Membawa amanah qurban Kemboja 2015

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, mohon maaf kerana entri ini sudah lama tersimpan akhirnya baru sempat dikongsikan pada semua. Alhamdulillah seperti semua sedia maklum pengurusan eQurban telah berpindah tangan daripada Al Ansar kepada Denaihati Network bermula awal 2015. Memang bukan mudah menguruskan amanah ummah membawa hasrat hati yang tulus murni untuk disampaikan kepada ummah yang sangat memerlukan.

Misi Qurban Kemboja 2015

Rombongan Malaysia qurban 2015

sukarelawan qurban kemboja 2015

Telekom Malaysia qurban Kemboja

eQurban Resources adalah sebuah syarikat yang berasakan perniagaan sosial dimana pihak pengurusan hanya mengambil kos pengurusan dan selebihnya disalurkan semula kepada ummah setempat bagi membantu menjana ekonomi yang lestari. Pada awal penubuhan eQurban tidak ramai yang memberi harapan dengan konsep bisnis yang sangat berbeza daripada syarikat-syarikat Qurban lain yang beroperasi di kemboja. Alhamdulillah selepas enam tahun bukan sahaja di Kemboja malahan eQurban sudah diyakini banyak organisasi dalam dan luar negara.

Masrukhin qurban kemboja

qurban kemboja 2015

qurban lembu di Kemboja

qurban kasih Kemboja 2015

Telekom Malaysia, Masjid Al Falah Subang Jaya dan Bestway Travel antara organisasi yang terus mempercayai eQurban sejak beberapa tahun lepas yang sentiasa berkongsi qurban dengan ummah Islam di Kemboja. Ramai sukarewan yang sanggup menempuh selut menabur bakti meninggalkan keluarga saban tahun membantu menyempurnakan qurban di kampung-kampung pendalaman di Kemboja. Selain qurban mereka juga memberi infaq untuk membina perigi bagi menyediakan air bersih kepada penduduk kampung.

Datuk Yahya qurban kemboja 2015

misi qurban di pendalaman Kemboja

infaq perigi Kemboja 2015

melapah daging qurban di Kemboja

Aktiviti eQurban bukan sahaja untuk QURBAN pada hariraya Aidil adha malahan sepanjang tahun untuk ibu bapa yang ingin buat AQIQAH kepada anak-anak mereka. Daging Aqiqah akan diserahkan ke Madrasah Tahfiz terpilih di Kemboja untuk menambah lagi keberkatan ibadah yang memang dituntut. Pihak kami sangat mengalakkan ibu bapa yang baru mendapat anak untuk buat Aqiqah di Kemboja. Tempahan boleh dibuat secara online di eQurban.com. Kalau bukan kita membantu memberi makan kepada anak-anak tahfiz yang miskin ini siapa lagi, tak kan kita nak biarkan mereka makan nasi berulam garam?

Program Qurban & Aqiqah

Rakan-rakan blogger dan bukan blogger boleh membantu mempromosi eQurban dengan mendaftar sebagai rakan niaga. Anda akan dapat link affiliate yg boleh di promosi di blog, Facebook, Instargam juga secara offline kepada rakan-rakan dan keluarga terdekat. Ada sedikit komisen akan anda perolehi tetapi lebih penting ganjaran daripada ALLAH atas usaha murni membantu sesama Islam di seluruh dunia.


Spread the love

124 Comments

    1. Samalah dengan saya… belum pernah lagi buat qurban dan aqiqah di luar negara…. biasa buat dkt kampung sendiri atau di kampung isteri..

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!