Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, mungkin ramai blogger tidak pernah rasa bahawa Malaysia Social Media Week adalah acara sangat besar untuk blogger dan aktivis sosial media Malaysia. Kenapa aku kata begitu kerana setiap tahun tidak ramai blogger yang datang memenuhi dewan seminar dengan berbagai alasan yang tiada manafaat untuk diri sendiri. Sedangan beratus kalau bukan beribu wakil dari berbagai NGO, Syarikat dan aktivis sosial media buka sahaja dari Malaysia malah dari berbagai negara memenuhi dewan MSMW setiap tahun. Semuga untuk Malaysia Social Media Week 2015 lebih ramai blogger Malaysia terutama blogger Melayu ikut serta bukan sahaja untuk belajar ilmu baru tetapi lebih penting membina network keseluruh dunia.
Jom kita lapangkan masa join “World blogger and social media summit” pada 22 – 23/4/2015 dan “MSMW 2015 Workshop” pada 24/4/2015 di Hotel Berjaya Square, Kuala Lumpur. Memang best sebab ramai speaker berbagai latar belakang dari berbagai negara berkongsi ilmu dan pengalaman yang blogger boleh jadikan panduan untuk go next level. Memang tak rugi kepada blogger yang bekerja untuk ambil cuti untuk belajar menjadi blogger profesional tak kiralah samada separuh masa atau sepenuh masa.
MSMW memang terlalu banyak jasa untuk blog Denaihati bukan hanya anugerah-anugerah yang telah diterima tetapi lebih penting menaikkan jenama Denaihati kesuatu peringkat yang tidak pernah terbayang. Menang dan kalah bukan persoalannya contohnya beberapa kali blog Amanz.my tewas dalam katogeri teknologi sehingga ada yang boikot MSMW tetapi tanpa disedari kekalahan tersebut menjadikan blog Amanz lebih terkenal dan sekarang terlalu jauh meninggalkan blog kita semua. Berapa banyak pulak blog yang menang anugerah MSMW tetapi sekarang entah dimana.
MSMW 2015 untuk blog Denaihati seperti juga MSMW 2014 tidak menyertai apa-apa katogeri. Kali ini kami calonkan blog travel Denai.my untuk katogeri MSMW Best Travel Blog 2015. Bukan mudah kerana sekarang sudah terlalu ramai travel blogger yang sangat aktif. Menang kalah bukan keutamaan tetapi yang lebih penting memperkenalkan blog Denai.my untuk projek-projek akan datang. Kepada rakan-rakan yang sudi nak mengundi sila undi blog Denai.my di UNDIAN MSMW 2015 yang dibuka pada 23/3 – 5/4/2015. Majlis penyampaian anugerah blogger dan sosial media 2015 akan diadakan pada 22/4/2015 di Hotel Bejaya Square, Kuala Lumpur.
Jangan lupa juga beri sokongan kepada rakan-rakan blogger yang sudah mencalonkan diri untuk anugerah mengikut 10 katogeri yang ditetapkan. Berikut antara rakan blogger yang join Anugerah MSMW 2015.
Senarai Blog untuk Anugerah MSMW 2015
- Best News Blog : Penmerah.com
- Best Foodie Blog : Hazmanfadzil.com dan Mahamahu.com
- Best Gadget & Technology Blog :
- Best Gossip & Entertainment Blog :
- Best Lifestyle Blog : Mohdzarin.com, Akupenghibur.com, Namiacinta.com, Hafizrahim.com, Yanayassin.com, Kongsibersamanora.blogspot.com, Eveeus.com, Nizamijam.com, Mialiana.com, Dayangdeno.com, Faizalpj.com, Ahmadfaizal.com, Akujejaricomel.blogspot.com, Kupukupukecik.blogspot.com, Fadzirazak.blogspot.com, Ruby.my.
- Best Comics Blog :
- Best Photography Blog : Tarmizishukri.com
- Best Shopping Blog :
- Best Sports Blog : Motorsportroom.my, Guliroket.com, Boladaily.com dan Wangerrard.com.
- Best Travel Blog : Faizalfredley.com, Denai.my, MrJocko.com danTravelog.my
Ramai betul yang join jadi kalau ada yg tertinggal beritahu ya. Alhamdulillah ada juga alumnai Akademi Denaihati yang mencalonkan blog untuk beberapa katogeri. Aku sudah mengundi bagaimana pulak anda?
91 Comments
tak sabar nak vote untuk calon calon tahun depan pulak. tahniah semua
Curahan rasa nikkhazami @ ..Telekung Reehans Pilihan Muslimah
social media saat ini memang sangat berperan dalam kehidupan sehari-hari karena begitu banyaknya pengguna
Assalamualaikum ..blog bro saya sudah ikuti since 2010.dan mnjadi inspirasi saya dlm penulisan blog saya.sebagai seorang oku waktu itu.bgaimanapun peristiwa kehilangan data blog wordpress self hosting saya pada 2011 mmbuatkn saya agk perlahan meninggalkn jejak…dan update blog .saya kini hanya mggunakan tapak blogspot .saya mengikuti msmw melalui blog tuan sjak 2012…semoga berjaya
alhamdulilah,blogger semakin di iktiraf, bagus event seperti ini dapat ilmu dan ada rezeki boleh menang lagi ..inshaAllah
Tak berpeluang saya nak hadir, tapi ada wakil saya ke sana nanti.
semuanya hebat-hebat! blogger semakin diiktiraf nampaknya..dan juga ramai juga yang meraih pendapatan lumayan dari blog..satu kerjaya baru.
Curahan rasa Mak Jemah Jual Vitamin @ ..8 Langkah Mengurangkan Bengkak Susu
cepat sekali tutup tarikh untuk mengundi , kapan ya pengumuman pemenangnya
Curahan rasa islam di dadaku @ ..35 Hal yang anda bisa lakukan untuk menjaga Cinta Istri Anda
memang pengundian seperti ini ada masanya mesti awas jangan sampai tarikh dah tutup
Curahan rasa Web Guru @ ..TOP SEO TIPS TO RANK HIGHER IN SEARCH ENGINES
Tahniah yang telah berjaya. Maaf terlepas tarikh mengundi. Maaf juga tidak dapat hadir kerana hari bekerja. Nak cuti susah… Ayah mertua pula masih di dalam hospital. Moga denaihati dan team sukses selalu ^__^
Curahan rasa ieta mat sad @ ..RESEPI KIMA DAGING SEMPOI
good luck untuk semua peserta. tak sabar hendak tahu pemenang untuk tahun ini pula.
Curahan rasa fyna @ ..Segmen Bloglist Mei-Jun 2015 by CN
agaknya siapa menang tahun ni. blogger yang pernah menang sebelum ni atau muka baru?
Curahan rasa nikkhazami @ ..Satu Juta Gelas McDonalds Frozen Fanta Percuma
Gudluck kawan-kawan. Jangan lupa mengundi ye… Setengah kategori tu agak ramai… semakin banyak persaingan.
Curahan rasa Azlan Saleh @ ..Asus Zenfone 2 Dengan 4 GB RAM Kini Di Malaysia
Comments are closed.