Malaysia Go Digital kita bila lagi

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera, aku telah diundang untuk berbincang dalam sidang meja bulat bersama MDeC selepas majlis MSMW 2016. Fokus utama adalah Digital DNA atau pun istilah biasa disebut sebagai membudayakan Digital kepada masyarakat Malaysia. Untuk mencapai misi tersebut kerajaan telah mengubah nama Multi Media Development Corporation (MDeC) kepada nama baru Malaysia Digital Economic Corporation (MDeC).

Ahli panel sidang meja bulat Digital Malaysia 2016

Aku juga dijemput ke majlis anjuran Google Malaysia yang bertemakan Google Go Digital. Misi utama adalah untuk membantu komuniti bisnis Malaysia untuk mengubah cara berbisnis daripada secara konvensional kepada cara Digital. Google Malaysia akan buat roadshow untuk mempromosi program Go Digital di Utara, Selatan, Pantai Timur, Sabah dan Sarawak. Sayangnya majlis yang aku hadiri di Kuala Lumpur hanya dihadir beberapa orang usahawan Melayu daripada ribuan usahawan yang datang. Projek besar ini mendapat sokongan MiTi jadi sayang sangat kalau usahawan Melayu menyampingkan budaya bisnis digital ini. Aku juga pernah dijemput untuk satu majlis yang di pejabat Google Malaysia yang juga membentangkan perancangan pemasaran Digital Malaysia.

program usahawan go digital Malaysia

Denaihati juga menggunakan pemasaran Digital

Antara fakta-fakta penting tahun 2016 yang aku boleh kongsikan adalah :

  1. Lebih kurang 25 juta rakyat online
  2. 15 juta rakyat Malaysia menggunakan smartphone
  3. 92% rakyat Malaysia mencari informasi di Google
  4. 18 juta rakyat Malaysia mempunyai akaun Facebook
  5. 1 daripada 3 orang yang menggunakan Google search akan membuat belian secara online
  6. Hanya 1 syarikat daripada 4 yang ada website
  7. Hanya 1 daripada 10 syarikat menggunakan pemasaran sosial media

Pejabat Google Malaysia

Ramai kekawan berniaga nak berjaya tetapi tidak ramai yang sanggup keluar duit untuk melabur belajar ILMU bisnis yang pelbagai. Mungkin ini salah satu sebab kejayaan bisnis kita tidak boleh dikekalkan. Sebagaimana teknologi yang berubah pantas begitu juga budaya bisnis sebenarnya bergerak sangat pantas sehingga ramai yg tertinggal dan ada yang tak ambil kisah. Hujungnya merungut tewas dalam bisnis dan ramai yg lansung serek nak berbisnis.

Lihat saja perubahan dalam dunia pemasaran digital ada pelanggan yang suka melihat gambar cantik di FB, ada pelanggan yg fokus mencari informasi di Google, ada pelanggan yang menggunakan hashtag di twitter, ada pelanggan malas membaca lebih suka tonton video di Youtube, tu belum lagi yg suka pinterest, path, linkedin, tumblr, foursquare dan dari survey paling banyak sale terhasil dari review blog.

pemasaran Digital murah

Adakah kita sebagai usahawan kisah semua ni atau fokus hanya pada satu kaedah pemasaran sahaja??

Usahawan yg kisah semua kaedah tulah yang kita panggil usahawan Digital yg akan kekal lama dalam industri. Tu belum lagi cerita kisah trend produk dan service yg sentiasa berubah.

Bersama Aqif Azizan di sidang meja bulat MDeC

Kami team Denaihati Network pun sedang belajar dan nak mengajar utk jadi usahawan Digital. Kepada rakan blogger, usahawan online dan usahawan konvesional yang berminat untuk belajar kaedah pemasaran Digital murah kami menyediakan pakej khas berharga  RM4900 dibimbing oleh guru-guru yang pakar dalam bidang mereka antaranya Sifu Eizil (Blog & SEO), Aqif Azizan ( Copy Writing & eBook), Denaihati (Branding dan Video Youtube) dan Firdaus Azizi ( FB dan Instagram ads). Kepada yang berminat sila hubungi kami kerana kelas pertama hanya terbuka untuk 20 pelajar sahaja.


Spread the love

120 Comments

  1. Anak muda memang harus selalu update tentang kemajuan teknologi. Anak muda harus selalu menjadi terdepan. Semangat!

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!