Mat Indera Pemimpin Komunis yang aku kenal

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, siapa dikalangan Rakan Blogger yang pernah dengar nama Muhammad Indera atau lebih dikenali Mat Indera yang merupakan seorang Pemimpin Komunis di Johor ketika Zaman Darurat sebelum Merdeka. Sejak kecil aku telah dikenalkan dengan nama Mat Indera. Dendam penduduk kampung kepada Komunis sangat mendalam kerana ramai penduduk kampung yang telah dibunuh dengan kejam oleh Komunis ketika Bintang Tiga memerintah Tanah Melayu setelah Jepun tewas Perang Dunia Ke dua. Dendam kepada Komunis bermakna dendam juga kepada Mat Indera yang merupakan salah seorang Pemimpin Komunis Melayu di bawah perintah Chin Peng.

Mat Indera bergerak cergas di sekitar kawasan Lenga, Pagoh, Jorak dan Bukit Kepong. Dia mengetuai pergerakan komunis dibahagian selatan yang merangkumi daerah Muar, Batu Pahat, Segamat dan Melaka.

Bukit Kepong pula menjadi popular setelah kisah serangan Komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong difilemkan. Pernah ke Rakan Blogger sampai di Balai Polis Bukit Kepong yang pernah diserang dan dibakar oleh Komunis. Bukit Kepong tak lah jauh sangat daripada kampung aku dan dah banyak kali aku lalu di hadapan kesan sejarah ini yang suatu ketika dahulu hampir dilupakan.

Ramai orang tua di kampung aku dan sekitar kawasan Lenga, Pagoh, Jorak dan Bukit Kepong yang tidak berhenti bercerita tentang kisah kekejaman Komunis ketika Bintang Tiga memerintah Malaya. Ramai dikalangan rakan-rakan mereka yang hilang begitu sahaja tidak dapat dikesan setelah dibawa oleh Komunis keluar dari rumah secara paksa. Kalau kita baca Sejarah memang ada Pemimpin Melayu yang ikut Parti Komunis berjuang secara jujur untuk mendapat kemerdekaan Tanah Melayu tetapi  perjuangan mereka telah dikaburi oleh kekejaman sebilangan besar Pemimpin dan ahli Parti Komunis yang lain. Mereka bertindak kejam membunuh Rakyat yang tidak menyokong perjuangan mereka. Teringat kisah kekejaman Komunis Kemboja membunuh lebih 2juta Rakyatnya sendiri.

Mohammad Indera dan Bukit Kepong telah menjadi sejarah yang terus disebut dari dahulu sampai sekarang sehingga menjadi bahan politik untuk meraih sokongan rakyat. Setiap kali kisah ini diulang siar ada rakyat Malaysia yang terguris hatinya mengingati saudara dan keluarga yang dibunuh kejam oleh Komunis.

Kisah Mat Indera dan Bukit Kepong diulang siar oleh Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu untuk apa? Kalau untuk membetulkan sejarah kenapa begitu lama mengambil masa sehingga lebih 58 tahun setelah Mat Indera dihukum gantung pada jam 11 malam 30 Januari 1953 di Penjara Taiping, Perak. Adakah semua Ahli Sejarah Malaysia dan Pemimpin PAS sebelum Mat Sabu buta sejarah sehingga tiada seorang pun yang membetulkan kisah ini untuk paparan kepada rakyat. Atau adakah ini perang psikologi politik PAS untuk membenarkan kerjasama PAS dengan DAP sebagaimana Mat Indera yang merupaka seorang Guru Agama bekerjasama dengan Chin Peng ketua Parti Komunis Malaya ketika itu.

Perjuangan Mat Indera memang baik tetapi kesilapannya adalah bersama Komunis yang memperjuangkan hak saksama tanpa Agama. Mungkinkah kesilapan Mat Indera akan berulang lagi apabila Pemimpin Politik Islam tidak yakin dengan perjuangan sendiri sehingga perlu bersama dengan parti yang berbeza prinsip?

Aku tak dapat nak jawab!!


Spread the love

112 Comments

  1. ntah la bro denaihati..aku pun kekadang sedih gak tengok gambar mayat mereka yg dibunuh di bukit kepong, akhirnya dipanggil oleh seorang manusia melayu dengan panggilan tentera penjajah…..dan yang dipuja adalah komunis..
    Curahan rasa segalabenda @ ..Ahmed Deedat Wira IslamMy Profile

  2. Tidak kira sapa pun, yang membunuh orang yang tidak berdosa adalah orang yang zalim. Tidak kira di pihak mana dia berada. Sejarah sepatutnya memberi pengajaran kepada generasi sekarang untuk hidup aman dan harmoni. Jangan lah kita ungkitkan sejarah hanya untuk berpecah belah.

    1. mentaliti kita silap kerana terikutkan dengan fahaman yang menakutkan manusia. Sesiapa yang membunuh itu adalah zalim dan sesiapa yang dibunuh adalah kasihan. memang lumrah kehidupan pasti ada yang hidup dan ada pula yang mati. Sebab itulah kita kena percaya akan hukum dan takdir ketentuan Allah. Sesungguhnya, mati macam mana sekalipun, bila dah datang ajal mereka akan mati juga. Samalah seperti hari ini, abad ini, manusia pun ramai yang mati cuma mati mereka berbeza dengan dahulu kala, kerana hari ini manusia mati disebabkan kemalangan, dibunuh, bunuh diri, kanser, jantung, organ tidak berfungsi, sakit tua, hiv dan sbgnya. kalau kita benar-benar mempercayai Qada’ dan Qadar Allah, pasti manusia tidak brmusuh-musuhan kita redha dengan kematian saudara mara kita. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui akan Kejadian yang berlaku.
      Samalah seperti hari ini, kenapa kita tak cop mereka yang bawa laju dan bunuh orang dalam kemalangan jalanraya tak dicop komunis ke?zalim ke? dan mereka beritahu, dah ajal dia macam 2, nak buat macam mana…….
      Pandai pulak cakap ajal, sama macam kes Arwah di Somalia, dah ajal dia dah sampai…bila komunis bunuh orang tak pulak cakap dah ajal dia dah sampai.
      Ini beerti keyakinan kita terhadap hukum Allah masih nipis kerana kita hanya percaya kematian yang baik bukan kematian disebabkan komunis..
      Allah itu Maha Berkuasa terhadap Hamba-Nya,,,,,,
      AllahuAkbar

  3. assalamualaikum.. minta maaf,dari apa yg kawan perhatikan yg membesarkan hal ini bukan dari pihak Mat Sabu tetapi dari musuh politik beliau.. dan mereka inilah yg mengambil kesempatan dan memutarbelitkan kenyataan mat sabu.. beliau hanya mngikut fakta yg tersedia ilmu sejarawan negara.. klu nak pertikai pertikai sejarawan tersebut bukan hentam org sembarangan hanya kerana beliau pembangkang

  4. Aku pernah dengar cerita dari org2 kampung tentang kehebatan Mat Indera ni, setakat 4 orang lelaki dewasa tu senang2 je dia ganyang…Masa penangkapan Mat Indera pun guna taktik kotor, kalau tangkap cara berdepan memang boleh penyakit…Memang diakui org2 kampung berdendam dengannya disebabkan kezaliman bintang tiga…banyak kisah Mat Indera yang tidak diceritakan kerana perjuangannya melalui PKM…

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!