Malaysia Wedding Festival ke 11 kini di SACC

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia.

Malaysia Wedding Festival (MEFA) akan mengadakan Pameran Perkahwinan TERBESAR di Shah Alam Convention Centre (SACC) pada 1-3 Mei 2015 bermula 10pagi-10malam. Ini adalah pameran ke-11 MEFA dimana MEFA mengumpulkan lebih 60 vendor perkahwinan seluruh lembah klang yang lebih fokus kepada perkahwinan melayu.

Kesemua produk yang ada seperti katering, butik, andaman, makeup, kad kahwin, door gift, fotografi, videografi, wedding planner, dewan perkahwinan, wang dinar, gubahan hantaran, bunga telur dan banyak lagi. Yang penting setiap vendor yang mempromosikan produk di MEFA adalah yang dipercayai kerana pihak penganjur akan menapis terlebih dahulu senarai vendor yang ingin menyertai pameran kali ini. Pelbagai pakej perkahwinan ditawarkan dari pakej ekonomi sehingga eksklusif.

Mefa Banner

Bagi yang merancang ke MEFA nanti, anda boleh meletakkan kenderaan di Shah Alam Convention Centre (SACC) – RM5/MASUK atau di tempat bersebelahan iaitu Kompleks PKNS Shah Alam – RM2/MASUK dan SACC Mall – RM2.50/MASUK. Bagi yang ingin datang ke SACC, anda boleh menggunakan google map atau Waze dengan menaip sahaja ‘Shah Alam Convention Centre‘, Bangunan SACC adalah terletak di Seksyen 14 Shah Alam, Selangor.

Pengunjung tidak dikenakan apa-apa bayaran untuk masuk tetapi perlu daftar di info kaunter dan penganjur akan memberikan hadiah PERCUMA selepas mendaftar melalui LINK DAFTAR MEFA

Tempah Kad Kahwin Murah

Apa yang menariknya, pameran seperti ini memudahkan bakal-bakal pengantin dalam membuat persiapan kerana di MEFA, semuanya ada dari A-Z. Jadi, masa dan tenaga dapat dijimatkan daripada membuat survey di luar. Tambah pula, dengan setiap tempahan terkumpul RM500, penganjur menyediakan CABUTAN BERTUAH bagi memenangi hadiah utama iaitu iPhone 6 dan banyak lagi. Setiap tempahan yang menebus hadiah di Info Kaunter WAJIB dapat hadiah dari pihak penganjur.

Caranya hanya membuat tempahan minima terkumpul RM500, Tangkap gambar resit pembayaran dan upload di Instagram anda. TAPI, anda mesti TAG INSTAGRAM @MEFAPENGANTIN dan #MEFABOOKING, seterusnya menunjukkan bukti anda sudah upload di instagram anda kepada penganjur. Melalui cara tersebut, tunjukkan di depan kaunter anda perlu dapatkan 1 tiket cabutan untuk memenangi hadiah.

Hadiah Photographer
Hadiah Bulan Madu

Bagi penggemar fesyen busana perkahwinan, pertunjukan fesyen akan berlangsung pada 2 Mei (sabtu) dan 3 Mei (Ahad) seperti jadual yang diberikan. Pastinya anda tidak melepaskan peluang berada dipentas utama yang pastinya dihias indah oleh MEGA BRIDAL CREATION (wedding decorator Yana Samsudin). Selain itu, pada 2 Mei (Sabtu) itu juga terdapat pertandingan iaitu “Anugerah Andaman & Busana Pengantin” yang akan dianjurkan oleh Pesona Pengantin dan Yann Rifft. Pertandingan ini mencari bakat-bakat baru pereka fesyen, model dan makeup artis untuk diketengahkan.

Order Kad Kahwin Murah
Food Tasting Wedding

Aktiviti lain di pentas utama juga akan diserikan oleh penyanyi yang baru meningkat naik iaitu Karl Azhar yang akan membuat persembahan pada 2 Mei (Sabtu) pukul 5.15ptg.

Hadiah Percuma Lain juga di Sediakan bersama oleh Nurul Izzah Catering melalui Lori Makanan diberi Percuma di Pintu Masuk SACC, Coklat daripada Kaygifts dan YMY Chocolicious & Crafts, Hadiah lain-lain daripada Segi Seri Group dan banyak lagi.

Dewan Eksklusif Perkahwinan

MEFA kali ini bekerjasama dengan portal perkahwinan terbesar iaitu www.wedding.com.my di mana segala info pameran, vendor perkahwinan boleh didapati di website tersebut dan juga majalah rasmi iaitu Majalah Inspirasi Perkahwinan.

Rata-rata vendor yang menyertai pameran MEFA ini sangat berpuas hati kerana mencapai sasaran jualan kerana pengunjung yang datang adalah dikalangan yang bakal melangsungkan perkahwinan. Jadi, bagi vendor-vendor yang belum merasai suasana di MEFA, boleh hubungi penganjur 012-3871775 (Azahari) untuk menyertai.

Info mengenai Malaysia Wedding Festival (MEFA) boleh juga di dapati melalui semua ruang iaitu:

Facebook: Malaysia Wedding Festival (MEFA)

Instagram: @MEFAPENGANTIN
Twitter: @MEFAEVENT
Website: www.mefa.my
Blog: malaysiaweddingfestival.blogspot.com
Email: mefaevent@gmail.com
Contact: 012-3871775 @ 013-9990277


Spread the love

43 Comments

  1. Sekarang ni dah tak payah pening-pening nak fikirkan persiapan untuk perkahwinan. Petik jari, sediakan money. Tapi biarlah berkadar dengan kemampuan. Sederhana tetap meriah. mewah menjamu tamu tanpa perbezaan pangkat dan darjat jika mampu, apa salahnya.
    Curahan rasa myliferia @ ..Panduan Menimbang Berat Badan TerbaikMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!