Assalamualaikum dan salam 1Dunia, pada pagi 12hb Mac 2014 team Denaihati telah dijemput untuk menghadiri majlis pengumuman dan penyampaian hadiah Contest Video Funderful oleh pihak Yeo’s Malaysia. Untuk pengetahuan pembaca contest video Funderful adalah permulaan kerjasama antara Denaihati Network dengan Yeo’s Malaysia sehingga membawa kepada penajaan Majlis Sepetang Bersama Blogger Yeo’s 2014. Terima kasih kepada team Yeo’s Malaysia kerana memberi kepercayaan kepada kami.
Majlis penyampaian hadiah Contest Video Funderful diadakan di Auditorium Tingkat 4, The Summit Subang Jaya. Contest ini telah menerima banyak penyertaan, namun hanya 72 Video yang layak ke peringkat akhir.
Tema dan mesej yang diambil kira dalam contest ini adalah dengan mesej ‘fun‘ dan ‘wonderful‘. Memang banyak video-video menarik yang telah dihantar sebagai penyertaan. Kreativiti orang-orang Malaysia dalam bidang pembikinan video pendek ini memang di tahap yang bagus. Sekiranya anda belum pernah menonton video-video yang dipertandingkan, boleh ke Halaman YouTube Yeo’s Malaysia.
Contest ini telah dihakimi oleh barisan pakar iaitu Ketua Pegawai Operasi Yeo’s, Encik Ong Chay Seng, pengarah filem terknal, Encik Osman Ali dan Encik Dick Chua yang merupakan seorang pengarah yang berbakat.
Contest ini merupakan contest yang pertama kali diadakan oleh pihak Yeo’s Malaysia menggunakan platform media social. Yeo’s ingin memberi inspirasi kepada individu, keluarga dan komuniti untuk melihat perkara yang positif dalam kehidupan dan menyerikannya dengan gelak ketawa dan keceriaan.
Senarai Pemenang Contest Funderful Video Yeo’s
Terdapat 10 pemenang saguhati yang membawa pulang wang tunai RM1000 dan trofi. Tahniah kepada rakan blogger kita abang BoniKacak dan team beliau Penyamun Inc. yang telah terpilih sebagai top 15 dan memenangi hadiah saguhati. 3 hadiah tempat ketiga membawa pulang wang tunai sebanyak RM3000, tempat kedua RM5000 dan tempat pertama membawa pulang wang tunai sebanyak RM20,000.
Berikut adalah senarai pemenang Contest Video Funderful anjuran Yeo’s Malaysia. Boleh klik pada link untuk tengok video yang dihasilkan oleh mereka.
TEMPAT PERTAMA :
Achievement (DanKhoo Productions)
TEMPAT KEDUA :
Funderful (Muhamad Asyraf)
TEMPAT KETIGA :
Always Remember (Tee Keh Ping)
Soya King (Gan Teck Chee)
Missing Soya (Toh Pei Yeon)
HADIAH SAGUHATI :
What Does the fox says?
Funderful Land
The little Funderful Wushu Master
A Funderful Romance
What’s the Magic Words?
A Funderful Way To Start Your Day
Super Yeo’s
Rasa Dapat Dinikmati Bila Bila Masa
Soy Vampire
Goal
VIDEO PALING BANYAK DITONTON :
The Moment
Semua pemenang juga menerima produk Yeo’s Malaysia selain hadiah wang tunai dan trofi tadi. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Semoga para peserta akan dapat menghasilkan lebih banyak video-video berkualiti seperti dalam contest ini untuk tujuan lain pula.
Sejak penghujung tahun lepas, kita dapat lihat Yeo’s Malaysia bersungguh-sungguh untuk bersama-sama penggiat media social tanahair melakukan pelbagai aktiviti seperti Contest Funderful Video, majlis Sepetang Bersama Blogger 2014 dan terbaru mulai 13hb contest bernilai RM500,000 yang melibatkan penggunaan aplikasi WeChat.
Semoga usaha Yeo’s Malaysia ini untuk bergiat aktif dalam bidang media sosial ini akan mendatangkan manfaat kepada kita semua. Jangan lupa untuk follow rangkaian media social Yeo’s Malaysia di Facebook, Instagram dan Twitter.
51 Comments
Besarnya botol air yeos tu. Tahniah buat semua pemenang yang berjaya. Nanti giliran wawa pula nak menang contest dari pihak yeos. 😀
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..CABARAN 30 HARI [HARI 12] : 5 WISHLIST ANDA
Memang patutlah The Moment jadi video yang paling banyak ditonton. Menarik die buat.
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Keputusan FIFA World Cup 2014 Brazil Melawan Netherlands
Video the moment memang best. Memang layak digelar pemenang. Sangat kreatif. Syabas!
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..CABARAN 30 HARI [HARI 12] : 5 WISHLIST ANDA
tahniah buat pemenang
Curahan rasa brohantu @ ..Langkah Keselamatan Ketika Memancing
sangat bermanfaat sekali artikelnya, sukses selalu ya
Berbahagialah hari ini, saat kita masih dapat berbuat sesuatu untuk kebaikan. Mungkin esok kesempatan itu sudah tidak ada. Jangan tunda sampai besok apa yang bisa kita lakukan hari ini hehe 😀
Curahan rasa obat alami penyakit nyeri dada @ ..Obat Flek Paru Paru
informasi yang sangat kami tunggu tunggu , terimakasih gan hehe
Curahan rasa obat alami penyakit nyeri dada @ ..Obat Flek Paru Paru
terima kasih atas informasinya
tahniah pada mereka bukan mudah nak menang saingan pun sengit
tahniah kepada para pemenang 🙂
Tempat pertama membawa pulang wang tunai sebanyak RM20,000? Wow!!! Banyak tu.
Curahan rasa Ammar @ ..Senarai Universiti Terbaik di Malaysia
Achievement (DanKhoo Productions) ha ha ha is very funny and cool i like very much
Curahan rasa Rokok Herbal SIN @ ..Cara Mengobati Penyakit Dengan Rokok Sin
tahniah kepada semua pemenang… video depa memang sangat kreatif…
Curahan rasa zie fauzi @ ..Dekorasi Bilik Tidur Anak Perempuan
Tahniah buat pemenang. Dah tengok video yang dihasilkan. Memang kreatif belaka mereka semua ni.
Curahan rasa Anak Askar Pencen @ ..Permata Hati
Tahniah kepada semua pemenang
Curahan rasa anazkia @ ..Cuma Pengen ke Papua
taniah diucapkan kepada semua pemenang 😀
Curahan rasa cik lisa @ ..Penting ke blogwalking?
Comments are closed.