Malaysia vs Indonesia Final Sea Games 2011

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, perlawanan yang dinanti oleh peminat bola sepak Malaysia dan Indonesia final bola sepak Sea Games 2011 Harimau Muda vs Garuda Muda. Pertembongan kedua Malaysia vs Indonesia akan berlansung di Stadium Gelora Bong Karno tepat pada jam 8.00pm, 21/11/2011. Team Garuda Muda pasti akan membalas dendam setelah tewas 0 – 1 dipusingan kumpulan. Tugas team Malaysia untuk mempertahankan pingat emas bukanlah mudah kerana Harimau Muda bukan sahaja menentang 11 permain Indonesia tetapi juga akan bertarung dengan puluhan ribu penyokong Merah Putih.

Perlawanan live Indonesia vs Malaysia boleh disaksikan di Astro Arena 801 dan RTM TV1 atau boleh juga live streaming Indonesia vs Malaysia melalui twitter dengan hashtag #Malaysia atau #Indonesia atau online live streaming @ RTM live.

Rekod 2 pertemuan terakhir bola sepak Sea Games berpihak kepada Malaysia tetapi rekod tidak menjamin kecemerlangan sesebuah pasukan.

SEA Games 1991: Indonesia 2-0 Malaysia
SEA Games 1995: Indonesia 3-0 Malaysia
SEA Games 1997: Indonesia 4-0 Malaysia
SEA Games 1999: Malaysia 0-6 Indonesia
SEA Games 2001: Malaysia 2-1 Indonesia
SEA Games 2005: Indonesia 0-1 Malaysia

Barisan pemain Malaysia yang jangkakan akan beraksi pada final Sea Games 2011 : Che Mat Khairul Fahmi; Jasuli Mahali, Omar Mohd Asrarauddin, Fazail Mohd Irfan, Mohd Shas Mohamad Fadhli, Ahmad Mohomad Muslim, Othman Mohamd Fandi, Bakhtiar Baddrol, Mansor Muhd Nazmi Faiz, Wan Zakaria Wan Zaharul, Ramlan Izzaq Faris.

Seluruh rakyat Malaysia dari Perlis hingga ke Sabah mengharapkan team Malaysia dapat mempertahankan pingat emas yang dimenangi di Laos. Tak apalah kalau Malaysia tidak menjadi juara keseluruhan Sea Games 2011 janji Malaysia juara bola sepak. Kejuaraan team bola sepak Malaysia ibarat Malaysia sudah menang keseluruhan Sea Games 2011.

Keputusan Final Malaysia vs Indonesia : 1 – 1

Tahniah Harimau Muda menang 4 – 3 penalti setelah tamat masa tambahan. Tahniah juga kepada team Garuda Muda masa depan yang cerah utk team senior kedua negara.

Perlawanan penentuan pingat gangsa Myanmar vs Vietnam : 4 – 1

Terkini : Penyokong Indonesia merusuh tak dapat beli tiket.
Sumber gambar rusuhan bola di Stadium Bong Karno Indonesia : Thestar.com.my

Video Final Malaysia vs Indonesia Sea Games 2011 :

Berita terkini kontijen Sea Games 2011 Malaysia dan jumlah kutipan pingat Malaysia Sea Games 2011 @ Sea Games Ke 26 Indonesia.

MALAYSIA BOLEH!


Spread the love

163 Comments

  1. salam 1dunia, moga aman2 saja, tahniah harimau malaya…berkat kesabaran dan doa rakyat malaysia akhir nya EMAS milik kita, syukur ke hadrat ilahi kerana mendengar doa hamba nya yg d hina, buat team INDONESIA tahniah juga tulus dri hati ku setulus hati TITUS BONAI yg bermain profesional.

  2. Hi Malaysian ….Selamat aku ucapkan untuk pasukan Harimau Malaya karena sudah mendapatkan medali emas, perjuangan ke dua team sangat – sangat memukau, tapi saya salut dengan mental Harimau Malaya…sekali lagi Selamat atas kemenangannya, dan siap- siap 2 tahun lagi Garuda Muda akan berusaha merebut gelay juara dari kaliani heheh…tetap junjung fairplay dan moga – moga persahabatan kedua negara kita bertambah kuat….Damai itu indah kawan…

  3. syabas malaysia menang juga..punyala teruk mangkok2 ayun kat sana perangai mcm beruk makyeh x hormat lagu negara malaysia..kat luar stadium lg teruk..cuba belajaq hormat pdanegara org ngok mat hussin koko ot buduh2..

  4. Congratulation. Selamat.
    Jaya sepakbola Indonesia dan Malaysia.
    Smg menang lawan Bahrain. Malaysia harapan Asia Tenggara

  5. Semalam selepas balik dari surau, alhikmah duduk lihat game tu, tak sangka makan kuaci bunga matahari habis sepeket besar…..apa pun Syabas kepada Young Tigers!
    Curahan rasa alhikmah @ ..Kura-kuraMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!