Assalamualaikum dan salam 1Dunia, dunia makanan ini memang tidak asing bagi aku. Berbelas tahun bergelumang dalam industri makanan. Pernah menjadi pekerja dan pernah juga mempunyai syarikat katering sendiri. Sesiapa yang nak khidmat nasihat tentang kerjaya dalam industri makanan insyallah aku boleh bantu mana yang termampu.
Tak lama lagi sebuah program realiti tv Masterchef Malaysia akan disiarkan oleh Astro. Program yang pasti akan menjadi tarikan kepada mereka yang minat dalam bidang masakan. Hadiah yang disediakan pun sangat menarik ratusan ribu tu. Memang berbaloi-baloilah peserta yang masuk program Masterchef.
Aku memang kenal sangat dengan Ketua Juri Masterchef iaitu Chef Jo atau Papa Jo. Nama sebenar beliau adalah Chef Johari Edrus. Chef Jo ini adalah ex-bos aku ketika bertugas di HUKM dan KFC dan menjadi sahabat baik sehingga sekarang. Banyak sungguh ilmu yang aku belajar daripada Chef Jo sehingga aku mampu berniaga sendiri. Jasa beliau memang tak pernah akan aku lupakan.
Chef Jo bukan Chef selebriti tetapi Chef Profesional yang sangat dihormati dikalangan Chef Malaysia. Pernah bekerja di berbagai hotel lima bintang di seluruh dunia. Kepada yang pening kepada nak pilih kerjaya aku memang syorkan untuk pilih kerjaya sebagai Chef seperti Chef Jo. Gaji Chef pun bukan sedikit terutama Chef Profesional. Paling best chef ini boleh buka perniagaan sendiri seperti restoren dan syarikat katering.
Kalaulah ada orang kuat Astro yang terbaca entri ini aku nak buat teguran sikit gambar Chef Jo di profile Chef Jo itu bukanlah Chef Jo yang aku kenali. Harap sangat dapat ditukar kepada gambar yang betul.
Siapalah agaknya yang bakal bergelar Master Chef Malaysia?
81 Comments
bila start masterchef malaysia ni? best gak ni..
Curahan rasa Ibu Mifzal Arsyad @ ..Berita Baik Untuk Penjawat Awam Dalam Bajet 2012?
masterchef! tak sabar nak tunggu
Curahan rasa eyra @ ..Gambar Letupan Empire Subang Shopping Gallery #EmpireSubangExplode
Eyra tak join serta ker tu? hehe
Curahan rasa Steward John @ ..The Ultimate Giveaway, you could walk away RM100,000 richer
mati2 ingat ko joe. hahaa
Curahan rasa eyra @ ..Gambar Letupan Empire Subang Shopping Gallery #EmpireSubangExplode
Tidak berapa kenal chef-chef tempatan yang lain kecuali chef-chef yang keluar dirancangan masakan di TV
tersedak!
Kenapa tersedak
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Link Download Hantu Bonceng
betul2…chef paling power adalah lelaki…hihihi
Curahan rasa wong @ ..Pandu Bas Guna Minyak Masak
Betul jugak. Kebanyakan Chef adalah lelaki
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Link Download Hantu Bonceng
kat kg saya kalu masa walimatulursi/kenduri kahwin, lelaki yg tukang masak manakala pmpuan tukang potong bawang dll.
lelaki memang terbaik lah sbb tu memang ramai chef dr kalangan lelaki.
Curahan rasa manmala @ ..Happy Birthday Google
siapa juara masterchef kat malaysia sekarang nie yerk
Curahan rasa hafizal @ ..MAZDA Keluaran Terbaru……Mazda BT-50 (Fighter)
Belum start lagi kan
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Link Download Hantu Bonceng
Belum start lagi program ni.. kena tunggu…
Curahan rasa Steward John @ ..Alamat Rumah Cikmin?
Masterchef terbaik nie….
Curahan rasa hafizal @ ..MAZDA Keluaran Terbaru……Mazda BT-50 (Fighter)
macam mana la boleh salah gambar tu ,harap pihak astro boleh ubha gambar tu nanti
Curahan rasa wazy @ ..Obesiti Atau Berat Badan Berlebihan. Di manakah Anda?
Astro kan, service mesti ada silap je
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Link Download Hantu Bonceng
Banyak benda dorang nak urus kot sampai tersalah maklumat.
Curahan rasa Steward John @ ..Be grateful for what you have and never complain
wlaupun x knyang tgok rancangan tu, tp mmg best la utk dilayan..
Curahan rasa Fakarepain @ ..DOKTOR ITU BUKAN TUHAN
mmg suka rancangan masak2 ni.. hehe
Curahan rasa Fakarepain @ ..DOKTOR ITU BUKAN TUHAN
masak2 ni memang aku suka, sbb tu slalu jgk tgk rancangan berkaitan masakan ni. terutama yg plg saya suka chef sabri.
Curahan rasa manmala @ ..Happy Birthday Google
Tapi kalau boleh masak macam dorang tu lagi best kann
Curahan rasa Steward John @ ..Be grateful for what you have and never complain
best nya jika pndai memasakkk
Yer la.. buka restoran sendiri, boleh untung.. hehe
Curahan rasa Steward John @ ..Alamat Rumah Cikmin?
bolehlah belajar masak sama ni bila tengok master chef beraksi..hehe
Curahan rasa chekgu naman @ ..Jangan Guna Perkataan Jakun dalam Blog?
Kalau tengok masterchef US sambil belajar masak susah sedikit sebab bahan2 yang dorang guna dalam masakan jarang sangat dekat sini.. Mungkin kalau masterchef Malaysia, bahan2 tu senang nak dapat..
Curahan rasa Steward John @ ..Alamat Rumah Cikmin?
Tak Sabar tengok Siri Program ni.. Adakah sebari dengan Masterchef US dan Australia?
Curahan rasa Steward John @ ..Alamat Rumah Cikmin?
Comments are closed.