yang menarik ketika membeli-belah di atas talian.

1. Menjadi ahli untuk menikmati Rakuten Super Point dan mengumpul untuk digunakan sebagai kaedah pembayaran lain untuk membeli produk seterusnya.
2. 5x Rakuten Super Points yang bersamaan dengan 5% memberikan nilai pembelian anda berbaloi kerana ia boleh digunakan seperti wang tunai untuk diskaun pembelian seterusnya
3. Pemegang Mastercard dapat menikmati diskaun tambahan 5% pada setiap hari Rabu.
4. Setiap hujung minggu, Rakuten memberikan Kupon istimewa

Cuba lihat contoh penjimatan atau trick untuk membeli belah di Rakuten. Sekarang memang tengah trending orang menggunakan hoverboard. Mahal juga harga asalnya, tetapi kita boleh jimat dengan membelinya di Rakuten contohnya ada promosi sekarang di bahagian Sports dan Outdoor.

Aku pilih Naza Hoverboard yang mempunya harga asalnya adalah RM1999

Naza Hoveboard

Harga promosi dari penjual adalah RM888. Di sini sudah membuat pembelian berbaloi jimat RM1111.

Kemudian, buat pembelian pada hari Rabu dengan menggunakan Mastercard dan diskaun harga 5% akan menjadi RM843.60 sahaja.

Untuk pembelian ini juga aku dapat 5x Super Points RM44.40 dan ia cukup untuk beli satu powerbank!

Powerbank Rakuten

Jadi, konklusinya:

Harga asal: RM1999
Harga selepas diskaun: RM888
Pembelian diskaun MasterCard 5% off: RM843.60
Rakuten 5x Points : RM44.40 – cukup untuk dapatkan Powerbank percuma!
Jumlah penjimatan hampir RM1200!

Jangan lupa untuk dapatkan kupon istimewa pada setiap minggu dan jadikan Rakuten sebagai satu platform Shopping yang menyeronokkan. Pilihan bijak dengan membeli-belah di Rakuten, mencari barangan yang berkualiti tetapi berbaloi untuk nilai wang ringgit yang anda bayar.

Jom shopping di Rakuten segera!


Spread the love

127 Comments

  1. berapa shipping fees yang rakuten kenakan ye? pluss mcm mna nk cancel order?

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!