Assalamualaikum dan salam 1Dunia, 4/7/12 sepatutnya aku mengikut rombongan Kembara Media ke Kemboja untuk membuat liputan aktiviti eQurban dan Koperasi Muslim Kemboja. Niat terpaksa dibatalkan setelah mendapat berita keluarga dari Pekanbaru datang ziarah pada tarikh yang sama untuk berlibur di Kuala Lumpur. Rombongan kembara Media bersama Blogger Sweetkurma berlepas dari LCCT awal pagi 4/7/12.
1/7/12 aku pulang ke kampung di Segamat untuk ziarah emak dan abah. Mereka ikut kami balik ke Kuala Lumpur kerana ingin menziarahi besan yang dimasukan di Hospital Serdang. Biasalah bila dah berjumpa dengan emak dan abah berbagai kisah keluarga dibincangkan. Antara kisah paling sadis yang baru aku tahu seorang sepupu di Muar tidak pernah balik kampung menziarahi ibubapanya selama tiga tahun berturut-turut kerana terguris hati dengan kata-kata kasar bapanya. Memang ramai anak-anak yang merajuk dengan ibubapa sehingga sanggup tidak pulang ke kampung bertahun-tahun demi menegakkan keegoan yang entah kemana.
Pagi 4/7/12 sedang asyik aku menulis entri “Hyundai Pusat 3S Sutera Gemilang Auto“, memantau harga saham Felda dan menerima laporan pergerakkan Kembara Media Kemboja dari Pegawai Operasi eQurban tiba-tiba aku menerima whatsapp yang mengejutkan.
“Pak Cik Mis meninggal kemalangan”.
Terkejut sebab baru semalam dapat berita Pak Cik suami isteri tak terpilih untuk mengerjakan haji tahun 2012, pagi ini sudah tiada dijemput Allah SWT. Memang hebat perancangan Allah SWT kalau tidak kerana rombongan dari Pekanbaru yang akan sampai petang 4/7/12 pasti aku sedang berada di Kemboja dan tidak dapat menziarahi arwah Pak Cik yang memang rapat sangat dengan aku. Oleh kerana anak-anak sedang bersekolah dan tetamu Pekanbaru akan sampai maka aku dan isteri berbahagi tugas. Aku pergi sendiri menziarahi arwah Pak Cik.
Alhamdulillah walaupun hujan lebat sepanjang perjalanan sempat juga aku menatap wajah arwah untuk kali terakhir dan menyembahyangkan jenazah beliau. Dalam hati berkata sudah tiada apa yang lebih bermakna apabila sudah dikapan melainkan amalan, harta yang diinfaq dengan ikhlas, ilmu baik yang disampai-sampaikan dan anak yang soleh sebagai bekalan. Mata aku menjeling mencari-cari anak beliau yang sudah tiga tahun tidak pulang kerana merajuk dimarah arwah. Di celah ratusan keluarga yang datang tidak kelihatan tak kan lah merajuk separah ini sehingga ayah meninggal pun tidak pulang.
Selesai pengkebumian jenazah baru ternampak anak arwah Pak cik yang sudah tiga tahun tak kembali, berlumuran lumpur kerana mengali kubur dan menyelesaikan pengkebumian jenazah ayahnya. Marah ayah dan ibu setakat mana sehingga kita anak nak merajuk panjang. Bila jasah sudah tidak bernyawa apa lagi yang boleh kita banggakan dengan keegoaan selama bertahun-tahun. Kepada anak-anak di luar sana yang masih merajuk dengan ayah dan emak semuga kisah ini menjadi pengajaran sebelum terlambat. Ibubapa yang hidup adalah jambatan ke Syurga untuk anak jadi jangan sesekali anak membakar jabatan walau segarang mana ibubapa kerana yang rugi besar pastilah anak.
AL FATIHAH untuk Pak Cik Mis semuga Allah SWT tempatkan Pak Cik bersama mereka yang terpilih masuk ke Syurga.
Nota : Ringankan tangan klik button FB Share, G + n Retweet sekiranya entri ini memberi manafaat kepada yang lain.
213 Comments
Pengorbanan ibubapa terlalu besar ertinya,
Tidak dapat dibalas dengan apa-apa saja,
Walau mereka bukannya mahu dibalas jasa,
Tapi kita sebagai anak wajib mentaatinya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kenapa Persie Tinggalkan Arsenal
Kita harus menjaganya pula ketika mereka dah tua, jika dia sakit, cuba menjaganya dgn terbaik, segala keperluannya jgn terabai, walaupun sebanyak mana sekalipun kita membalas budinya namun belum cukup sempurna.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kenapa Persie Tinggalkan Arsenal
Kasih seorang ibu terlalu tinggi nilainya,
Sayang seorang bapa teramat mulianya,
Mengasihi dan menghargai kasih sayangnya,
Menyayangi dan menghormati keperitan hidup bersamanya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kenapa Persie Tinggalkan Arsenal
I – Ibu kaulah ratu hatiku.
B – Banyak pengorbananmu utk membelai dan menjagaku.
U – Upama lilin yang membakarmu utk menerangi hidupku.
B – Bapa kaulah si jantung hatiku yang mulia.
A – Ajaranmu mendidikku sepanjang masa.
P – Penat lelahmu memiliharaku amat bermakna.
A – Agama yang diajarnya terus subur di dalam dada.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kenapa Persie Tinggalkan Arsenal
Ibu…kaulah ratu hatiku sepanjang masa,
Ayah….kaulah jantungku setiap detik,
Pengorbananmu tidak dapat ku balas selamanya,
Kemulianmu sanggup menjaga dan mendidik.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kenapa Persie Tinggalkan Arsenal
Marah pada ibu patut dihindarkan,
Marah pada isteri harus disekatjan,
Marah pada ibubapa jangan diamalkan,
Marah pada keduanya membawa penderitaan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kenapa Persie Tinggalkan Arsenal
Jasamu tidak dapat dibalas,
Pengorbananmu tiada galang ganti,
Keperitan hidup membesar anak digalas,
Kesukaran melalui perjalan hidup dpt diatasi.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kenapa Persie Tinggalkan Arsenal
mak…ayah… saya rinduu family sya…dh banyak bulan saya x balik…
harap mak ayah x marah kat saya…maafkan saya mak n ayah…
Memang sedih kisah ni,sebagai anak janganlah kita ikut darah muda sebab marah ibu bapa tu tak sampai ke mana,marah-marah tu tanda mereka sayang
Curahan rasa Lawrence Vision @ ..Yoobaoo Power Bank Untuk Mengecas Smartphone Saat Tidak Terduga
sayangilah mereka selagi masih ada ksempatan…
Curahan rasa Nana @ ..Lima Korban Kancil – Lori Bertembung
tak kan terbalas jasa orang tua
Curahan rasa rullyherbal @ ..Obat Herbal Luka Caesar
Mak..aku rindu.
Hargai mereka selagi ada.
jadilah anak yang soleh yg berbakti kepd ORTU…setelah kita jd orang tua betapa susahnya mendidik anak ke jalan yg benar yg terpengaruh oleh lingkungan
Curahan rasa wulan @ ..Job Application Letter Sales Executive
Kadang2 kita tidak menghargai apa yang ada…
Bila dah jadi seorang ayah, baru aku tahu… Bertapa besar pengorbanan emak ayah aku…
Curahan rasa fazrol @ ..Aku taknak Batman sebab dah ada Spiderman!
Benar sekali hal tersebut sahabat
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Tentang Diare
Tatkala orang tua masih hidup terkadang kita seringkali membuat sakit hatinya
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Tentang Diare
Baik itu dilakukan secara sengaja atau pun tidak sengaja dan kita pun tidak menyadari akan kesalahan yang telah kita buat
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Tentang Diare
Akan tetapi bila kita telah kehilangan orang tua kita baru kita merasakannya
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Tentang Diare
Penyesalan yang tidak akan hilang sampai akhir
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Tentang Diare
Semoga kita semua dijauhkan dari hal tersebut selamanya
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Tentang Diare
bila mak dan abah dah tak ada, baru terasa langit tinggi ke rendah..baru terasa miskin nya kita didunia ini.. hilang satu kerbekatan dalam hidup
Bila kita tanam jenazah, kita akan lebih insaf dan akan terus berusaha mendekati allah, takut2 kita pula dipanggil oleh Allah Taala.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kenapa Persie Tinggalkan Arsenal
Comments are closed.