Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, kali ini nak kongsi kisah yang pernah berlaku kira-kira 18 tahun dahulu yang sedang berulang sekali lagi sekarang. Ketika kemelesetan ekonomi yg teruk pada akhir 90 an ramai yang hilang pekerjaan, rugi perniagaan dan rugi dipelbagai pelaburan yang melahirkan berjuta warga Malaysia berhutang.
Kemelesetan ekonomi bukan berlaku sehari dua tetapi ibarat marathon yang memakan masa yang lama. Ramai yang tidak bertahan kerana lamanya masa berlaku ekonomi tidak menentu. Ramai juga yang salah strategi sehingga duit terkumpul hilang ditelan keganasan ekonomi kapitalis. Perniaga-niaga kecil terpaksa gulung tikar, pelabur-pelabur hartanah terperangkap kerana harga rumah yang turun mendadak dan pemain-pemain saham tergadai harta benda kerana bermain kontra.
Kerugian yang dialami bukan sedikit ada yang mencecah jutaan dan ratusan ribu ringgit. Kepada yang tidak berniaga juga hidup sengsara kerana hutang lama yang masih tidak terbayar dan kos kehidupan semakin tinggi. Berbagai hutang ditanggung antaranya hutang kad kredit, hutang koperasi, hutang pinjaman bank, hutang kawan-kawan dan paling teruk hutang along. Nak hidup pun susah inikan nak bayar hutang memanglah susah. Ada yg tidak dapat menanggung tekan kehidupan sehingga menjejas kesihatan tidak kurang juga murung kehidupan. Kepada yang kurang iman berbagai tindakan yang dilakukan yang tidak terfikir minda untuk lari daripada beban hutang terlampau.
Tidak mustahil fenomena yang sama akan berulang kali ini kerana marathon kemelesetan ekonomi dunia yang sedang berlaku sekarang masih jauh lagi dan dijangka akan berakhir tahun hadapan. Aku pasti tidak ramai akan dapat bertahan sekiranya kita masih meneruskan cara kehidupan sekarang.
Kalau krisis ekonomi pada akhir 90 an aku adalah salah seorang yang menanggung hutang teruk lebih ratusan ribu ringgit. Kali ini insyaa Allah aku menyediakan Jemaah Bisnis Denaihati untuk membantu mereka yang berusaha untuk keluar daripada belenggu masalah ekonomi yang parah. Pengalaman aku menyelesaikan masa susah pada kemelesatan ekonomi akhir 90 an ingin di kongsikan dengan kawan-kawan yang sedang melalui nasib yang sama. Kami ada pengalaman membantu mereka yang jatuh bangun semula tetapi lebih baik bersedia sebelum jatuh kerana kalau sudah kecundang sangat susah untuk bangun semula.
Bila sudah susah bukan nak mencari apa yang kita suka tetapi mencari apa yang boleh menyukakan hati menyelesaikan segala masalah kewangan. Yang pernah melalui kesusahan kewangan sahaja dapat merasai.
143 Comments
Memang zaman sekarang zaman yang sulit sekali untuk menyambung hidup ..untuk sekedar makan .. Tapi kita harus selalu bersyukur…
Curahan rasa Oyong Ilham @ ..Cara Mengkafani Jenazah Menurut Syariat Islam –
Betul tu Tuan DH. Nampak gaya kali ni ramai yang masuk ‘acara’ini lagi. Keadaan ekonomoi yang lemah membuatkan ramai yang kecundang.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Nuffnang Disember Tak Merajuk
Aku mangsa ekonomi meleset tahun 90 an, tak dapat fly sambung belajar di luar negara. Program dibatalkan dan diserapkan ke universiti tempatan.
Memang sedih, tapi namanya bukan rezeki.
Ada banyak hikmah disebaliknya.
Yang pentin gkita kena bijak merancang kewangan kita.
Curahan rasa AzlanRaof @ ..Jom Daftar Akaun Goggle Adsense dengan Blog – Bahagian 2
Betul tu. Kena rancang sebaiknya. Jika tak rancang, banyak yang akan gulung tikar lagi.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Nuffnang Disember Tak Merajuk
Tak sangka international-based company pun buat restructuring dan tempiasnya kena pada tenaga kerja tempatan. Apa-apa pun kena ada backup plan.
Curahan rasa Nurul Syuhaida @ ..Promosi Oktober 2015
Betul tu, dalam kehidupan sebaiknya sentiasa ada plan backup yang kita sediakan jika berlaku apa-apa yang tidak diduga.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Nuffnang Disember Tak Merajuk
ekonomi memang teruk sekarang especially bila kilang-kilang atau company besar juga terpaksa ditutup. Paling terkesan kilang JVC sbb kilang tu besar…sedih sgt bila tengok pekerjanya terpaksa diberhentikan.
Curahan rasa maria @ ..Rawatan Terbaik Untuk Penyakit Psoriasis, Sakit Kulit Yang Seakan Eczema.
Kasihan jika banyak terjadi macam ni, ramai yang akan hilang kerja dan terpaksa meneruskan kehidupan.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Nuffnang Disember Tak Merajuk
Ramai peniaga yang mengambil kesempatan dengan keadaan ekonomi yang tak berapa okeh la nih… kesian kepada pengguna…
Curahan rasa SuperNifz @ ..Jejom Kita BerBlog
Ini yang paling kasihan. Bila apa-apa kesan yang berlaku kepada ekonomi dah semasa. Pengguna yang jadi mangsa.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Nuffnang Disember Tak Merajuk
memang terasa keadaan sekarang, camne pun kene berusaha naik balik, ade famili kene bagi makan…
Curahan rasa huda @ ..Cara Beli Produk Shaklee Dengan Paypal, Kredit atau Debit Kad
Betul tu. Kena usaha untuk naik balik. Untuk kebaikan diri dan keluarga tersayang.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Nuffnang Disember Tak Merajuk
harga barang dan servis semakin mahal. kadang2 tak logik dengan apa yg kita bayar.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Semak Indeks Pencemaran Udara IPU Malaysia
Kalau mahal terlajak boleh buat report kepada pihak berwajib. Harap para penjual tidak nakkan harga barang sesuka hati mereka.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Nuffnang Disember Tak Merajuk
Comments are closed.