Makan Malam Perdana Menteri Bersama Rakan Online

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, pada bulan Mac 2010 aku telah mendapat jemputan minum teh bersama DS Najib Razak, Perdana Menteri, Malaysia. Kemudian blog denaihati telah diterjah oleh PM dan komen aku telah dijawap sendiri secara bertulis dan video di blog 1Malaysia. Di atas kejayaan Majlis Jamuan Petang 1Malaysia bersama PM, DS Najib Razak bercadang untuk mengadakan Majlis Makan Malam Perdana Menteri bersama Rakan Online.

www.1Malaysia.com.my

Pesanan daripada DS Najib Razak : “Selepas majlis jamuan petang bulan Mac yang lalu, sukacita saya menganjurkan satu majlis makan malam bersama rakan-rakan online. Datang berjumpa dengan rakan-rakan senegara dan sertai sesi dialog bersama saya.”

Tarikh : 4/11/2010

Masa : 8pm

Tempat : Seri Perdana, Putrajaya

Jika ANDA berminat untuk menjadi seperti aku menjadi tetamu PM sila  DAFTAR DI SINI.


Spread the love

84 Comments

  1. hehe, mantap gile ko sampai dijemput dinner.. hoho.. aku memang tak segan nak pegi.. cuma xleh pegi.. siyes aku nak pegi! kim salam kat semua eh..

        1. Ikut cakap bro DH la.. nanti nak daftar juga ni.. tapi kalau tak dapat hadir tak apa2 ker? tak kena blacklist nanti? yer la.. memandangkan saya ni jauh nun disana kan…

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!