Mangsa Banjir bukan sekadar perlukan bantuan material

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, keadaan status banjir terkini di Malaysia memang menyentuh hati seluruh rakyat Malaysia sehingga berbondong-bondong pertolongan samada menjadi sukarelawan juga sumbangan harta benda serta wang ringgit mengalir tanpa henti. Masa inilah rakyat Malaysia mesti bersatu tanpa ada sempadan politik yang telah digaris selama ini. Cukup-cukuplah kalau kita suka menghentam di laman sosial kerana mungkin orang yang kita hentam itu lebih banyak jasanya daripada kita tanpa kita ketahui.

Terpanggil untuk berkongsi luahan rasa sahabat ku saudara Mu’adz Dzulkefly yang telah turun padang membantu mangsa banjir yang perlu diambil perhatian oleh Datuk Seri Najib Razak dan semua pemimpin politik Islam, NGO Islam, Ustaz, Ustazah dan individu Islam yang berkemampuan.

[box type=”shadow”]

Assalamualaikum

Seruan dakwah di lapangan. Bukan omong kosong atau jemari ucap simpati. Misi.kemanusiaan adalah misi menyeluruh.

MANGSA BANJIR (Kuantan, Kemaman, Johor) KOSONG TANPA INPUT SPIRITUAL.

Di sana memerlukan org yg boleh:

  1. Naik pentas, dan berceloteh santai.
  2. Menjadi pengkuliah yg boleh ingatkan ttg qada qadar dan ayat2 quran ttg musibah
  3. Jika yg brbakat walaupun sekadar bergendang. Palulah utk jadi tarikan anak2 yg mmg duduk saja main kejar2 dan ISI dengan cerita2 seerah para nabi yg org dewasa juga perlu.

KETAHUILAH Allah telah siapkan mad’u paling ramai dan serentak. makanan semua alhamdulillah diuruskan oleh urusetia..stok mknn juga nampak ok. Tapi makanan roh tak ada.langsung. mari cipta imam muda sendiri di klgn kita.mari cipta street busker sendiri. Rawat hati mangsa. Itu yg mrk tak ada. Solat jemaah tak ada.waktu solat hanya penuh dgn kami sukarelawan.

Pohon hubungi NGO yg pergi ke sana dan tawarkan prkhidmatan dakwah ini ATAU atas inisiatif sendiri..hubungi sms staff saya MUZ dibawah utk koordinasi.

banjir di kuantan perlukan sukarelawan

Kalian tau dewan skolah kan. Mmg dah siap pentas. Sound system ada utk announcement. Isilah tanpa tunggu ustaz lain yg datang krn tak ada ustaz yg disitu selalunya. Kita ustaz kerana kita ada didikan agama. Mohon difikirkan. Now its time to pickup the microphone and go. Jika anda mmg ahli misi tertentu juga..terus lakukan ini. Jgn fikir dua kali.

Boleh sms hubungi en Muz 0182810470 jika ada bakat tertentu utk rawat hati dan jiwa mangsa2 dgn gelak ketawa yg bermanfaat. Staff saya akan cuba hubungi NGO lain tawarkn prkhidmatan ini.

Ini adalah usaha peribadi di atas pengamatan hampir sehari suntuk di dewan SK Bunut Rendang..inderpura Kuantan 6-8hb Dec. Misi bawah Global Peace Mission Malaysia seramai 40 org. Bantuan separuh bus kami bawa dan agihkan alhmdlh di Sg Isap. Di kauntan tidak seteruk sebelum ini. Pls get updated msg bukan msg2 hari pertama (Kecauli impak gelombang kedua) . Kami juga sempat basuh and clear/buang perabut2 rosak. Hampir 90% barangan rumah kena buang. Hati mereka remuk. Selain makanan minuman dan tenaga. Jika.dapat dicetuskan spiritualiti. Ia amar bermakna..ujian yg Allah beri ini.

Mu’adz Dzulkefly

Penghibur, Penasyid

Dakwah ‘unconventional’

sumber: www.facebook.com/muadz.dzulkefly.page

Nota : Sudikan mengundi untuk Saudara Mu’adz Dzulkefly “Rindukan Cahaya” untuk carta lagu Ikimfm di SINI dan dapatkan CD terbaru di SINI.

[/box]

Biasa kita dengar sukarelawan profesional di luar negara yang membantu bila berlaku tragedi alam bukan sahaja datang membawa makanan, peralatan dan kewangan tetapi pasti ada pasukan khas untuk merawat jiwa mangsa yang terganggu. Tidak kurang juga biasa kita dengar ada yang membawa pendakwah-pendakwah untuk merawat roh mangsa tragedi yang sedang berduka.

Siapa yang tidak susah hati apabila rumah terendam air habis harta benda yang bukan mudah untuk diganti balik. Usaha dakwah mesti dijalankan di pusat banjir dengan menyediakan surau dan aktiviti dakwah seperti ceramah agama untuk mengisi kekosongan masa ketika mangsa menunggu banjir reda. Bagus juga kalau disetiap pusat banjir ada seorang ustaz dan ustazah yang bertugas untuk mendengar luahan perasaan setiap mangsa banjir. Memang betul banjir ini ujian dari Allah untuk meningkatkan iman hambanya tetapi kalau dibiar begitu pasti hanyut iman kepada mangsa yang tidak ada kekuatan diri.

Semuga Allah memberi kekuatan kepada semua mangsa banjir dan ini bukannya masa menunding jari siapa salah kerana Allah sedang melihat bagaimana hambanya menguruskan ujian yang diberi.

Gambar banjir terkini yang sedang melanda Malaysia

Gambar banjir yang sedang melanda Malaysia

Gambar banjir yang sedang melanda Malaysia

Berita banjir terkini di Malaysia dan Indonesia



Spread the love

67 Comments

  1. satu artikel yg menyentuh hati, saye teringat pada rakan saya yang mempunyai keluarga yang menghadapi bnjir ini. Ayah rakan saya ada masalah stroke.. ketika keadaan seperti ini dgn masalah yg dihadapi ia menjadi satu keperluan utk mengisi masa beliau dgn santapan rohani dan sokongan mental..

  2. sebagai mangsa banjir sejak kecil, tak pernah pula terfikir tentang pengisian ini. memang takde apa-apa yang menarik yang boleh dilakukan sementara tunggu banjir surut. duduk je melongo. Most of the time tidur je lah, penat mengemas barang. Sya rasa dulu Sya ada juga membaca. Ada laptop siap bawa laptop buat kerja. Kalau masa zaman budak2 dulu, tak ingat dah lah, apa yang sya buat kat dewan masa banjir.

    idea yang diberikan ini sangat bernas. Perlu dilaksanakan dengan segera di semua tempat pusat pemindahan banjir.
    Curahan rasa Sya Isya @ ..KOMISEN KE-6 & KE-7 JOB DI RUMAH | KERJA DARI RUMAH YANG BESTMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!