Melayu Buang Bayi yang lebih Jahiliah daripada Jahiliah

Spread the love

Assalamualikum dan salam 1Dunia, maaflah HIDUP aku sebagai SEORANG BLOGGER sangat terganggu emosinya melihat isu ini. Dua remaja Melayu mengaku buang bayi, Pelajar Melayu IPTA menangis selepas didakwa membuang bayi, Sepasang kekasih remaja Melayu mengaku buang bayi, Janda muda Melayu disyaki buang bayi ditahan reman, Remaja perempuan Melayu ditahan disyaki buang bayi, Siswazah Melayu dipenjara setahun dan didenda kerana buang bayi, Jurujual wanita Melayu ditahan disyaki buang bayi, Buang bayi polis tahan wanita Melayu, Pemuda Melayu tanam bayi dihukum penjara dua tahun dan banyak lagi berita yang lebih parah dari ini.

Gambar dari Utusan Online

Akibatnya Bayi ditinggal atas tangga, Mayat Bayi dalam timbunan sampah, Mayat Bayi ditemui berhampiran surau, Bayi dalam lubang paip, Bayi perempuan dalam beg ditemui di hentian bas, Mayat bayi perempuan ditemui terperangkap di sungai, Mayat bayi ditemui dalam longkang, Bayi lelaki ditemui rentung dalam tong sampah, Mayat Bayi Dibekal Ubat Semut Dan Gunting sebahagian dari kisah sedih teramat bayi yang tidak berdosa ditamatkan riwayat hidupnya oleh manusia jahiliah modern yang juga darah daging mereka sendiri.

Gambar dari Utusan Online

4700 kes zina setiap hari di kalangan Melayu adalah penyebab kepada kes Buang Bayi. Feneomena Buang Bayi menjadi lebih parah 9 bulan selepas pesta sambutan tahun baru dan valentine days. Rumusan aku mudah sahaja semua yang terlibat dengan zina dan akhirnya buang bayi adalah mereka yang hanya mampu sebut nama Allah tetapi tiada rasa takut kerana mereka lansung tidak kenal Allah swt. Mereka yang malang ini tidak pernah kenal Allah kerana ibubapa mereka tidak pernah kenalkan Allah kepada mereka. Mengapa agaknya ibubapa mereka tidak mengenalkan Allah kepada anak-anak mereka kerana ibubapa juga tidak kenal Allah.

Gambar dari Utusan Online

Terlajak perahu boleh ditarik balik tetapi terlajak kehidupan susah untuk diubah jadi kita mesti pengambil pengajaran dari isu ini dan marilah sama-sama  kita azam untuk belajar mengenal Allah supaya kita dapat mendidik anak-anak kita mengenal Allah. Jika tidak pasti generasi kita akan juga menjadi generasi yang dengan tanpa belas kasihan buang bayi. Menjadi generasi Melayu buang bayi yang lebih Jahiliah daripada Jahiliah di zaman sebelum Rasulullah dan zaman Firaun. Inginkah kita melihat mungkin seorang keturunan kita menjadi begitu dari alam kubur kelak?

Firman Allah swt : “Dan janganlah kamu mendekati zina, (zina) itu sungguh suatu perbuatan keji, dan suatu jalan yang buruk.” – Surah Al-Isra’ ayat 32.

Firman Allah swt : “Pezina lelaki tidak boleh menikahi kecuali dengan pezina perempuan, atau dengan perempuan musyrik, dan pezina perempuan tidak boleh bernikah kecuali dengan pezina lelaki atau dengan lelaki musyrik, dan yang demikian itu diharamkan bagi orang-orang Mukmin.” – Surah An-Nur, ayat 3.


Spread the love

353 Comments

  1. Ok. Mari kita lihat dari perspektif dari agama lain. Korunk ingat buang bayi tue boleh diterima oleh agama lain ke? Ha? Tak ada agama dalam dunia nie yang menerima pembuangan bayi. Tak ada yer.

    1. Semua orang tahu buang bayi adalah perkara yang sememangnya perkara yang tak patot dilakukan dalam dunia nie. Sedih saya tengok bayi yang dibuang dalam tong sampah. Bayi tue baru nak lihat dunia. Korunk dah musnahkan hidup bayi tue.

      1. Ya. Korunk memang salah. Korunk memang malu bila tahu pasal bayi tue. Tapi tue la hukuman untuk korunk melakukan dosa yang tak sepatutnya. Dulu masa buat tak pernah pikir. Main ikut nafsu jer. Main ikut perasaan. Dah dapat bayi nie baru nak rasa malu, menyesal, bersalah dan macam-macam lagi la. Bayi tue gak yang kena. Tak pasal-pasal jer.

  2. Kepada merekan yang terlibat dalam pembuangan bayi tue, korunk tak ada OTAK ke????!!!! Korunk ingat bayi tue SAMPAH ke senang-senang nak buang dalam tong sampah dan kat mana-mana yang korunk suke??? Hey, bayi tue manusia gak. Ada nyawa. Ada hak untuk hidup walaupun korunk dapat bayi tue secara perbuatan haram. Binatang pown tahu jaga anak dia. Tahu nak kasi perlindungan. Kalau korunk dah buang bayi, maknanya korunk lagi hina dari BINATANG!!!

    1. Dan yang paling menyedihkannya, jumlah majoriti yang melakukan perbuatan nie adalah dari golongan melayu dan juga agama rasminya adalah agama Islam. Sangat-sangat menyedihkan. Cuba lah berfikir. Fikir, fikir dan fikir. Apa faedahnya buang bayi nie? Menutup malu? Ya, mungkin dapat menutup malu tapi mungkin di dunia saja. Tidak di akhirat yer.

      1. Tiada faedahnya anda membuang bayi, lagi menambahkan imej buruk masyarakat. Tak de perasaan kesian langsung ke kat anak tue? Dah la bayi tue tak berdaya nak lakukan apa-apa, nie lagi nak buang. Saya pown tak paham apa nak jadi dengan manusia zaman sekarang. Mungkin nie la yang dikatakan akhir zaman. Buat dosa tapi buat dek jer. Macam rasa tak bersalah dan anggap tue benda biasa.

  3. Semakin mejadi-jadi perkara buruk nie. Dan dah macam satu perkara biasa plak kita dengar bila ada orang buang bayi. Dah macam satu trend plak nak buang bayi.

  4. Macam dah selalu sangat dengar kan? Kalau pagi-pagi tue masa nak menghadap sarapan sambil membaca suratkhabar, ada saja berita tentang pembuangan bayi.

  5. ntalah nk ckp,sayup je rasa bila nampak mayat baby yg comel cam tu, sahdu je rasa ,dia nk minta pun diperbuat begitu rupa,,,nk nangis ni…………………..

      1. tak boleh jugak salahkan 100% ibu bapa bro…nih mesti kerja anak jugak yg gatal sangat kemaruk nak buat hal2 haram jadah…kalu anak yg kebal dari ajaran sesat, kena buang p mana pun tetap akan hidup aman…

        harap2 pembuang bayi tur cepat2 kena berkas dan tampalkan sikit muka penjenayah tur dalam surat khabar…

        1. Gejala buang bayi,zina,rempit,pembunuhan ni semua hasil drp sistem pembinaan kufur yg d amalkan. Mereka memandai-mandai dlm hal pemerintahan sedangkan Allah telah pun menetapkan garis panduannya. Rakyat telah d kaburkan dgn perkataan ‘pembangunan’ sehingga terleka dan buta x nmpak punca sebenar masalah yg berlaku.

    1. Tanpa segan silu melakukan perbuatan keji, sanggup membuang bayi begitu sahaja? Ini juga menunjukkan krisis sosial ‘wujud’ di negara kita. (dan memang wujudpun sejak zaman dulu lagi) Exclamation

        1. Menyedihkan lagi, media ada melaporkan ada diantara bayi menjadi barang untuk didagangkan semata-mata mahu mengejar kekayaan duniawi yang sementara ini. No

          1. Isu gejala buang bayi seringkali dikaitkan dengan pasangan yang belum berkahwin yakni sudah terlanjur, kemudian mahu menutup malu dengan membuang bayi. silent

            1. Dimanakah silapnya? Salah Kerajaan? Keluarga? Guru-Guru? Masyarakat? confused Apa yang pasti, kita tidak boleh salahkan seratus-peratus untuk satu-satu pihak

  6. “Mempersempit perilaku seperti ini harus dilakukan oleh semua pihak, baik dari lingkungan keluarga, lingkungan sekitar hingga pemerintah. Sehingga kemungkinan kejadian ini bisa ditekan,”

  7. Tren pacaran yang memberikan ruang untuk melakukan hal di luar ketentuan adalah buah dari kehidupan yang semakin hari makin tidak mengindahkan norma dan tidak mengenal batasan baik dan buruk.

  8. “ Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman “.
    Naudzubillah min zalik….,

    1. ternyata hukuman bagi mereka yang berzina adalah hukuman cambuk 100 kali dan tidak ada belas kasihan didalamnya, baik untuk silelaki maupun untuk si perempuan. Coba kita bayangkan betapa sakitnya dicambuk 100 kali, jika kita pikir dengan logika, setelah cambukan yang keseratus artinya kita akan mati. Ya MATI !!!.

      1. Tidak heran, jika saat ini banyak sekali para pelajar yang sudah hamil diluar nikah dan melakukan hubungan sex bebas dengan alasan yang klasik ( suka sama suka ).

        1. Kita mungkin tidak habis pikir, apa yang ada di pikiran meraka saat mereka akan melakukan itu. Apakah kenikmatan ? atau mencari sensasi ? apa mereka tidak sadar akan akibatnya dikemudian hari ? siapa – siapa yang nantinya akan dirugikan akibat ulah mereka ?

  9. Saya tidak habis pikir, dengan alasan yang klasik (suka sama suka) mereka berani melakukannya. Naudzubillah min dzalik. Tidakkah mereka sadar akan hadist Allah yang berbunyi :
    “ Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk “.

  10. Ya…, sex bebas dan hamil diluar nikah tampaknya sudah menjadi hal yang wajar saat ini, dengan alasan suka sama suka, mereka ( pelaku sex bebas ) dengan gampangnya melakukan hubungan suami istri yang seharusnya tidak boleh dilakukan sampai mereka resmi menikah, dan menjadi halal satu dengan lainnya dihadapan Allah S.W.T.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!