Mat Indera kisah sebenar

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, terima kasih kepada semua Rakan Blogger yang berkongsi pendapatan dalam entri “Mat Indera Pemimpin Komunis yang aku kenal“. Entri ini adalah kisah benar rasa hati orang-orang tua di kampung aku yang melalui kehidupan perit di zaman Bintang Tiga. Kita anak-anak yang dilahirkan selepas Kemerdekaan tidak pernah melalui kesukaran hidup di zaman Komunis jadi tidak adil untuk mengatakan sejarah tidak betul.

Siapa yang berani kata bahawa UMNO yang dahulunya sebuah Pertubuhan Melayu dan Tunku Abdul Rahman BUKAN watak penting dalam usaha menekan British memberi Kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Sememangnya UMNO dan Tunku Abdul Rahman bukan pemula kerana sebelum itu sudah ada Pejuangan Kemerdekaan seperti Mat Kilau, Datuk Maharajalela, Tok Janggut, Datuk Bahaman, Dol Said dan ramai lagi yang tercatat dalam lipatan sejarah Malaysia. Hanya Mat Indera sahaja yang tidak tercatat sebagai Pejuang Kemerdekaan mungkin kerana beliau menggunakan platform yang salah iaitu Komunis berbanding Pejuang Kemerdekaan yang lain yang tidak lansung bekerjasama dengan Komunis.

Ibarat bermain bola sepak yang bermain 11 orang tetapi selalunya menjaring gol seperti Messi, Ronaldo dan Rooney yang diangkat sebagai hero begitu juga kisahnya Tunku Abdul Rahman yang diangkat sebagai Bapa Kemerdekaan di antara semua Pejuang Kemerdekaan kerana Tunku yang berjaya memujuk British memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu.

Kita tahu Mat Indera kisah sebenar adalah Pejuang yang menentang Penjajahan British tetapi agak sukar untuk mengiktiraf beliau kerana beliau berjuang bersama Parti Komunis Malaya. Mengiktiraf Mat Indera secara tidak langsung juga bermakna mengiktiraf Parti Komunis Malaya juga secara tak langsung juga mengiktiraf ideologi Komunis dan secara tak lansung mengiktiraf kekejaman yang pernah dilakukan.

Pendapat peribadi aku agak sukar untuk Kerajaan samada di bawah Pimpinan BN atau PAKATAN untuk mengiktiraf Mat Indera sebagai Pejuang Kemerdekaan kerana implikasinya terlalu besar dan boleh mengubah pendirian dan polisi luar Malaysia. Yang terbaik kita semat dalam hati bahawa Mat Indera adalah seorang Pejuang.

Sebaiknya kita guna seluruh tenaga untuk terus berusaha memajukan Malaysia untuk generasi akan datang. Jadikan sejarah sebagai panduan dan pedoman untuk membina Bangsa Malaysia yang lebih berjaya bukan membuang tenaga berbahas sejarah untuk kepentinga politik sahaja.


Spread the love

108 Comments

    1. Buat lah kajian dan penyelidikan lebih lanjut mengenai Mat Kilau. Ada banyak rahsia dan misteri di sebaliknya. Mat Kilau bukan sebarangan pejuang.

  1. pada pendapat sy..tidak penting lagi mempersoalkan sama ada beliau ‘hero’ atu pun bukan..tp yg lebih penting skrg ni ialah kita mengisi kemerdekaan dan bersatu padu utk menjaga negara kita dari dijajah semula.

    1. Setuju…kenapa perlu dipersoalkan perjuangan tokoh-tokoh pada masa lalu..perspektif dan keadaan semasa pada masa lalu berbeza dgn masa sekarang..perjuangan sekarang amat berlainan..

      Mempertahankan kemerdekaan adalah leih sukar mencapai kemerdekaan.. 🙂
      Curahan rasa Bumilangkawi @ ..Homestay di LangkawiMy Profile

  2. Bagaikan hikayat Hang Tuah dan Jebat..Jebat dikatakan derhaka kerana menuntut bela kematian rakannya..niat Jebat menegakkan keadilan amat murni..tp adakah cara Jebat menghalalkan niat dia?

    Apa2 pun pilih yg ‘sedikit’ keburukan berbanding yg ‘banyak’..x semua manusia sempurna..

  3. btol2..skrg ni bhs sal ap pn trmasuk agama sbb untuk kepentingan politik..igt agama tu brg mainan politik ke?? lau ilmu agama tu xcukup, g blaja dlu bru la bhskn..jgn ikot logik akal manusia yg brlndskn nafsu je..

  4. saya setuju sangat2 dgn pendapat denaihati…jgn kerana arwah memperjuangkan kemerdekaan di landasan yg salah kita menyalahkan beliau. sepatutnya kita berfikir positif mengenai hal sebegini…tolak komunis dan chin peng ke tepi…dia adalah pejuang melayu islam jugak…saya ckp gini bkn bermakna saya sokong die, tidak..tapi saya menghormati semua pejuang2 yg pernah gugur dulu..bknnye senang hidup pada zaman dulu..hati berkobar2 nak mempertahankan negara sehingga x sedar terpilih arah yg salah…saya tahu saya dan anda semua camtu jugak…walapun berlainan ideologi politik tapi matlamat dan kemahuan tetap satu..nak memartabatkan islam dan melayu atas muka bumi ini..ayuh bersatulah kita
    Curahan rasa plain jane @ ..sama2 la kita berdoa heheMy Profile

  5. hendak menidakkan perjuangan beliau mmg tidak boleh dilakukan oleh sesiapa jika benar beliau memperjuangkan kemerdekaan..apa pun kita perlu melihat perjuangan beliau sebagai yang positif – sebagai generasi baru kita wajar menjadikan beliau sebagai contoh iaitu beliau tetap berjuang walaupun caranya salah – namun bg pihak yg berjuang bersama-sama beliau. cara yang mereka gunakan adalah benar

    buang ketepi dahulu soal salah (undang-undang, politik dan sebagainya) cuba lihat dari sudut satu lagi.
    Curahan rasa neo @ ..Blogger Traffik Hunter – Cara Paling Berkesan Untuk Meningkatkan TraffikMy Profile

      1. jadi tak salah la…Mat Sabu kata lagu tu,MB Johor pun restu….
        so..kena la adil…ni dak, tabai rapat kat kawan tu…

        1. sebenarnya buku itu diterbitkan sebagai tauladan kepada rakyat. peringatan bahawa matlamat tidak menghalalkan cara. akhirnya mat indera berasa tertipu & terpedaya oleh pakatan rahsia orang bawahannya & dia tidak berkuasa untuk menghalangnya & bertambah rumit keadaannya. namun mat indera akhirnya tidak merayu elak hukuman gantung kerana ingin tebus kesilapan & kesalahannya.

          mat indera adalah orang Johor, dan orang Johor hanya menyatakan keperibadian mat indera sahaja kerana ingin bersikap positif sebagai orang Islam NAMUN bertegas bahawa pilihan jalan mat indera TETAP SALAH (Komunis)..

          (orang Johor tahu cerita yang sebenar TAPI tidak mahu mengukitnya kembali demi kepentingan waris mat indera & waris polis bukit kepong)

          p/s: Jangan sejarah berulang lagi sepertimana terjadi kepada mat indera – pakatan rahsia..

          nota: hubungan rakyat Johor dengan mat indera sepertimana Sultan Salehhuddin Al-Ayubi dengan King Richard Lionheart.. anda mengerti SEMUA??

          1. sebelum mat indera join pkm, dia sendiri telah jadi buruan british kerana penentangan dia terhadap penjajah british. pada masa tu ada ke gerakan bersenjata / tentera rakyat yg berperang dgn penjajah british? yg ada cuma pkm. so tu saja opsyen yg dia ada utk lawan penjajah. harus di ingat penjajah british lah yang telah mengaut segala hasil bumi kita pada masa lalu spt minyak/ bijih timah/ arang batu/ emas dll.
            so tolong la jangan angap menentang british tu penganas

            1. perjuangan tak semestinya secara kekerasan… Jika diberi pilihan menuntut kemerdekaan tanpa pertumpahan darah, mengapa jalan yang berdarah juga dipilih???

            2. Cikgu dah lama ke belajar Sejarah?
              KMM tu perasatuan apa, bila dia ditubuhkan?
              UMNO bila tubuh? kenapa nak tubuh UMNO kalau KMM dah ada?
              Apa slogan UMNO masa tu? “Hidup Melayu”
              KMM pulak “merdeka”… API pun sama…
              Yang mana satu pejuang kemerdekaan? Hidup Melayu ka “merdeka”
              kalau xangkat senjata pun, British nak tangkap nak dibunuh,
              Kalau hang jadi dia hang wat apa?
              Malula sket jadi cikgu
              Curahan rasa Ce’gu Bard @ ..PERSATUAN KANG KONG DAN KONG KANGMy Profile

  6. SUMBER: http://cputsungai.blogspot.com/

    Yayasan Warisan Johor Iktiraf Mat Indera?

    Bacalah biografi Mat Indera di dalam buku ini, betapa keperibadian Mat Indera disanjung. Latar belakangnya juga mengagumkan. Secara jelas Ismail Adnan menukilkan bahawa “Pihak Inggeris telah berjaya mempengaruhi pemikiran rakyat Tanah Melayu bahawa seorang manusia Melayu beragama Islam yang kuat pegangan agamanya bernama Mat Indera itu adalah seorang penderhaka kepada negara, membelakangkan ajaran agama Islam serta menjadi pengganas komunis yang kejam dan tidak berperikemanusiaan“. Di akhir biografi ringkas Mat Indera, penulis ada menyebut “Adakah Mat Indera seorang petualang atau pejuang? …Dia tidak mempunyai kepentingan peribadi. Dia juga tidak mempunyai niat jahat terhadap bangsa dan negaranya. Dia rela mempertaruhkan nyawanya demi memperjuangkan hak kedaulatan sebuah negara yang terbelenggu oleh rantai penjajahan. Justeru Mat Indera sewajarnya diabadikan namanya sebagai seorang pejuang, bukan seorang petualang“. Kenyataan ini saja sudah membuatkan saya tertanya-tanya, adakah Yayasan Warisan Johor juga mahu menjadi pengkhianat seperti Mat Sabu? Bilakah pula agaknya Utusan Malaysia ingin mengisytiharkan Yayasan Warisan Johor sebagai pengkhianat?

    1. mat indera adalah pejuang kebebasan (freedom fighter) & tidak boleh ditakrifkan sebagai pejuang kemerdekaan (independance fighter) KERANA mat indera telah memilih jalan yang salah (ideologi Komunis) sepertimana Hang Jebat & anakin skywalker menurut perspektif masing2..

    2. sebenarnya buku itu diterbitkan sebagai tauladan kepada rakyat. peringatan bahawa matlamat tidak menghalalkan cara. akhirnya mat indera berasa tertipu & terpedaya oleh pakatan rahsia orang bawahannya & dia tidak berkuasa untuk menghalangnya & bertambah rumit keadaannya. namun mat indera akhirnya tidak merayu elak hukuman gantung kerana ingin tebus kesilapan & kesalahannya.

      mat indera adalah orang Johor, dan orang Johor hanya menyatakan keperibadian mat indera sahaja kerana ingin bersikap positif sebagai orang Islam NAMUN bertegas bahawa pilihan jalan mat indera TETAP SALAH (Komunis)..

      (orang Johor tahu cerita yang sebenar TAPI tidak mahu mengukitnya kembali demi kepentingan waris mat indera & waris polis bukit kepong)

      p/s: Jangan sejarah berulang lagi sepertimana terjadi kepada mat indera – pakatan rahsia..

      ———————————————–
      P/s:
      Sebenarnya Mat Indera nak tarbiah komunis ni supaya diorg boleh terima cara Islam.. Then Diorg masuk Islam… Seperti mana cara Pas yang nak tarbiah DAP supaya DAP tertarik dengan Islam.. Akhirnya Pas yang kene ‘Tarbiah’ Dengan DAP… tak mustahi suatu hari nanti bila orang Islam merempat, barulah Pas nak sedar bahawa haluan yang dipilih mereka sebenarnya salah.. Tapi masa tu dah terlambat…

      1. Cekgu ke tulis buku tu? Cikgu baru ada degree, yang tulis tu prof
        Sudut Mat Indera:
        Kalau nak dipikirkan ramai juga orang MELAYU ISLAM yang mati dipasong oleh British di “balai polis” masa tu…
        Jadi kenapa ada orang MELAYU ISLAM gak yang jadi MP(masa dulu xde PDRM) yang sanggup bersetongkol dengan orang kafir pergi tangkap orang MELAYU ISLAM utk dibunuh pasal lantang memperjuangkan haknya, kenapa golongan ini xpulak dikategori salah?
        Ke ni golongan yang nak tarbiyah orang putih terima Islam? Ke orang putih memang jenis xkan menentang Islam?
        Kenapa bila mati ketika jadi MP, nama mesti terukir kat batu bersurat orang putih? pasal dia bangga ada orang MELAYU ISLAM berjuang untuk pihak dia.
        Kalau nak menjaga hati mangsa yang survive,
        kenapa hati ahli keluarga mat indera kita xjaga dgn kesian. duk kata dia salah pilih jalan la… tu la ni la… hebat benor nak jatuh hukum orang…. sempit akal betul…
        Tu yang banyak tanah rezab melayu berpindah milik pasal golongan parti british ni la
        Nanti semua dah tergadai dah terlambatla….

        “Wahai manusia! Sesungguhnya telah kami jadikan kamu sekalian daripada seorang lelaki dan seorang wanita, dan kami jadikan kamu bergolongan dan berbangsa-bangsa, supaya kamu saling kenal di antara satu sama lain. Sesungguhnya orang yang bertakwa paling mulia di sisi Allah”
        [al-Hujurat : 13]
        Curahan rasa Ce’gu Bard @ ..PERSATUAN KANG KONG DAN KONG KANGMy Profile

        1. Setuju…dah tau British tu kafir..takkan nak ikut jalan kafir..Mat Indera berjuang tanpa gaji..polis berjuang kerana gaji dan British..pikir la sendiri

      2. PAS belum memerintah mana tau Melayu akan merempat..yg pasti UMNO dah buat hidup rakyat bukan saja merempat..rezeki pun makin sempit

        1. Apa sempat ka”? hang yang otak sempit malas nak usaha.. nak senang kena usaha la.. nak makan pun suruh orang suap ka?

    3. bijok demo zaki amin…tapi bila dah politikal bankrupsi, macam2 ler putar belit keluar utk menangi hati rakyat

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!