Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “Kopi yang boleh hilangkan letih dan mengatuk segera“. Kali ni Abang nak kongsi cerita tragedi durian musang king, mesti ramai sukakan.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Baru-baru ini selepas meraikan majlis walimatul urus anak sahabat di Teras Jenang kami gerak ke Restoran Patin Temerloh Bandar Baru Bangi, bukanlah tak cukup makan tapi nak tapau untuk makan malam. Dah terlanjur ke Bangi ambil peluang sebab Abang memang suka dengan masakan Pati Tempoyak di sini.
Madam sudah sebut banyak kali teringin nak makan durian dan sudah banyak kali diulang-ulang permintaan. Terbayang durian warna kuning dengan biji kesep, memang terliur. Lebih tiga bulam juga kami tidak menjamah durian sebab bukan musimnya.
Keluar daripada kawasan Restoran Patin Temerloh ternampak ada beberapa gerai menjual durian di tepi jalan, kami pun berhenti dengan harapan setinggi gunung. Kawasan ini memang terkenal tempat menjual durian di Bandar Baru Bangi. Tertulis besar di papan tanda, durian kampung dan durian D88. Toke yang menjual, gaya bahasa seperti orang seberang tunjuk durian musang king dan durian udang merah.
Memang menjadi kebiasaan kami makan durian di gerai durian tak bawa balik ke rumah. Bukan apa kalau tak elok boleh lansung tukar. Sudah banyak kali kejadian bila bawa balik rumah, duriannya sangat mengecewakan terutama digerai-gerai yang tidak biasa beli.
Abang minta dia bukakan durian musang king, apabila dibelah nampak lain macam, warna berbeza dan ulas durian lain sangat. Abang beritahu dia, saya biasa makan durian musang king, terus je dia kata ini musang king grade B.
Bila madam pegang je ulas durian, benyek macam kualiti sudah dua tiga hari. Abang malas nak komplen terus minta dia bukakan durian udang merah. Tengok warna pun tak menyakinkan dengan nama. Tapi terfikir madam nak makan, ok kan jugalah.
Bila buka durian udang merah, kualiti lagi teruk. Toke yakinkan ini durian baru. Abang tak mahu bertegang leher, tanya berapa harga dia kata RM35 sekilo. Mahal sangat berbanding dengan kualiti. Abang bayar, selamba sahaja toke tu ambik, dan kami berlalu dari situ tanpa menghabiskan durian-durian yang telah dibuka. Dalam kereta Abang cakap pada madam kalau toke ini betul-betul bagus pasti dia tidak ambik duit yang kita bayar atau pun berusaha tukar dengan durian yang berkualiti.
Teringat tahun lepas Abang dan tetamu dari Indonesia singgah Gerai Durian SS2, toke tu tak nak jual pada Abang sebab kualiti tak bagus. Dia tahu Abang mengunjung tetap jadi dia tidak mahu kami kecewa dengan kualiti dan tak datang lagi. Gerai Durian SS2 punyalah ramai pelanggan sampai tak cukup meja tapi tempat yang Abang singgah di Bangi sunyi sepi. Bezakan!
Kami memang pengemar durian Malaysia terutama Durian Musang King, Durian Tracka, Durian Black Thorn dan Durian Hor Lor sehingga sanggup bayar mahal janji kualiti bagus, bukan nak makan banyak pun dapat dua tiga ulas dah cukup. Punyalah selalu makan bolehlah kenal jenis-jenis durian dan beza rasa setiap durian.
Jadi penjual durian tidak bolehlah nak menipu pelanggan yang semakin bijak memilih.
Abang Denaihati
Penulis Blog
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
63 Comments
Rasanya sekarang ni musim durian ni sebab nampak banyak gerai jual durian. tapi masih belum berkesempatan nak singgah dan beli. saya pun suka beli durian gred A macam musang king ni. bukan nak makan banyak pun, dapat puaskan tekak pun dah rasa puas.
hehehe
Curahan rasa mrejoy @ ..Bersedekah sewaktu kita tiada apa-apa.
Selama ini jika beli durian selalu buka di tempat, jarang bawa pulang ke rumah karena terkadang berbeda rasa dengan apa yang dikata si penjual. Nak bedagang sebenarnya harus jujur, namun jika tu orang masih gune care cem gitu hanya Allah yang akan membalasnya. Btw, itu durian Musang King tampak belemak dagingnye Bang. Sedap lalu…
Curahan rasa Dwi Wahyudi @ ..Gara-Gara Menyulap Motor Dinasnya, Polisi Perbatasan Ini Dipanggil Jokowi ke Istana Negara
Selalunya saya cuma makan durian ditempat yang selalu pergi dan dah kenal. Sebab selalunya akan berasa kecewa selepas buka dan makan durian yang tak berkualiti tetapi penjual bertegas dengan harganya.
Curahan rasa Hasrul @ ..Tempat Tempat Menarik di Balkan Yang Mempersona
Durian mahal-mahal memang macam ni. Ada je yang nak buat penipuan. Nak untung lebih. Bersabar je lah.
Curahan rasa Zuriat @ ..5 Cara Mengawal Tekanan Darah Tinggi Semasa Hamil
Kebanyakan orang jual durian memang tipu. Tidak ketinggalan juga peniaga durian di bandar Baru Bangi, sama jugak. Susah nak jumpa peniaga yang jujur. Drian yang dah terkopek n dah masam pun dijual jugak.
Curahan rasa nas rashwealth @ ..Risiko penyakit kencing manis
Di Bandar Baru Bangi, siapa jual di tepi jalan bakal kena sita dengan Majlis Perbandaran kalau tak ada lesen.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Pinjaman Kereta Untuk Pemandu Uber
iya memang kesal pula lah kita mahal-mahal bayar ni buah eh taunya kualiti nya tak sesuai dengan harga yang selangit itu
tak seharuslah peniaga itu bersikap macam tu, mau gimana dia laku kalo sikap dia saja sudah bagitu hmm
Curahan rasa icp capsule @ ..Tempat Beli ICP Capsule Srengseng
Ada jenis peniaga yang celup warna kuning pada kulit durian untuk bagi nampak seolah olah dah masak kuning.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Pinjaman Kereta Untuk Pemandu Uber
kalau dengar durian musang king jadi ingat film ipin dan upin ya. karena mungkin terkenal nama durian ini jadi diambil kesempatan namanya biar laku keras..hati hati aja
Curahan rasa icp capsule @ ..Gejala dan penyebab Jantung bengkak
Di Bangi ni memang agak ramai jual durian tepi jalan, tapi ramai yang suka mengambil kesempatan dengan menipu. Tak berkat cari rezeki macam tu
Curahan rasa Noriza Abdul Rahman @ ..Aduh! Sakitnya Kepala Sampai Rasa Nak Ketuk dengan Hammer
Dah lama rasanya tak makan durian. Tapi betul, kalau peniaga jujur .. dia akan jaga kualiti dan hati. Kualiti pada barang yang jual, dan hati para pelanggan.
Saya masa belajar memang kaki jalan cari durian sekitar Penang. Naik mootor je dan makan tepi jalan .. pernah diberi makan hampir 10 biji durian gred A Balik Pulau, asal ada ulas tak elok terus tauke beri sebiji yang baru.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Ibu Hamil Dilarang Mandi di Kolam Air Panas
Hebat peniaga durian tu, nak jaga pelanggan punya pasal terus ganti dengan durian yang baru.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Pinjaman Kereta Untuk Pemandu Uber
kadang-kadang memang ada penjual ambil kesempatan, lagi bila penampilan kita menampakkan orang berduit.
durian ni antara buah kegemaran saya.pernah sekali makan udang merah, tak berapa kena kat tekak, lebih suka musang king
JanjiKita
Comments are closed.