Cara Nabi berniaga :
Mengikut riwayat Nabi menjual barang-barang baginda tidak seperti cara yang diamalkan oleh kebanyakan peniaga atau lain-lain saudagar ketika itu. Baik peniaga Arab atau bukan Arab. Biasanya para peniaga kebanyakannya mereka menjual barang-barang dagangan mereka dengan cara meletakkan harga setinggi mungkin. Tetapi Nabi menjualnya dengan cara memberitahu harga pokok dan meminta para pelanggan atau pembeli membayar berapa harga yang mereka kehendaki. Dengan cara ini pembeli merasa puas dan senang hati kerana mereka merasa tidak tertipu oleh peniaga. Nabi juga mengambil sikap menjual modal apabila si pembelinya seorang yang benar-benar miskin tetapi memerlukan kepada barangan itu.
Berniaga dan menjadi Usahawan adalah salah satu SUNAH Nabi. Daripada pengalaman ramai kawan-kawan yang ingin jadi Usahawan tapi tidak berani. Pekara yang paling di takuti ialah takut RUGI, takut GAGAL, takut BENGKRAP dan beribu lagi alasan.
Jika kita membaca biografi usahawan-usahawan yang berjaya, kesemua mereka telah melalui kegagalan. KEGAGALAN adalah package untuk menjadi usahawan yang BERJAYA. Jadi jangan takut untuk GAGAL. Dan jangan fikir buat satu bisnis terus je berjaya. Kebiasanya Usahawan yang berjaya itu telah mencuba pelbagai bisnis sebelum mereka meraih kejayaan. Kita tidak akan merasa serasi dengan sesuatu bisinis sebelum kita mencuba perniagaan tersebut.
Cara yang paling bagus sebelum kita memilih sesuatu perniagaan adalah buat solat Isthikarah. Setelah berusaha bersungguh sekiranya BERJAYA Alhamdulillah tetapi sekiranya GAGAL pasti ada hikmah yang baik dari ALLAH swt. Jangan lupa amalkan solat dhuha setiap hari kerana solat dhuha itu adalah kunci rezeki. Berniagalah mengikut sunah Nabi dan jangan sesekali menipu timbang.
JANGANlah kita berputus asa jika baru 3-4 kali gagal berniaga samada perniagaan offline atau online dan JANGAN sesekali menyalahkan orang lain bila kita GAGAL…REDHA ada ilmu yang ALLAH beri dari kegagalan kita dan mungkin juga ALLAH hendak bersihkan harta kita untuk kebaikan dunia dan akhirat. Kejayan tidak akan datang sekelip mata.
Firman ALLAH sw surah Fudhilat ayat 49 yang ertinya :
Manusia tidak jemu memohon kebaikan dan jika mereka ditimpa malapetaka dia menjadi putus asa lagi putus harapan.
91 Comments
Kami pernah jadi kaya dahulu
kala.sebelum zaman Hang tuah lagi.
Haahha.. lawak sangat komentar bro ni.. kaya sebelum zaman hang tuah lagi tu
Curahan rasa Steward John @ ..Winner of the Amazing Race Asia Season 4
betul ka tu Bro? Kaya sebelum zaman Hang Tuah???
Dahulu kami hebat belaka.
selepas dijajah semangat
terus hilang.
Curahan rasa Ali ridha @ ..Hidup Untuk Memberi – Sebulan menangi Acer Aspire One
Wa, siapa sebenarnya bro tujukan koentar ni?
Curahan rasa Steward John @ ..Winner of the Amazing Race Asia Season 4
Penduduk Asli disini kayaknya takut menanggung resiko dalam berniaga.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Open House Berbuntut Maut
Penduduk asli di Indonesia tu apa kaumnya Bang Iwan? Saya tidak tahu sangat pasal orang Asli dekat sana.
Curahan rasa Steward John @ ..Happy Eid Fitr
memang demikian kalau disini pengusaha besar pun dari etnis china
Betul.. dekat mana2 pun kaum cina yang banyak sekali menceburi diri dalam perusahaan.. Mungkinkah sebab dorang ni berani mau menanggung risiko?
kita perlu sedar bahawa nabi kitasendiri melakukan perniagaan
Curahan rasa ray ban @ ..Rayban Olympic wayfarer
betul cakap enai hati solat dhuha yang dilakukan sebelum matahari tegak diatas kepala adalah kuci kepada pintu rezeki umat islam
Curahan rasa ray ban @ ..Rayban Olympic wayfarer
orang cina menguasai ekonomi malaysia 90% fakta yang pertu diketahui
Curahan rasa ray ban @ ..Rayban Olympic wayfarer
Dekat mana2 pun kaum cina yang banyak menguasai ekonomi sesebuah negara. Tengokla dekat mana2 pun ada jer Chinatown.. hehe
Curahan rasa Steward John @ ..Happy Eid Fitr
Orang Cina bijak berniaga…mereka tahu menggunakan segala peluang yang ada…
Itu sebabnya mereka berjaya dalam perniagaan betul tak?
Curahan rasa KDN @ ..What is acne
mungkin disebabkan modaltidak cukup
Curahan rasa ray ban @ ..Rayban Olympic wayfarer
Ada kemungkinan juga.. ataupun kemungkinan tidak sanggup mengambil risiko?
Curahan rasa Steward John @ ..Happy Eid Fitr
sy stuju pd smua yg smngat utk ubh hdup n ikt sunah nbi tu…sape2 yg brminat nk wat bisnes…leh brhbungan ngan sy dlm facebook ok..askum
Wa.. nash ada bisnes ker? share2 la sikit2 dekat sini..
Curahan rasa Steward John @ ..Tag- awards- outbound links and pagerank
bisnes ape?? leh jadi share partner?
Curahan rasa ray ban @ ..Rayban Olympic wayfarer
Bagus juga kalau share2 jadi bisnes partner kan.. hehe
Curahan rasa Steward John @ ..True 1Malaysia in Sabah
Ada juga kemungkinan takut nak ambil risiko. saya pun ada juga minat nak buat bisnes sendiri.
Curahan rasa Steward John @ ..Sweet child o’ mine piano version
kalau Di Indonesia Usahawan yang banyak sukses adalah dari etnis Tionghoa.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Putri Indonesia 2009 Qory Sandioriva Menuju Miss Universe 2010
Masih juga orang cina.. begitu juga di Malaysia
Curahan rasa Steward John @ ..Sweet child o’ mine piano version
Falsafah berniaga Orang Tionghoa harus kita contoh.
Betul tu.. bukan setakat Falsafah tapi juga keberanian dorang ni untuk mengambil risiko.
Curahan rasa Steward John @ ..Happy Eid Fitr
senantiasa bekerja dan diiringi do’a.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Putri Indonesia 2009 Qory Sandioriva Menuju Miss Universe 2010
Itu sudah pasti yah.. bekerja keras baru dapat hasilnya.
Curahan rasa Steward John @ ..Tag- awards- outbound links and pagerank
Kerja tambah usaha tambah doa pasti membuahkan kejayaan
Curahan rasa KDN @ ..What is acne
semuanya membutuhkan usaha dan kerja keras kita.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Putri Indonesia 2009 Qory Sandioriva Menuju Miss Universe 2010
Na, kalau tidak bersusah2 dulu, mana la dapat senangnya.. mana ada benda tu terus menerus datang dengan senang.
Curahan rasa Steward John @ ..Tag- awards- outbound links and pagerank
pepatah melayu sendri ada mengatakan bersusah-susah dahulu, bersenang senang kemuadian”
Curahan rasa ray ban @ ..Rayban Olympic wayfarer
Haha.. betul tu ray ban.. dah terbukti pun pepatah ni benar.
Curahan rasa Steward John @ ..How to- Change your favicon for blogger and wordpress
Ya betul…betul…bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian…
Curahan rasa KDN @ ..What is acne
betul sangat bro..Kejayan tidak akan datang sekelip mata.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Putri Indonesia 2009 Qory Sandioriva Menuju Miss Universe 2010
Itu sudah pasti.. semuanya datang dari penat lelah kita tu.
Curahan rasa Steward John @ ..Tag- awards- outbound links and pagerank
kejayaan tidak datang secara bergolek
Curahan rasa ray ban @ ..Rayban Olympic wayfarer
Sudah tentu.. kalau datang bergolek2, mesti saya duduk jer menunggu..
Curahan rasa Steward John @ ..How to- Change your favicon for blogger and wordpress
Manada kejayaan datang sekelip mata…kalau memang ada tiadalah persaingan di dunia ni…
Curahan rasa KDN @ ..What is acne
Mungkin persaingan dari segi barang2 jualan pulak.. entah la.
Curahan rasa Steward John @ ..ERA fm kini berada di Kota Kinabalu
Bro, bagi pendapat saya, lagi bagus kalau usahawan melayu ni menolong sesama sendiri.. Tak perlulah ada perasaan hasad dengki antara sesama. Kalau dilihatkan usahawan cina, dorang memang bantu membantu antara sesama. Pengalaman saya bekerja dengan company korea dulu, dorang ni memang bantu membantu antara satu sama lain.. perhubungan pekerja antara syarikat korea agak baikk walaupun berbeza syarikat.
@Steward John, itulah sepatutnya sebagaimana peniaga Cina tetapi entah bilalah boleh jadi seperti itu.
@denaihati, Kalau itu, no komen, pemikiran orang kita tak dpat nak ubah.. biar dorang senidiri fikir..
Curahan rasa Steward John @ ..Write and get paid
Comments are closed.