Mathieu Flamini tidak kurang hebatnya

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, setelah bertahun penyokong Arsenal diketawakan oleh penyokong Manchester United, Chelsea dan Manchester City sesekali kena kutuk juga dengan Fan fanatik Liverpool akhirnya sekarang boleh tersenyum. Arsenal sepatutnya dah lama meninggalkan semua pasukan itu kalau tidak disebabkan polisi gaji yang menyebabkan hampir semua superstar daripada pemainan pertahanan hingga penyerang meninggalkan kelab kerana mendapat gaji yang lumayan.

Cesc Febregas, Samir Nasri, Emmanuel Adebayor, Gael Clichy, Kolo Toure dan Van Persie antara nama besar yang meninggalkan Arsenal dan berjaya menjulang piala di kelab baru. Tak boleh nak salahkan mereka yang mengejar gaji yang lebih mahal kerana peluang sekali seumur hidup tidak boleh dilepaskan. Arsenal telah mengubah polisi untuk mengekalkan Theo Walcott dan akhirnya memecah tabung untuk membeli superstar dari Real Madrid, Mesut Ozil.

Mesut Ozil
Kelincahan Mezut Ozil di bahagian tengah berjaya memikat Arsene Wenger

Perubahan polisi yang sepatutnya sudah lama dilakukan telah memberi kesan sangat bagus bukan sahaja meningkatkan motivasi pemain tetapi memberi keyakinan yang tinggi kepada penyokong setia Arsenal yang sanggup memekakkan telinga walupun disindir oleh peminat-peminat fanatik kelab besar yang lain.

Sana sini menyebut nama Mesut Ozil antara sebab peningkatan prestasi Arsenal tetapi tanpa disedari tidak kurangnya hebat bekas pemain Arsenal yang masuk semula Mathieu Flamini. Kehadiran Flamini di bahagian tengah sangat membantu tetapi mungkin kemasukan semula secara percuma telah melenyapkan kehebatanya. Sebahagian penganalisa BPL tidak teragak-agak memuji Flamini dan ada yang kata kehadiran Flamini lebih hebat daripada Ozil. Kepada penyokong Arsenal kehadiran Flamini dan Ozil sangat memberi kesan yang pasti akan membantu Arsenal menjulang piala pada musim ini.

Champions League 2013/14 Kumpulan F

Setelah berjaya menewaskan Olympic Marseille 2 – 1 di gelanggang lawan, perlawanan kedua kumpulan F menentang Napoli memang mendebarkan. Napoli pernah menewaskan Arsenal dalam perlawanan pra musim di Stadium Emirates. Memang tak sangka Arsenal dapat menewaskan Napoli 2 – 0 dengan mudah. Paling menarik jaringan pertama hasil ledakan Ozil dan jaringan kedua oleh Giroud dengan bantuan Ozil. Arsenal perlu dua lagi kemenangan untuk layak kepusingan kalah mati.

Video jaringan menarik Mesut Ozil

 

 

 

Barclays Premier League 2013/14 Week #7

Minggu ke tujuh Arsenal akan menentang West Brom untuk kekal di tahta BPL setelah Chelsea, Manchester United dan Manchester City menang perlawan mereka. Liverpool pun menang besar 3 – 1 menewaskan Crystale Palace. Arsenal mesti menang tetapi bukan mudah selepas West Brom menewaskan MU 2 – 0. Jika Arsenal tewas sudah pasti Liverpool atau Tottenham akan mengusai tahta BPL 2013/14.

Keputusan West Brom vs Arsenal : 1 – 1

Keputusan BPL 2013/13 Week #7

[box type=”shadow”]Manchester City vs Everton : 3 – 1

Fulham vs Stoke City : 1 – 0

Hull City vs Aston Villa : 0 – 0

Liverpool vs Crystale Palace : 3 – 1

Cardiff City vs Newcastle : 1 – 2

Sunderland vs Manchester United : 1 – 2

Southmpton vs Swansea : 2 – 0

Norwich City vs Chelsea : 1 – 3

Tottenham vs West Ham : 0 – 3[/box]


Spread the love

37 Comments

    1. bagi aku tu semua alasan je .. kalau Arsenal counter offer dengan gaji yang mahal seperti mereka counter offer Walcott mesti Febregas stay … Febregas pun pandai juga cuba test market tapi Arsenal tak layan dan kekalkan polisi gaji yg rendah. akhirnya polisi tu lah yg makan diri Arsenal.

    1. nak julang piala tu alasan je .. sepatutnya dah lama Arsenal julang piala kalau semua superstar stay … Van persie dah nampak umur dia pun dah hujung presasi kalau tak move memang tak de harapan nak dapat gaji tinggi … dan sebab usia jugalah Arsenal sanggup jual dengan harga tinggi … Arsenal beli Van persie 5 juta pound je.
      Curahan rasa denaihati @ ..Aaron Ramsey tidak dapat disekat lagiMy Profile

  1. Assalammualaikum..bro denaihati,

    xper masih terlalu awal utk kita memperkatakan keupayaan kelab2 besar nie.. kekadang ada kelab ‘lambat panas’ …hehehe . x dinafikan jaringan tu memang ‘molek’ sekali. Arsenal adalah kelab yang termasuk dalam ‘big 4’ … moga Arsenal terus konsisten… orait.

    mselim3

    pls: arsenal,MU,Liverpool,ManCy, dan chelsea…masing2 ada kelebihan dan kekurangan.
    Curahan rasa mselim3 @ ..Kisah Nabi Sulaiman Dengan Ratu Balqis dan Kaum SabaMy Profile

    1. Mendebarkan juga tapi west brom memang semangat setelah berjaya kalahkan MU … Tottenham nasib kurang baik tewas tempat sendiri

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!