Makan durian musang king pun kena tipu

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “Kopi yang boleh hilangkan letih dan mengatuk segera“. Kali ni Abang nak kongsi cerita tragedi durian musang king, mesti ramai sukakan.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Baru-baru ini selepas meraikan majlis walimatul urus anak sahabat di Teras Jenang kami gerak ke Restoran Patin Temerloh  Bandar Baru Bangi, bukanlah tak cukup makan tapi nak tapau untuk makan malam. Dah terlanjur ke Bangi ambil peluang sebab Abang memang suka dengan masakan Pati Tempoyak di sini.

Madam sudah sebut banyak kali teringin nak makan durian dan sudah banyak kali diulang-ulang permintaan. Terbayang durian warna kuning dengan biji kesep, memang terliur. Lebih tiga bulam juga kami tidak menjamah durian sebab bukan musimnya.

Keluar daripada kawasan Restoran Patin Temerloh ternampak ada beberapa gerai menjual durian di tepi jalan, kami pun berhenti dengan harapan setinggi gunung. Kawasan ini memang terkenal tempat menjual durian di Bandar Baru Bangi. Tertulis besar di papan tanda, durian kampung dan durian D88. Toke yang menjual, gaya bahasa seperti orang seberang tunjuk durian musang king dan durian udang merah.

Memang menjadi kebiasaan kami makan durian di gerai durian tak bawa balik ke rumah. Bukan apa kalau tak elok boleh lansung tukar.  Sudah banyak kali kejadian bila bawa balik rumah, duriannya sangat mengecewakan terutama digerai-gerai yang tidak biasa beli.

Abang minta dia bukakan durian musang king, apabila dibelah nampak lain macam, warna berbeza dan ulas durian lain sangat. Abang beritahu dia, saya biasa makan durian musang king, terus je dia kata ini musang king grade B.


Bila madam pegang je ulas durian, benyek macam kualiti sudah dua tiga hari. Abang malas nak komplen terus minta dia bukakan durian udang merah. Tengok warna pun tak menyakinkan dengan nama. Tapi terfikir madam nak makan, ok kan jugalah.

Bila buka durian udang merah, kualiti lagi teruk. Toke yakinkan ini durian baru. Abang tak mahu bertegang leher, tanya berapa harga dia kata RM35 sekilo. Mahal sangat berbanding dengan kualiti. Abang bayar, selamba sahaja toke tu ambik, dan kami berlalu dari situ tanpa menghabiskan durian-durian yang telah dibuka. Dalam kereta Abang cakap pada madam kalau toke ini betul-betul bagus  pasti  dia tidak ambik duit yang kita bayar atau pun berusaha tukar dengan durian yang berkualiti.

Teringat tahun lepas Abang dan tetamu dari Indonesia singgah Gerai Durian SS2, toke tu tak nak jual pada Abang sebab kualiti tak bagus. Dia tahu Abang mengunjung tetap jadi dia tidak mahu kami kecewa dengan kualiti dan tak datang lagi. Gerai Durian SS2 punyalah ramai pelanggan sampai tak cukup meja tapi tempat yang Abang singgah di Bangi sunyi sepi. Bezakan!

Kami memang pengemar durian Malaysia terutama Durian Musang King, Durian Tracka, Durian Black Thorn dan Durian Hor Lor sehingga sanggup bayar mahal janji kualiti bagus, bukan nak makan banyak pun dapat dua tiga ulas dah cukup. Punyalah  selalu makan bolehlah kenal jenis-jenis durian dan beza rasa setiap durian.

Jadi penjual durian tidak bolehlah nak menipu pelanggan yang semakin bijak memilih.

Abang Denaihati
Penulis Blog

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.


Spread the love

63 Comments

  1. Rasanya sekarang ni musim durian ni sebab nampak banyak gerai jual durian. tapi masih belum berkesempatan nak singgah dan beli. saya pun suka beli durian gred A macam musang king ni. bukan nak makan banyak pun, dapat puaskan tekak pun dah rasa puas.

    hehehe
    Curahan rasa mrejoy @ ..Bersedekah sewaktu kita tiada apa-apa.My Profile

  2. Dah lama rasanya tak makan durian. Tapi betul, kalau peniaga jujur .. dia akan jaga kualiti dan hati. Kualiti pada barang yang jual, dan hati para pelanggan.

    Saya masa belajar memang kaki jalan cari durian sekitar Penang. Naik mootor je dan makan tepi jalan .. pernah diberi makan hampir 10 biji durian gred A Balik Pulau, asal ada ulas tak elok terus tauke beri sebiji yang baru.
    Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Ibu Hamil Dilarang Mandi di Kolam Air PanasMy Profile

  3. kadang-kadang memang ada penjual ambil kesempatan, lagi bila penampilan kita menampakkan orang berduit.
    durian ni antara buah kegemaran saya.pernah sekali makan udang merah, tak berapa kena kat tekak, lebih suka musang king
    JanjiKita

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!