Majlis Sepetang bersama Blogger anjuran Denaihati Network 2012

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, Denaihati Network akan menganjurkan Majlis Sepetang Bersama Blogger seperti yang pernah dijanjikan tahun lepas itu pun kalau masih ingat lagi. Majlis Sepetang Bersama Blogger akan diadakan bersama dengan Seminar Pertama Wordpress anjuran Akademi Denaihati. Tak sangka pulak banyak pihak yang nak menaja Majlis Sepetang Bersama Blogger, terima kasih semua.

Antara tujuan Majlis Sepetang Bersama Blogger anjuran Denaihati Network :

  1. Bersuaikenal dengan team Denaihati dan Founder Denaihati (dah tak boleh low profile setelah video founder tersebar 1Dunia).
  2. Meraikan pembaca setia dan Rakan Blogger yg menyokong blog Denaihati sehingga menang Best of the best blog of the year.
  3. Pertemuan untuk berkongsi pengalaman antara Blogger berpengalaman dan Blogger baru.
  4. Pelancaran theme baru blog Denaihati, video pengenalan blog Denaihati dan aplikasi yang dihasilkan oleh team Denaihati.
  5. Pelancaran beberapa blog baru yang diuruskan oleh team Denaihati.
  6. Penyerahan cederahati kepada top 10 affiliate eQurban.com.
  7. Penyerahan hadiah Gadget Impian kepada pemenang yang bertuah.

Majlis Sepetang Bersama Blogger akan diselangselikan dengan berbagai acara yang menarik dan mengejutkan. Insyallah dengan izin ALLAH team Denaihati sedang mengumpul lebih kurang 100 Blogger dari jauh dan dekat untuk berkumpul di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya, Selangor (klik maps untuk lihat lokasi) pada jam 2.00pm, 15/4/2012.

20120714-150808.jpg

Para jemputan yang datang akan dihidangankan dengan :

  1. Perkongsian ilmu berblogging oleh Blogger yang berpengalaman.
  2. Hidangkan Hi-Tea yang enak.
  3. Hadiah seperti T-shirt Denaihati, Notepad Denaihati, Keychain Denaihati dan Car Sticker Denaihati.
  4. Hadiah dari sponsor.
  5. Cabutan bertuah.

Kepada pembaca setia Denaihati yang teringin untuk bersama di Majlis Sepetang Bersama Blogger sila emailkan “Saya seorang (atau dua orang) ingin ikut serta Majlis Sepetang Bersama Blogger anjuran Denaihati Network” dan emailkan ke akademi@denaihati.com. Jemputan terbuka kepada 25 Blogger pertama dan tarikh tutup pada 11.59pm, 10/4/2012. Kepada peserta akhir Gadget Impian anda semua automatik adalah jemputan hanya perlu sahkan kehadiran melalui email yang sama.

Kepada Blogger yang ingin mempromosi blog, aplikasi dan laman komuniti sila sediakan flyer untuk dimasukan ke dalam beg goodies yang akan diserahkan kepada semua jemputan, sila maklumkan penganjur sebelum 11.59pm, 12/4/21012. Kepada yang sudi nak sponsor majlis seperti wang tunai dan cabutan bertuah sila email ke akademi@denaihati.com sebelum 11.59pm, 13/4/2012.

Kepada Rakan Blogger yang belum daftar Seminar Pertama Wordpress anjuran Akademi Denaihati jangan lambat kerana tempat semakin terhad. Cepat-cepat daftar dan buat bayaran @ Seminar Pertama Wordpress.


Spread the love

361 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!