Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, setelah mengembara ceruk rantau merata dunia antaranya kembara Eropah, kembara New Zealand, kembara Palestin dan kembara Turki aku sangat bersyukur dipilih oleh ALLAH untuk dilahirkan di Tanah Tumpah Darahku, MALAYSIA yang terlalu banyak tempat menarik.
Di tanah bertuah inilah aku dilahirkan di sebuah rumah usang di dalam kebun getah di kampung yang jauh pendalaman tanpa kemudahan asas, mandi air perigi, berlampukan pelita minyak tanah dan masak dapur kayu api. Hari ini segalanya sudah berubah kampung tersebut dilengkapi dengan berbagai kemudahan asas cuma semakin sepi kerana anak-anak kampung ramai yang berhijrah ke bandar mengejar rezeki.
Di tanah tercinta inilah aku menuntut ilmu berjalan kaki di jalan tanah merah berdebu menuju ke sekolah rendah yang jaraknya empat batu dari rumah. Alhamdulillah dengan kuota anak kampung pendalaman aku berjaya melanjutkan pelajaran sekolah menengah di sebuah sekolah berasrama penuh meninggalkan keluarga buat pertama kali. Menjadi seorang murid yang sederhana pandai aku terpilih untuk melanjutkan pelajaran keluar negara tetapi memilih untuk belajar di universiti tempatan. Menjadi kumpulan pelajar pertama yang tidak mendapat biasiswa yang ditukar kepada pinjaman tetapi alhamdulillah berkat usaha dapat juga diskaun bayaran balik pinjaman sebanyak 75%.
Di tanah penuh berkat inilah aku mencari rezeki setelah tamat pengajian dengan memulakan pekerjaan sebagai pembantu penyelidik di universiti tempat aku belajar. Mungkin bukan rezeki aku disitu akhirnya aku terpaksa berhijrah penjadi eksekutif pemasaran di sebuah syarikat Ali Baba. Walaupun hanya setahun bekerja tetapi di syarikat ini aku diberi peluang untuk keluar negara buat kali pertama iaitu bercuti di Pulau Phuket. Demi untuk berbakti kepada masyarakat aku berhijrah bekerja ke Jabatan Kerajaan selama enam tahun sebelum berhijrah ke Badan Berkanun selama tiga tahun. Dunia pekerjaan terakhir aku adalah bekerja dengan syarikat konglomerat yang terkenal merata dunia selama lebih kurang tiga tahun. Segala ilmu dan pengalaman gerih perih selama aku berkerja lebih 14 tahun aku gunakan untuk berniaga sendiri. Rupanya berniaga sendiri indah khabar dari rupa, lebih teruk dari aku sangkakan terpaksa kerja siang malam untuk mencari sesuap nasi untuk keluarga. Dulu semasa bekerja paling malas bekerja cukup bulan pasti anda gaji yang masuk ke dalam akaun.
Di sinilah lahirnya sebuah cinta apabila aku berkahwin dengan isteri pada usia 25 tahun setelah gagal dengan beberapa cinta monyet. Kami melalui berbagai pengalaman susah susah susah senang hidup bersuami isteri sehingga lahir enam orang cahaya mata dengan seorang telah dijemput ALLAH lebih awal. Bertahun-tahun isteri dan anak ditinggalkan di rumah kekadang berjumpa beberapa jam sahaja sehari itupun di kala malam waktu tidur, tanpa ada hari minggu seperti keluarga yang lain demi mencari kesenangan. Pernah juga akau merantau di negara orang meninggalkan keluarga bertahun-tahun demi mengejar cita-cita untuk menjadi insan berjaya. Tetapi itu semua sudah menjadi sebuah kenangan dan pengalaman yang terlalu mahal nialinya.
Tiada apa yang nak aku banggakan dengan prestasi kehidupan setakat ini selagi belum dapat membalas jasa kepada Tanah Tumpah Darahku yang telah banyak berjasa memberi berbagai peluang kehidupan kerana semua itu belum pasti ada di negara-negara yang lain. Semuga aku, keluarga, anak, cucu, cicit dan keturunan aku sehingga hari kiamat bakal menjadi manusia yang sentiasa berbakti bukan sahaja kepada Tanah Tumpah Darah kami, Malaysia malahan memberi manafaat kepada seluruh alam.
Pernah dulu ku fikirkan, Tanpa Malaysia tak mengapa, Bila aku pergi jauh baru ku rasakan, Sunyinya di hati, Baru kini ku tahu, Nilai cintamu … Malaysia.
Luahkan perasaan anda untuk bumi bertuah … Malaysia Tanah Tumpah Darah Kita …. wangian yang hilang di Timur jauh.
620 Comments
Semoga sikap patriotik dalam kalangan masyarakat terus kekal dan tidak luntur supaya kemerdekaan negara dapat dikekalkan tanpa sebarang pencemaran
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta
Saya lahir di malaysia. Anak malaysia. Dan saya bangga untuk terus tinggal di Malaysia dan berjuang untuk mengharumkan namanya
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta
Saya bersyukur sekali kerana dilahirkan di Malaysia, di tanah air ini.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya berusaha untuk mempertahankan kedaulatan negara.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Jangan terlalu leka sehingga orang luar serang negara kita pun tak perasan.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Especially kepada generasi muda yang bakal menerajui barisan kepimpinan negara.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Pada masa muda inilah seharunya diperbanyak usaha untuk memakmurkan negara kita yang tercinta.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Aktifkan diri dalam sebarang kegiatan yang menyumbang kepada kemakmuran negara kita.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
memang tugas setiap rakyat malaysia utk mempertahankan kedaulatan negara tercinta ini
Curahan rasa nikkhazami @ ..Senarai Pemenang Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2014
ebagai rakyat malaysia, kita semua patut menjaga keamanan negara. kisah bom di bukit bintang memberi tanda bahawa ganster sudah semakin berani
Curahan rasa sohoque @ ..Cara Elakkan Rakan Anda Meluat Dengan Status Media Sosial Anda!
Benar. Jangan tidur lagi wahai anak muda. Bangkitlah dari tidurmu yang lena!
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Ayuh kita sama-sama berganding bahu berjuang untuk mempertahankan kedaulatan negara kita.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Tingkatkan nilai patriotisme dalam diri agar mekar cinta kita kepada Malaysia.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Ayuh tanamkan sifat sayangkan negara sendiri dan usahakan implementasi itu.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Jangan hangat-hangat tahi ayam sahaja, kena konsisten dalam memartabatkan kedaulatan negara.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Walaupun negara kita sekarang ini stabil dari segi ekonomi, tetapi rakyat kita perlu tingkatkan produtiviti agar dapat bersaing dengan negara luar.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
memang patut pun..kita kena mencari alternatif sendiri dalam menghadapi keadaan semasa yang semakin mencabar
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Full Specs of ZTE Grand Xmax
Benar, jangan terlalu leka dalam kelalaian dunia wahai anak mua pewaris kepimpinan negara.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Mari kita sama-sama menggembleng tenaga dan jiwa raga berusaha memartabatkan keharmonian Malaysia. 😉
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Tunjukkan rasa cinta kita kepada Malaysia dengan melakukan kegiatan menyokong usaha pembangunan Malaysia.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Belilah produk buatan Malaysia untuk tunjukkan tanda cinta kita kepada Malaysia.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Luangkan juga masa untuk hadir dalam aktiviti kemasyarakatan yang memberi seribu satu manfaat.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Selain dapat merapatkan ukhuwah sesama kita, juga dapat menanam sifat rasa bersyukur.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Bersyukur kerana dilahirkan di Malaysia, juga bersyukur kepada Allah yang mengurniakan kesihatan kepada kita.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Kalau kita tak sihat, bagaimana mungkin kita dapat menceburkan diri dalam aktiviti gotong-royong, bukan?
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
banyak cara utk tunjukkan yang kita cintakan negara. tidak menimbulkan kekecohan salah satu darinya
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
kita perlu pertahankan tanahair kita daripada anasir luar yang mahu menggugat keharmonian antara kaum di negara kita.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Tepat sekali Tuan. Kita perlu berganding bahu mengukuhkan keharmonian dan kesejahteraan Malaysia.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Kerana sejak akhir-akhir ini, terlalu banyak berlaku peristiwa yang kurang baik kepada negara.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Selain kehilangan MH370 dan tragedi MH17, terkini, pengeboman di Bukit Bintang pula menjadi isu sensasi.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Kerana rapuhnya nilai yang baik, gengsterisme semakin berleluasa tanpa henti.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Di manakah terletaknya nilai etika dan akhlak yang baik? Siapa yang harus bertanggungjawab dalam soal ini?
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Bahkan mungkin faktor luar seperti budaya kuning juga boleh menjadi faktor kepada kegiatan yang tak bagus ini.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Filem bergenre gengsterime yang semakin mendapat tempat pula, apa cerita?
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Maka, tepuk dada, tanyalah selera. Jangan terlalu leka dengan hedonisme yang tiada manfaatnya.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Orang kata hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri. Walau mewah sekali pun namun tetap ingat negeri sendiri.
Benar Tuan. Namun kita juga digalakkan untuk merantau dan melihat keindahan alam di luar sana.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Menjadi seorang pengembara dan perantau sekaligus akan meningkatkan lagi rasa cinta kita kepada negara.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Merantaulah ke merata tempat dan lihatkan ciptaan Allah yang indah dan sejuk mata memandang.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
negara kita sekarang sudah semakin maju, hidup dalam aman dan damai, cuma nak hidup ini kena banyak buat kerja kerana semuanya kena duit. Nak ke tandasbpun kena bayar.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Yang itu memang tak dapat dinafikan, sebab itu kita kena jimat untuk simpan duit.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Jangan terlalu menggunakan duit sehingga sampai ke tahap memboros. Itu tak bagus.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Namun, jangan juga terlalu kedekut sehingga nak bayar zakat pun tak mahu.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Kena seimbangkan antara terlalu kedekut dan terlalu boros. Jadilah manusia yang bijak mengurus wang. 😉
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Kehidupan di kota raya besar kosnya. Kalau tidak mencari rezeki di sini, kita tidak akan boleh hidup dengan hanya menjadi peminta sedekah.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Untuk mencari rezeki, terdapat pelbagai cara yang boleh kita lakukan untuk menjana kewangan.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Salah satu caranya adalah melalui kaedah yang senang dibuat, iaitu berniaga.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Kerana kebanyakan sumber utama ekonomi adalah melalui aktiviti bisnes dan perniagaan.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Berniagalah apa-apa, jual nasi lemak atau buat tempahan cupcakes, pasti semuanya mampu menjana duit.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Cuma ia bergantung kepada usaha dan kerajinan diri sendiri, kerana orang berniaga tak boleh malas-malas.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Kena bersikap inovatif dan sentiasa bijak untuk mengambil peluang yang tersedia.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Buat apa bangunan yang tinggi-tinggi tetapi rakyat hidup menderita, nak makan pun sussah?
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Nampaknya keseimbangan status sosial masih tidak mencapai pada tahap yang diinginkan.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Namun, ada banyak faktor yang menyebabkan kepada masih ada golongan yang fakir miskin.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Saya pernah mengikuti kuliah agama dari seorang tokoh ulama dari Madinah yang fasih berbahasa nusantara di Masjid UKM September lalu.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Beliau mengatakan bahawa sekiranya semua orang membayar zakat, orang miskin pasti tiada.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Nampaknya, implementasi sistem ekonomi Islam perlu diperluas dan diperkenal kepada semua rakyat.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Sudah tiba masanya negara kita menggunakan sistem ekonomi Islam sepenuhnya.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Nampaknya sistem ekonomi konvensional sudah tidak relevan lagi pada masa kini.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Bagaimana rakyat mahu hidup jika setiap hari dibelenggui oleh hutang yang tidak habis-habis?
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Tatkala rakyat ditindas dengan riba yang sememangnya haram, ke manakah letaknya nilai kesaksamaan sosial?
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Bangunan dah pencakar langit tetapi bagaimana penghuni yang tinggal di bawahnya?
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Benar Tuan. Sudah tiba masanya kerajaan memberi fokus kepada mereka yang kurang bernasib baik.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Tingkatkan produktiviti rakyat marhaen dengan memberikan insentif yang memberi semangat.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Bakat terpendam pasti dapat dicungkil sekiranya kerajaan memberi peluang kepada mereka. 😉
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Mesti mereka mempunyai kreativiti dan idea inovatif yang mampu memberi sumbangan kepada pembangunan negara.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Sudah pasti juga idea mereka ini mampu meningkatkan lagi produktiviti negara Malaysia. 😉
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Terbina nya menara petronas dan Kuala Lumpur City Centre menjadi mercu jaya negara kita.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Nagara Malaysia sudah menjadi negara yang pesat membangun. Banyak bangunan pencakar langit tersergan indah di puncak awan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Seharusnya kerajaan mengehadkan pembinaan bangunan pencakar langit dan mewah mencecah langit.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Kena fikirkan sekali kesan jangka masa terhadap alam sekitar kita.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Jangan sampai alam sekitar turut tercemar, jangan sampai landskap pemandangan, berubah.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Malaysia tanahairku, tanah tumpah nan darah ku. Tempat ku dibesarkan. Mana mungkin tidak mencintainya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
macam mana mungkin nak buang Malaysia dari jiwa, hati dan sanubari. dah dilahirkan di sini. tidak harus tidak kena terima setiap ketetapan Allah SWT pada diri kita sendiri 🙂
Curahan rasa nazra @ ..Bahaya ESP soya bila LELAKI ketagih mengambilnya!
Comments are closed.