Melayu Buang Bayi yang lebih Jahiliah daripada Jahiliah

Spread the love

Assalamualikum dan salam 1Dunia, maaflah HIDUP aku sebagai SEORANG BLOGGER sangat terganggu emosinya melihat isu ini. Dua remaja Melayu mengaku buang bayi, Pelajar Melayu IPTA menangis selepas didakwa membuang bayi, Sepasang kekasih remaja Melayu mengaku buang bayi, Janda muda Melayu disyaki buang bayi ditahan reman, Remaja perempuan Melayu ditahan disyaki buang bayi, Siswazah Melayu dipenjara setahun dan didenda kerana buang bayi, Jurujual wanita Melayu ditahan disyaki buang bayi, Buang bayi polis tahan wanita Melayu, Pemuda Melayu tanam bayi dihukum penjara dua tahun dan banyak lagi berita yang lebih parah dari ini.

Gambar dari Utusan Online

Akibatnya Bayi ditinggal atas tangga, Mayat Bayi dalam timbunan sampah, Mayat Bayi ditemui berhampiran surau, Bayi dalam lubang paip, Bayi perempuan dalam beg ditemui di hentian bas, Mayat bayi perempuan ditemui terperangkap di sungai, Mayat bayi ditemui dalam longkang, Bayi lelaki ditemui rentung dalam tong sampah, Mayat Bayi Dibekal Ubat Semut Dan Gunting sebahagian dari kisah sedih teramat bayi yang tidak berdosa ditamatkan riwayat hidupnya oleh manusia jahiliah modern yang juga darah daging mereka sendiri.

Gambar dari Utusan Online

4700 kes zina setiap hari di kalangan Melayu adalah penyebab kepada kes Buang Bayi. Feneomena Buang Bayi menjadi lebih parah 9 bulan selepas pesta sambutan tahun baru dan valentine days. Rumusan aku mudah sahaja semua yang terlibat dengan zina dan akhirnya buang bayi adalah mereka yang hanya mampu sebut nama Allah tetapi tiada rasa takut kerana mereka lansung tidak kenal Allah swt. Mereka yang malang ini tidak pernah kenal Allah kerana ibubapa mereka tidak pernah kenalkan Allah kepada mereka. Mengapa agaknya ibubapa mereka tidak mengenalkan Allah kepada anak-anak mereka kerana ibubapa juga tidak kenal Allah.

Gambar dari Utusan Online

Terlajak perahu boleh ditarik balik tetapi terlajak kehidupan susah untuk diubah jadi kita mesti pengambil pengajaran dari isu ini dan marilah sama-sama  kita azam untuk belajar mengenal Allah supaya kita dapat mendidik anak-anak kita mengenal Allah. Jika tidak pasti generasi kita akan juga menjadi generasi yang dengan tanpa belas kasihan buang bayi. Menjadi generasi Melayu buang bayi yang lebih Jahiliah daripada Jahiliah di zaman sebelum Rasulullah dan zaman Firaun. Inginkah kita melihat mungkin seorang keturunan kita menjadi begitu dari alam kubur kelak?

Firman Allah swt : “Dan janganlah kamu mendekati zina, (zina) itu sungguh suatu perbuatan keji, dan suatu jalan yang buruk.” – Surah Al-Isra’ ayat 32.

Firman Allah swt : “Pezina lelaki tidak boleh menikahi kecuali dengan pezina perempuan, atau dengan perempuan musyrik, dan pezina perempuan tidak boleh bernikah kecuali dengan pezina lelaki atau dengan lelaki musyrik, dan yang demikian itu diharamkan bagi orang-orang Mukmin.” – Surah An-Nur, ayat 3.


Spread the love

353 Comments

  1. hmmm…. kalau bab nie, aku pun xtahu nak cakap camne.. apa yg boleh kata… memang dah nmpk dah petanda awal.. hmm

    zairie recently posted:
    BUKTI CIKTA SEJATI
    BARU 12 TAHU DAH PANDAI SEKS2

  2. Betul tu saudara. Ajaklah mereka untuk mengenali ALLAH!!!!! Saya sendiri juga menitiskan air mata melihat bayi2 yang tak berdosa ini berkeadaan sebegini rupa…. 🙁 Sesungguhnya mereka lah penceria syurga ALLAH nanti…

        1. 1. Perkuat akidah anak dengan mengajak berfikir tentang kehidupan, tujuan Allah SWT menciptakan manusia, serta informasi tentang karakteristik manusia, cara pemenuhan potensi hidup manusia menurut Islam serta akibat pemenuhan yang tidak sesuai dengan aturan Allah SWT, batasan pergaulan di dalam Islam seperti keharusan untuk menundukkan pandangan, menjaga aurat, tidak berkhalwat, dan lai-lain. Hal ini dilakukan dalam rangka membentuk standarisasi Islam dan membina pemikiran anak dalam mensikapi kemunculan naluri jenis yang salah satu penampakannya berupa munculnya dorongan seksusl.

          1. 2. Buatlah suasana rumah dalam nuansa ibadah yang kuat dan saling beramar ma’ruf nahi munkar antar anggota keluarga. Biasakan melakukan qiyamul lail, tadarus Qur’an dan shaum sunnah bersama, guna memperkuat hubungan dengan Allah SWT (idrokshillah-billah), hingga muncul pengawasan diri yang selalu melekat.
            Curahan rasa Bang Iwan @ ..Hidup Seorang Blogger Berkah Ramadhan DenaihatiMy Profile

            1. 3. Ajaklah anak berfikir tentang masa depannya, cita-citanya dan membuat langkah serta target-target untuk mencapai cita-cita tersebut. Cara ini dimaksudkan agar anak mampu mendeteksi hal-hal yang dapat mendukung atau bahkan menghambat cita-citanya, termasuk dalam memposisikan kemunculan naluri jenis berkaitan dengan cita-citanya ini.

            2. 4. Libatkan anak dalam aktivitas diskusi yang mengasah kemampuan berfikirnya, merangsang kepekaannya terhadap lingkungan dan belajar memecahkan persoalan masyarakat menurut Islam, khususnya yang dihadapi oleh remaja. Latihan ini akan membantu mereka di saat mereka sendiri menghadapi masalah yang sama.

            3. 5. Tumbuhkan jiwa kepemimpinannya dengan aktif berorganisasi, beri motivasi untuk selalu berprestasi, berkarya dan maju. Juga dapat dilakukan dengan memberi contoh apa yang dihasilkan oleh para sahabat Rasul, ulama dan ilmuwan muslim dalam usia muda, Harapannya anak akan memiliki figur yang selalu menjadi panutannya.

            4. 6. Penuhi anak dengan kasih sayang dan perhatian dari orang tua dan saudara, sebagai bentuk lain dari penyaluran naluri jenis, sehingga dapat meminimalkan kemunculan naluri terhadap lawan jenis pada usia yang lebih cepat.

            5. 7. Biasakan untuk terus berkomunikasi dengan anak, tidak menganggap tabu untuk membahas seputar masalah naluri jenis ini. Bila perlu berilah contoh langsung bagaimana secara praktis pengalaman-pengalaman dalam mengendalikan naluri jenis dalam usia yang relevan.

  3. bangsa lain pun seks luar nikah, tapi depa pakai kondom. yg melayu ni ntah hape2, kat ladang sawit, kondom sah2 tak pakai. bikin malu sama islam. aku tak pernah dgr berita anak cina or hindu kene buang. kene tetak kerana ayah balik mabuk ada laa

    1. Aku pun fikir yg sama kalau nak buat jahat pun kena pandailah jgn main hantam je. dah lah dosa berzina di tambah pulak bunuh atau buang bayi. Apalah nak jadi???

      1. Ada banyak alasan kenapa dengan tega para remaja melakukan hal tersebut. Biasanya karena panik saat mengetahui melahirkan. Kepanikan sesaat itu kemudian membuat mereka memutuskan untuk membuang/membunuh bayi yang baru dilahirkan.

        1. Ada pula karena untuk menutup aib. Mereka biasanya merasa malu dan akhirnya memutuskan untuk membunuh anaknya sendiri. Atau banyak dari mereka (remaja-remaja) yang sebetulnya belum siap menjadi ibu. Fisiknya mungkin bisa, tetapi kondisi psikisnya tidak siap.

          1. Kehadiran si janin di rahim kemudian menimbulkan persoalan rumit, dan tidak jarang dalam kondisi demikian, laki-laki ayah si bayi meninggalkannya. Tidak heran jika saat bayi lahir, si bayi pun segera dibuang si ibu yang seharusnya menyusui dan menyayanginya.

  4. sungguh hati ibu ini terusik seketika… kemana nilai-nilai kemanusiaan dalam diri mereka? Sy percaya sekiranya Agama diletakkan ditempat yang pertama dalam kehidupan perkara seperti ini pasti boleh dibendung…
    Curahan rasa tpinky @ ..Ujian di bulan RamadhanMy Profile

      1. bg sy, pendidikan agama bukan saja diajar dlm bentuk formal di sekolah..malah sy setuju dgn brother Denaihati bahawa:-
        “mereka yang hanya mampu sebut nama Allah tetapi tiada rasa takut kerana mereka lansung tidak kenal Allah swt. Mereka yang malang ini tidak pernah kenal Allah kerana ibubapa mereka tidak pernah kenalkan Allah kepada mereka.”
        Kerana siapa yang mengenali kebesaran Allah sahaja lah yang akan sedaya upaya tidak menuruti hawa nafsu hingga terlanjur berzina dan membuang bayi yang tidak berdosa ini.. maaf ya steward, sy komen berdasarkan persepsi sbg seorang muslim dan sedang cuba memperbaiki diri agar Melaksanakan Perintah Allah SWT, dan Meninggalkan segala Larangan-Nya
        Curahan rasa tpinky @ ..Ujian di bulan RamadhanMy Profile

        1. Tak pe geng.. masing2 ada pandangan masing2kan.. tapi kena tengok juga masalah semasa.. sedangkan yang disangkakan alim juga boleh melakukan benda terkutuk, itu tidak dinafikan tu.

          1. ya sy setuju dgn ko.. yg alim bertudung litup tak semestinya baik.. yg pakai terbuka sana-sini pun tidak semestinya jahat… tahu agama saja tidak cukup. faham agama pun tidak memadai. yg penting amal agama itu sepenuhnya…nda kira la agama apa pun. (peringatan buat diri sbnrnya..sy menghormati pendapat org lain..
            Curahan rasa tpinky @ ..Ujian di bulan RamadhanMy Profile

            1. Nasib baiklah kita2 dekat sini ni tak tergolong macam dorang tu.. masih tahu la batas kita sendiri. Bagus juga artikel macam ni.. bagi peringatan.. mana tahu terlupa2 ka.. atau buat2 terlupa ka..

    1. Rasulullah mengambil masa 13 tahun untuk tarbiah para sahabat untuk yakin kepada Allah hingga bila disebut nama Allah maka bergetarlaj hatinya ketakutan. Setelah yakin kepada Allah itu sudah ada dalam hati baru Rasulullah perkenalkan Hudud. Di Malaysiaa insyallah boleh perkenalkan Hudud setelah tarbiah dibuat kepada umt Islam dan bukan Islam supaya tidak berlaku kecelaruan untuk yg menentang yg mengakibatkan negara tidak aman.

            1. Sementara kecanggihan teknologi memberi fasilitas untuk berkomunikasi dengan siapapun, termasuk dalam mengungkapkan rasa dan gejolak ini kepada lawan jenisnya. Tak jarang komunikasi lewat HP atau dunia maya, berlanjut pula pada pertemuan hingga mengarah pada kedekatan fisik dan penyaluran kebutuhan seksual yang berakhir dengan kehamilan.

            1. Seorang Ibu tidak hanya dituntut untuk dapat memahami karakteristik dari setiap naluri termasuk naluri jenis, berikut tahapan kemunculannya pada diri anak dan cara pengendaliannya menurut Islam, tetapi ibu juga harus dapat mengikuti perkembangan zaman dan teknologi agar dapat mengontrol lingkup pergaulan anak hingga dapat mendeteksi seawal mungkin jika sang anak mulai berkomunikasi dengan lawan jenisnya semisal melalui ‘Hand Phone atau ‘Face Book’ .
              Curahan rasa Bang Iwan @ ..Miss Universe 2010 winner – Miss Mexico Jimena NavarreteMy Profile

        1. salam..
          mengapa slalu nak salahkan ibu bapa bila berlaku masalah mcm ni ya?
          kalau budak2 kecik mencuri, bergaduh atau merompak ble juga la letak kesalahan pada ibu bapa (jika masih ada) kerana tidak mampu memberikan perhatian yg sewajarnya.. masalahnya kbykkan juga mereka yg buat benda tu adalah terdiri dr golongan yg mendapat pendidikan di sekolah.. sudah tahu benda tu salah, dak diredhoi, mahu juga hikutt!! dah tu, bukannya buat sorang2.. 2 orang tuu!!

        2. mieran; bila kita ckp ttg pendidikan, tak kan la ada kontra lak. semua pendidikan bertujuan baik.. suci murni. dikaji sblm membentuk dasar pendidikan tu. cuma fikiran manusia ni yg pandai lost.. dah diajar yg betul, cara salah juak mo diikut.. ;0

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!