Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, 16/9/13 genaplah ulangtahun penubuhan Malaysia ke 50 setelah merdeka selama 56 tahun. Aku suka duduk dengan mereka yang sezaman dengan zaman perjuangan kemerdekaan yang tinggal beberapa orang sahaja antaranya abah dan bapak mertua. Mendengar kisah susah payah mereka di zaman Penjajah, zaman Jepun dan zaman Bintang Tiga sangat menginsafkan aku kerana dengan mengorbanan merekalah kita menikmati kemerdekaan. Mereka sangat menghargai erti sebuah kemerdekaan dan keamanan yg dinikmati setelah merasai kepahitan dijajah dan disiksa oleh penjajah.
Sekarang kita hidup mewah dengan subsidi, kita hidup aman damai sehingga boleh berdemo, kita hidup bebas sehingga boleh berpecah belah kerana perbezaan pendapat dan kita hidup selesa sehingga tak boleh kalau tidak ditolong oleh kerajaan. Kekadang kita terlupa semua ini atas pergorbanan perjuangan wira-wira negara.
Cuba tanya diri kita apakah sumbangan kita pada Malaysia yang telah memberi berbagai subsidi kepada kita?? Lihat para sahabat berjuang harta benda, tenaga dan nyawa untuk agama dan negara bukankan itu pertunjuk bahawa kita juga mesti bertindak yang sama … keamanan, kedamaian, kekayaan tidak akan kekal abadi tanpa perjuangan …..
Jangan kita rasa selesa kerana perjuangan kita tidak akan pernah selesai … di saat kita merasa selesa di ketika itulah bermulanya keruntuhan sebuah kemerdekaan …
Jangan kita sibuk bertanya apa sumbangan orang lain kepada Agama dan Negara tetapi tanyalah apa sumbangan kita walaupun sekecil apa …
Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah
tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan
Bukan kecil langkah wira bangsa
para pejuang kemerdekaan
bagi menegakkan kemuliaan
dan darjat bangsa
selangkah beerti mara
mengharung sejuta dugaan
Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita
Tugas kita bukan kecil
kerana mengisi kemrdekaan
rupanya lebih sukar dari bermandi
keringat dan darah menuntutnya
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan,
mengangguk dan membenarkan,
kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya,
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri
Bukan kecil tugas kita
meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
kerana rupanya selain memerdekakan,
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara
Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
bukankah sejak zaman berzaman
mereka menjadi pelaut, pengembara
malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,
menjadi pedagang dan peniaga
Selain menjadi ulama dan
ilmuan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau yang tidak mengenal
erti takut dan kematian?
Di manakah silapnya hingga bangsaku
berasa begitu kecil dan rendah diri?
Apakah angkara penjajah?
Lalu bangsaku mulai
melupakan kegemilangan silam
dan sejarah gemilang membina empayar
Tugas kita belum selesai rupanya
bagi memartabat dan
memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
kerana masa depan belum tentu
menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa
Perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda
bangsanya yang berjaya
– Tun Dr. Mahathir Mohamad (Malam Puisi Utusan, 4 Mei 1996)
33 Comments
negara ini emang belom merdeka , masih banyak rakyat kecil yang menderita sedangkan mereka enak bersenang-senang dengan hasil duit rakyat nya.
Curahan rasa Resep Masakan Indonesia @ ..Orek Tempe
peringatan kemerdekaan hanya simbolis aja, kenyataannya kita belum merdeka,,lanjutkan perjuanganmu
Curahan rasa cara diet aman @ ..Tips Mengobati Diabetes
Perjuangan akan terus berlanjut agar kelak anak cucu bisa hidup sejahtera dan makmur…
Semoga Malaysia makin jaya
Curahan rasa Rina @ ..How To Redirect Visitors By Country IP Address To Specific URL
mengangkat martabat bangsa dab agama merupakan cabaran terbesar umat masa kini …
Curahan rasa Bro Yusri @ ..UMNO terbuka bekerjasama dengan Pas – TPM
Bagi kawe Tok Det la spesis terakhir pemimpin yg ada perjuangan. Harap2 kawe silap lah…
Curahan rasa Ismail N @ ..What The Heck?
memang seronok dengar cerita orang dulu-dulu berkenaan negara kita nih…
Curahan rasa papa mifz @ ..Menangi Ray Ban Aviator Solid Gold bernilai RM14,000.00…!!!
bagi saya kesusahan adalah guru yang terbaik dalam mendidik jati diri dan perjuangan
Curahan rasa faizal @ ..Punca Kes Polis Tembak Isteri, Bapa Mertua Dan Bunuh Diri
bandingan zaman anak-anak sekarang dengan zaman kita kecil-kecil dahulu berbeza sekali. kita menempuh kehidupan dalam kesusahan. sebaliknya anak-anak sekarang hidup dalam kesenangan.
Curahan rasa faizal @ ..Punca Kes Polis Tembak Isteri, Bapa Mertua Dan Bunuh Diri
agaknya sudah menjadi lumrah..kita akan hargai kesenangan bila kita rasa kesusahan sebagaimana kita hargai kesihatan bila kita ditimpa kesakitan
Curahan rasa cikgu naman @ ..Destinasi honeymoon impian di Bali
oleh sebab kita tidak merasai betapa gentirnya hidup dijajah maka kita jarang untuk menghargainya..
Curahan rasa kakiblog @ ..Kaji Selidik Tentang Backlink Melalui Blogwalking
Perjuangan ku belum selesai…..pelapis generasi hadapan.
Curahan rasa adikensem @ ..Bengkel Content Marketing Mastery
saya setuju perjuangan kita untuk merdekakan fikiran belum lagi selesai sepenuhnya..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Sambutan Jubli Emas Sarawak Merdeka Dalam Malaysia 2013
yup perjuangan masih belum lagi selesai, beliau hanya memulakan perjuangan kitalah bakal meneruskan sehingga berjaya 🙂
Curahan rasa Khairul Zamri @ ..Menang Kontes Apa Kata Blogger Tentang Trafik Blog
Semoga kita semua tidak lagi terleka kerana perjuangan masih belum selesai
Curahan rasa wazy @ ..Blogging is a Team Sport
Perjuangan ttp perlu diteruskan
Perjuangan lama kita ambil jd tauladan dan sempadan
Genggam erat-erat jadikan pedoman
Moga Malaysia terus makmur aman
Curahan rasa hafizmd @ ..Tahniah Harimau Muda A! Juara Pestabola Merdeka
Comments are closed.