Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, baru-baru ini negara digemparkan dengan berita status muflis raja pecut Watson Nyambek kerana gagal melunaskan hutang dengan bank RM100 ribu yang digunakan untuk merawat mendiang ayah beliau. Sebelum berita ini tersiar rakan Jemaah Bisnis Denaihati telah beberapa kali bertemu dengan Watson Nyambek berbincang bagaimana kami dapat membantu beliau dan keluargamenjana pendapatan kedua selain sibuk menjadi jurulatih kepada bakal pelari pecut yang baru.
Apabila berita muflis keluar di media masa kami telah bertindak secara proaktif dengan mempertemukan berbagai pihak di Majlis Makan Malam Gabungan Program Usahawan Asia Herbal Biotech dan NASEC bersama Watson Nyambek dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Sarawak. Selain menyerahkan sumbangan tunai kepada Watson Nyambek bagi meringankan bebanan ekonomi perbincangan yang lebih serious telah dijalankan untuk membantu ekonomi beliau dengan merancang cara terbaik untuk menjana income kedua.
Jemaah Bisnis Denaihati akan membantu Watson Nyambek dalam jangka masa panjang untuk menjana pendapatan kedua tanpa menganggu tugasan sebagai jurulatih. Apabila kita mengetahui cara pasti perancangan akan menjadi lebih murah. Cuma semua tidak datang dengan mudah kerana perniagaan pasti ada pahit getirnya tetapi akan jadi lebih ringan apabila dibuat berjemaah.
Semuga Watson Nyambek yang masih memegang rekod 100 meter Malaysia selama 18 tahun dapat menjana pendapatan kedua untuk membayar hutang bank yang masih tertunggak. Doakan semua.
No related posts.
77 Comments
Sukses sealu buat jemaah denai hati ….semoga watson nyambek bisa menyelesaikan hutangnya ….
Curahan rasa Oyong Ilham @ ..Daftar Blog Dofollow Indonesia
Satu usaha yg sgt murni oleh team Jemaah Bisnis Denaihati!
Curahan rasa MYIPTV Malaysia @ ..What is MYIPTV Malaysia?
apabila dikenang kembali terfikir pula apa yang telah berlaku kepada datuk azhar mansur yg pernah menjelajah dunia dengan kapal layar
Curahan rasa Belang Tarung @ ..Skyscanner.com Cara Mudah Bandingkan Harga Tiket Penerbangan
Inisiatif yang baik.
Semoga wira negara yang tidak didendang lagi ni mendapat pembelaan yang sewajarnya dari kerajaan negeri dan persekutuan.
Curahan rasa lankapo @ ..Jom Beli Rumah Pertama dengan MyDeposit
Harapnya lepas ni lebih ramai pihak yang datang membantu mereka-mereka yang berjaya kepada negara.
Curahan rasa OhPanduan @ ..3 Cara Pelajar Nak Buat Kerja Part Time Mudah
Tak sangka bekas pelari pecut 200 meter negara diistihar muflis kerana berhutang dengan bank untuk rawatan median bapanya. Semoga bila ada pendapatan kedua nanti, boleh membayarlah membayar hutang bank nanti dan keluar daripada status muflis.
Curahan rasa TopSeoFriendly @ ..Firmax3 Produk Terbaik RF3 World
Sukses selalu untuk Jemaah Denaihati. semoga masalah nya cepat selesai dan bisa kembali sperti biasa lagi
Semoga cepat selesai urusannya yaaa dan kembali bisa bekerja dengan baik.
Curahan rasa Outbound @ ..Kabar Baik dari Pianis Cilik, Joey Alexander
Kesian Watson Nyambek.. Banyak sumbangan dia pada negara sebelum ni.. Tapi, tak dapat juga membantu dirinya sekarang..
Curahan rasa Dzu Amri @ ..Jangan Sekali-Kali Katakan Ini Kepada Ibu Menyusu
masuk arena bisnes la dia nampaknya sekarang ni.tu yang tak best sukan di malaysia ni…atlet takleh pegi jauh sampai profesional
Curahan rasa reezluv @ ..Cara Buat Bisnes Bundle
Buat bisnes boleh jana income lain pula lepas ni. Kat negara kita macam ni lah. Harap lepas ni beliau boleh berjaya dalam bidang baru yang diceburi nanti.
Curahan rasa OhPanduan @ ..3 Cara Pelajar Nak Buat Kerja Part Time Mudah
Watson Nyambek dah tak slim dah macam zaman dia jadi sprinter dulu. Rekod dia pun bertahan lama juga..
Curahan rasa Sani @ ..Bekas Banduan Ni Buat Duit USD80,000 Melalui Kedai Online Shopify
Tahniah atas usaha Denaihati. Sangat membantu dan meringankan beban beliau itu.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Pencarian Mee Bandung Muar Tersedap Berakhir Di Sini!
Betul tu Mek Ila, dapatlah juga kurangkan beban hutang pinjaman perubatan bapa dia tu.
Curahan rasa Sani @ ..20 Perkara Pasal SHOPIFY Yang Anda Perlu Tahu!
kesian..masa glamour disanjung..apakan daya dah ada dunia. bantulah mereka yang memerlukan
perhhhhh sedapnyee makan..nak jugakk.. nak pegi tak kesempatan . .mahal sangat tu rasanya
Inilah tanda menghargai jasa mereka yg pernah mengharumkan nama negara.. Bagus la jemaah bisnes ni..
Comments are closed.