Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, jika musim haji tahun 2014 jemaah menanti dengan debar kerana diumumkan sebagai Haji Akbar tidak kurangnya juga musim haji 2015 walaupun bukan Haji Akbar. Haji 2015 digemparkan dengan tragedi kren yang menimpa Masjidil Haram sehingga mengorbankan lebih 100 syuhada. Sebelum kejadian kren tumbang Mekah juga dilanda beberpa kali ribu pasir dan yang paling kuat telah menumbangkan kren.
Sehari sebelum wukuf 2015 suasana di Masjid Haram sangat tenang walaupun suasana sekitar sudah tidak sama dengan 2014. Banyak perubahan fizikal telah berlaku di luar dan paling banyak di bahagian dalam. Pembinaan berterusan Masjidil Haram tidak akan tamat dalam tempoh 2 – 3 tahun akan datang. Pasti kepada rakan-rakan yang sudah lama tidak dijemput menjadi tetamu ALLAH akan melihat perbezaan yang sangat ketara apabila menjejaki bumi Masjidil Haram.
Haji 2015 memang penuh dengan ujian selain ribut pasir dan kren tumbang berlaku juga kebakaran kecil di hotel jemaah Indonesia. Sedang sibuk jemaah haji mengerjakan rukun dan wajib haji tiba-tiba dapat berita sedih lebih 700 syuhadah terkorban dalam tragedi pijak di Mina pada awal pagi 10 Zulhijjah. Seorang jemaah Malaysia arwah Zulkilfly Samad telah terkorban sama dalam tragedi tersebut. Pada 11 Zulhijjah pula berlaku kebakaran kecil di kemah jemaah Mesir di Mina.
Semua ujian sepanjang haji 2015 pasti ada hikmahnya untuk kita semua muhasabah diri. Satu jari menunjuk kesalahan orang, 4 jari lagi menunjuk kepada kita sendiri. Sekecil mana ujian yang melanda umat Islam untuk jadikan kita lebih bertaqwa atau semakin sesat dalam logik fikir sendiri. Jangan ulang kesilapam yang telah dilakukan oleh retis FB Saiful Nang membuka aib Tanah Haram dengan logika fikir sendiri sehingga mendapat cemuhan dari netizen.
ALLAH tidak pernah zalim kepada hambanya melainkan kita yang zalim kepada diri kita sendiri. Semuga semua jemaah Haji 2015 mendapat haji Mabrur dambaan semua umat Islam.
70 Comments
banyak betul tragedi yang berlaku musim haji kali ni. Semoga apa yang berlaku dapat dijadikan iktibar. Sesungguhnya Allah menguji seseorang mengikut kemampuannya.
Curahan rasa Nurul Syuhaida @ ..Kesedaran kesihatan di kelas nutrisi
Tahun 2015 musim haji yang penuh dengan trajedi. Pertama kren jatuh kemudian trajedi di Mina dan ada beberapa kejadian lagi pasti ada hikmah disebalik setiap kejadian yang berlaku. Semoga umat islam akan tetap kuat iman untuk tetap teguh menunaikan fardhu haji pada tahun hadapan.
Curahan rasa Mrs. A @ ..About; Contact Me; Segment&Giveaway; Disclaimer
terkejut juga dengan kejadian yang menimpa jemaah haji disana, moga keluarga mangsa tabah
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
Pesat sungguh pembangunan kat sana. Semuanya utk kemudahan umat Islam beribadat. Semoga umat Islam seluruh dunia dpt bersatu padu kerana kita semua akan dipertemukan disana satu hari kelak
Curahan rasa Mama Olin @ ..Enfuselle Balancing Moisturizer | Rahsia Kulit Gebu Tanpa Mekap
Segala ujian yang datang menjadi peringatan untuk diri sendiri supaya sentiasa muhasabah diri. Ujian datang x kira tempat dan masa
Curahan rasa azimah mohd zainuddin @ ..Makanan Pembakar Lemak
Allahuakbar, memang teringin sesangat nak jadi tetamunya di sana, semoga impian tercapai.. ameen…
Curahan rasa SuperNifz @ ..Jejom Kita BerBlog
Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Moga semua umat islam mengambil iktibar atas yg berlaku.
Curahan rasa ummi mra @ ..Diskaun sehingga 90%.. Buku RM1 & RM3 sebuah pun ada.
tragedi yang mudah-mudahan menjadi refleksi buat kita semua..sungguh menginsafkan..
Curahan rasa Oja Samid @ ..Bagaimana Makanan Kita Boleh Atasi Masalah Kulit Kering?
Semoga menjadi pengajaran buat mereka yang masih hidup. Renung renungkanlah…
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Cara Buat Blog WordPress Dalam Masa 24 Jam
Kan Oja? Memang sangat menginsafkan..
Allah tunjukkan kebesarannya melalui tragedi yang berlaku…
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Manfaat Lutein Untuk Penglihatan Mata yang Sihat
Saya memang teringin sangat untuk ke sana..aamiin dan berharap ia dipermudahkan nanti
Curahan rasa mrhanafi @ ..Pembatalan Hak Milik Kenderaan Di JPJ
Moga moga Allah swt perkenankan hajat bro Hanafi untuk ke sana.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Cara Buat Blog WordPress Dalam Masa 24 Jam
Aamiin dan terima kasih tuan sani..semoga tuan juga dimurahkan rezeki agar dapat juga ke tanah suci.
Curahan rasa mrhanafi @ ..Pembatalan Hak Milik Kenderaan Di JPJ
memang ada pasang niat nak pergi ke sana..nak lihat sendiri kebesaran Allah yang Maha Esa
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
Tempat ini kekal tempat suci bagi Muslim walau apa yang diperkatakan. Semoga kita semua mendapat jemputan ke sana.
Curahan rasa emalin mohd @ ..Penapis Air Berkualiti Dan Mampu Milik Di Semua Rumah
Lihat koleksi foto… jadi kangen Kabbatulloh…
Insya Alllah di beri rizki bisa ke sana lagi. Aamiin Ya Robbil Alamin…
Curahan rasa Rosanna Simanjuntak @ ..Kulit Sehat dan Indah dari Redwin Sorbolene
Kita doakan keselamatan semua jemaah di sana walaupun meninggal dunia di sana menjadi harapan mereka.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Tips dan Tempoh Penyimpanan Susu Perahan Agar Khasiatnya Kekal Terpelihara
Insyallah. Kalau niat kita baik dan betul akan dapat pengakhiran yang baik..
Curahan rasa Sani @ ..Lelaki Ini Travel Seluruh Dunia Sambil Buat Duit USD1 Juta!
melihatkan gambar-gambar indah ini, membuatkan saya terfikir, bila lah saya nak menjejakkan kaki ke sini. semoga Allah permudahkan laluan saya nanti. amin
Curahan rasa siti hazreen @ ..Tempat Makan Best dan Sedap di Bangi Iaitu Di #Chemistry
InsyaAllah. Moga Allah permudahkan usaha kita nak ke sana. Kata orang biarlah pada usaha muda semasa kudrat masih kuat.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Tips dan Tempoh Penyimpanan Susu Perahan Agar Khasiatnya Kekal Terpelihara
macam-macam jadi tahun nih.
kena belajar bersyukur dan bersangka baik selalu.
kena selalu faham kenapa benda ni nak jadi.
dunia dah nak kiamat dah nih..
Curahan rasa titan @ ..Komisen ke 52 dari Ashadee.com
Sampai 2 kali peristiwa yang melibatkan kematian. Kena muhasabah diri kita dan perbaiki segala kekurangan..
Curahan rasa Sani @ ..Lelaki Ini Travel Seluruh Dunia Sambil Buat Duit USD1 Juta!
Ujian dari Allah untuk kita belajar dari kesilapan dan memperbaiki diri menjadi insan yang lebih baik
Curahan rasa eyriqazz @ ..Rancang Kewangan dengan Lebih Mudah
Betul, setiap yang berlaku ada hikmah di sebaliknya dan telah ditentukan Allah.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Tips dan Tempoh Penyimpanan Susu Perahan Agar Khasiatnya Kekal Terpelihara
yup..ujian sebagai peringatan kepada mereka-mereka yang masih lalai dibuai arus kemodenan
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
Comments are closed.