Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, 16/9/13 genaplah ulangtahun penubuhan Malaysia ke 50 setelah merdeka selama 56 tahun. Aku suka duduk dengan mereka yang sezaman dengan zaman perjuangan kemerdekaan yang tinggal beberapa orang sahaja antaranya abah dan bapak mertua. Mendengar kisah susah payah mereka di zaman Penjajah, zaman Jepun dan zaman Bintang Tiga sangat menginsafkan aku kerana dengan mengorbanan merekalah kita menikmati kemerdekaan. Mereka sangat menghargai erti sebuah kemerdekaan dan keamanan yg dinikmati setelah merasai kepahitan dijajah dan disiksa oleh penjajah.
Sekarang kita hidup mewah dengan subsidi, kita hidup aman damai sehingga boleh berdemo, kita hidup bebas sehingga boleh berpecah belah kerana perbezaan pendapat dan kita hidup selesa sehingga tak boleh kalau tidak ditolong oleh kerajaan. Kekadang kita terlupa semua ini atas pergorbanan perjuangan wira-wira negara.
Cuba tanya diri kita apakah sumbangan kita pada Malaysia yang telah memberi berbagai subsidi kepada kita?? Lihat para sahabat berjuang harta benda, tenaga dan nyawa untuk agama dan negara bukankan itu pertunjuk bahawa kita juga mesti bertindak yang sama … keamanan, kedamaian, kekayaan tidak akan kekal abadi tanpa perjuangan …..
Jangan kita rasa selesa kerana perjuangan kita tidak akan pernah selesai … di saat kita merasa selesa di ketika itulah bermulanya keruntuhan sebuah kemerdekaan …
Jangan kita sibuk bertanya apa sumbangan orang lain kepada Agama dan Negara tetapi tanyalah apa sumbangan kita walaupun sekecil apa …
Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah
tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan
Bukan kecil langkah wira bangsa
para pejuang kemerdekaan
bagi menegakkan kemuliaan
dan darjat bangsa
selangkah beerti mara
mengharung sejuta dugaan
Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita
Tugas kita bukan kecil
kerana mengisi kemrdekaan
rupanya lebih sukar dari bermandi
keringat dan darah menuntutnya
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan,
mengangguk dan membenarkan,
kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya,
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri
Bukan kecil tugas kita
meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
kerana rupanya selain memerdekakan,
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara
Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
bukankah sejak zaman berzaman
mereka menjadi pelaut, pengembara
malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,
menjadi pedagang dan peniaga
Selain menjadi ulama dan
ilmuan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau yang tidak mengenal
erti takut dan kematian?
Di manakah silapnya hingga bangsaku
berasa begitu kecil dan rendah diri?
Apakah angkara penjajah?
Lalu bangsaku mulai
melupakan kegemilangan silam
dan sejarah gemilang membina empayar
Tugas kita belum selesai rupanya
bagi memartabat dan
memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
kerana masa depan belum tentu
menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa
Perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda
bangsanya yang berjaya
– Tun Dr. Mahathir Mohamad (Malam Puisi Utusan, 4 Mei 1996)
33 Comments
Tanamkan dalam diri, sentiasa sayang pada negara, mepertahankan kesucian agama kita Islam daripada terus dihina, dikutuk dan porak-peranda oleh agama lain yang lebih-lebih lagi banyak yang berlaku di dalam negara semenjak akhir-akhir ini.
Curahan rasa Kamil Salleh @ ..Salam Hari Malaysia Memberi Sejuta Makna
Perjuangan belum selesai, Liku-Liku perjuangan harus diteruskan untuk generasi seterusnya….
Curahan rasa Kamil Salleh @ ..Salam Hari Malaysia Memberi Sejuta Makna
Salam hari Malaysia buat semua rakyat Malaysia, di mana saja berada…
Curahan rasa Kamil Salleh @ ..Salam Hari Malaysia Memberi Sejuta Makna
Selamat memperingati Hari Malaysia 2013
Curahan rasa EDI – aura ide @ ..aura kerinduan
Perjuagan kita belum selesai..kita mesti melahirkan warga malaysia yang benci rasuah demi meninggikan indek rasuah negara kita, kita mesti lahirkan pegawai yang ikhlas dan tidak songlap wang negara demi rakyat dan tiada berlaku keciciran…semua daripada kita perlu berjuang…insyallah!
Curahan rasa Mohd Shubhi @ ..Syarikat minuman yang hebat
Tugas kita sebagai generasi penerus bangsa adalah dengan mengisi kemerdekaan dengan pembangunan dan memberikan manfaat kepada rakyat banyak.
Kita harus menghargai dan menghormati jerih payah para pejuang bangsa kita.
Jangan sampai kita rusak negara kita dengan perbuatan-perbuatan yang negatif yang memberikan pengaruh buruk terhadap bangsa kita sendiri.
Curahan rasa Ferry @ ..Lowongan CPNS Kementrian ESDM 2013
selamat Hari Malaysia bro…
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Roving Report: Project Malaysia
Selamat Hari Malaysia
Curahan rasa Juan @ ..Filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang features Ustaz Azhar Idrus
salam hari Malaysia
Curahan rasa Dkna Abza @ ..Jus Buah-buahan Gelas Besar Permatang Pauh
perjuangan untuk memartabatkan bangsa dan negara semesti diteruskan… semoga Malaysia sentiasa aman dan sentosa. Saya Sayang Malaysia!
Curahan rasa yangbaik @ ..16 September 2013 | Hari Malaysia yang ke-50
Hidup adalah perjuangan tanpa henti-henti semoga kita akan mencapai kejayaan
Curahan rasa munir ardi @ ..Ingin Wisata Pantai yang Indah ayo Ke Gorontalo
sokong dgn bro…selagi kita hidup selagi itulah perjuangan kita belum selesai
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Sambutan Hari Malaysia 1963
Ya betul.. selama ni kita hanya mengharap bantuan dan sabsidi daripada kerajaan Malaysia. . Tetapi pada hari ini sempena ulang tahun sambutan Hari Malaysia yang ke 50.. Mari kita sama-sama tanya pada diri kita. . Apakah sumbangan kita kepada negara? Kalau ada syukur Alhamdulillah. . Kalau yang tiada, lepas ni mungkin kita boleh usahakan sesuatu untuk memberi sumbangan kepada negara dan masyarakat. . In Shaa Allah..
Curahan rasa anuar @ ..Antara Qurban Dan Aqiqah?
Terima kasih atas penulisan artikel ini. Kalau ikut kita memang tak takut apa dah sekarang ni.Tetapi jangan lupa rakyat Malaysia sekarang ini amat takut pasal penyakit.Pelbagai penyakit yang melanda sekarang sama ada penyakit secara fizikal atau spritual. Jadi macam mana kaitankan penubuhan Malaysia dengan generasi sekarang.
selamat hari malaysia..
jauh lagi perjalanan.. akan ku tempuh.. suatu hari akan ku lakar nama sebaris mereka yang terhebat di nusantara
Curahan rasa Zuan @ ..Uncle Zuan Blog
Comments are closed.