Malaysia jadi Mesir?

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, gelombang kebangkitan dunia Arab sedang berlansung bermula dari Tunisia. Seluruh dunia melihat kejatuhan dinasti Hosni Mubarak di Mesir setelah memerintah selama lebih 30 tahun. Gelombang revolusi kebangkitan rakyat sedang melanda Algeria, Jordan, Yaman, Bahrain dan tidak mustahil akan menjangkit ke Arab Saudi. Kepada mereka yang memahami sistem politik dan masyarakat negara tersebut pasti tidak terperanjat dengan apa yang sedang berlaku.

Rakyat negara Arab telah lama ditindas oleh pemerintah dengan berbagai kaedah secara nyata atau senyap. Gelombang perubahan demokrasi ketika kejatuhan negara-negara komunis suatu masa dahulu telah sedikit merubah sistem politik negara Arab tetapi masih belum cukup. Golongan kaya bertambah kaya dengan berbelanja jutaan dollar membeli kelab bola sepak europa sedangkan yang miskin terus melarat dengan masalah pengangguran, kemudahan awam yang terbatas, sekatan berpolitik dan sebagainya.

Kejayaan kebangkitan revolusi rakyat Arab cuba untuk dibawa ke Malaysia dengan harapan rakyat akan bangkit menentang kekejaman pemerintah. Secara peribadi berdasar pengalaman pengembara dibanyak negara hasrat besar segelintir ahli politik untuk memanaskan hati rakyat tidak akan berjaya. Setiap pemerintah pasti ada kelemahan tetapi secara keseluruhan kemajuan yang dilaksanakan adalah melebihi kelemahan yang ada. Sistem politik dan prestasi kerajaan di Malaysia jauh berbeza dengan yang berlaku di Negara Arab. Sudah pasti penyokong tegar pemimpin politik akan mengikut apa sahaja kehendak ketua mereka atas maksud perjuangan tetapi majoriti rakyat Malaysia yang tidak taksub kepada kepartian lebih suka melihat negara Malaysia yang aman damai dan bebas membina kehidupan.

Tidak salah untuk mengambil alih pemerintahan dari kerajaan yang sedia ada tapi gunakanlah gelanggang yang betul iaitu ketika Pilihanraya Umum ke 13 kelak. Waktu ini adalah waktu menunjukan prestasi anda sebagai ahli politik yang telah dipilih rakyat bukan sekadar berpidato seperti tin kosong.

Adakah Malaysia akan jadi seperti Mesir?

[ad#nuffnang336]


Spread the love

59 Comments

  1. malaysia perlu kekal aman dan tenteram, sekiranya berlaku seperti di negara timur tengah…agak risau kalau ekonomi negara terjejas..seperti yang dialami pada tahun 80an dahulu dimana ramai yang kehilangan mata pencarian terutama sektor industri…siapa yang nak tangung makan minum anak-anak, nasib baik kalau dapat vss kalau tak dapat bagaimana? kena fikir panjang-panjang.
    Curahan rasa apaajanews @ ..BAGAIMANA PENGALAMAN KERJA DIPEROLEHIMy Profile

  2. Ketentuan Allah sedang berlaku. Para wali-Nya sudah bersedia dengan thaifah masing-masing. Gelombang kebangkitan Islam di bumi akan berlaku tidak lama lagi. Beramallah selagi boleh menarik dan menghembus nafas. Hargai setiap saat yang ada sebelum ia berlalu tanpa apa-apa manfaat. Teringat satu hadis Nabi menasihati ibnu Umar supaya menjadi seperti penyeberang jalan(street crossing/passer by).

    Dari Ibnu Umar r.a. katanya: “Rasulullah SAW memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar r.a. berkata: “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang. Ambillah persiapan saat engkau sihat untuk menghadapi masa sakitmu dan saat hidupmu untuk sesudah kematianmu” (Hadith Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).
    Curahan rasa Jeffry Azman @ ..Isu Wahhabi- Jangan Jadi Seperti “Empat Orang Buta dengan Seekor Gajah”My Profile

  3. mimtak-mintak tidak lah malaysia jadi mcm mesir tu taku nak fikir macam mana kehidupan ank2 masa akan dtg

  4. Semoga apa yang berlaku di Mesir tidak berlaku di Malaysia.. Apapun, pemimpin negara ini perlulah sentiasa beringat dan menjadikan peristiwa tu sebagai pengajaran.. jangan nak jadi pemerintah kuku besi pula
    Curahan rasa kulanz @ ..Program Sejuta ImpianMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!